RSS
Facebook
Twitter

16 September 2009

Nostalgia Kenangan Indah...


Nostalgia kenangan indah...
Dulu, kini dan selamanya?
Bukah hak ku untuk memastikan ia indah hingga di hujung waktu.
Kerana janji tuhan Yang Maha Satu,
“Kekadang yang kau benci itu, lebih baik untuk dirimu,
Kekadang yang kau cinta itu kan menjadi kebencian dalam dirimu,
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui daripada kamu”

Siulan merdu sang kelicap,
Terbang riang simbol ketenangan,
Mekar indah mawar merah,
Tanda indah alam semesta,
Menerbangkan aku dalam nostalgia lama,
Tika aku, dia dan mereka bersama.

Gelak tawa dan senda gurau
Masih segar di cuping telinga,
Nasihat dan teguran
Masih jelas diingatan
Betapa indah waktu bersama,
Dieratkan dengan ikatan mesra kenangan indah
Antara aku, dia dan mereka...

Langit tak semestinya cerah sentiasa,
Kerna badai tiba tak tentu waktunya
Kita terpisah, kita berpisah
Tanpa kata dan tanpa madah
Tiada titik nokhtah,
Hanya sang bayu yang membawa berita
Bahawa dia kan pergi bersama mereka.

Kini, bukan hak ku menuntut kembali
Kenangan nostalgia menjadi realiti
Hanya doa ku kirimkan kepada Illahi,
Agar dia dan mereka bahagia hingga ke akhirnya.

Menanti solehah,
Dengan proses membina soleh dalam diri,
Tuhan, berikan aku kekuatan
Agar kenangan indah
Antara aku, dia dan mereka
Menjadi pencetus dalam diriku
Demi menuju kejayaan.

Untuk membina
Mahligai indah, mahligai Kasih
Bersulam cinta dan taqwa

Akh Syafiq Shah
2009

0 ulasan: