Tiada siapa tahu, pagi itu hutan yang biasanya
damai tiba-tiba dikejutkan dengan satu berita. Berita besar yang menggemparkan.
Hutan hujan Tado yang luas itu bakal menjadi medan peperangan.
Anak sungai yang mengalir tenang menjadi sempadan
antara dua kawasan, perkampungan Radi dan Deri kini berkocak ganas kerana
derapan tentera dari kedua-dua belah pihak.
Sebulan yang lalu, penduduk Ancient Radi kelam
kabut menyiapkan persiapan peperangan. 5 orang pahlawan telah dipilih untuk
mengetuai bala tentera mereka. Masa yang berlalu tidak menunjukkan sebarang
tanda yang peperangan bakal tamat.
Dalam kekalutan itu, tiada siapa yang berani masuk
ke dalam hutan, apatah lagi untuk menikmati keindahan anak sungai Tado yang
jernih itu bersendirian. Tetapi pagi itu, warga hutan Tado terkejut melihat
kehadiran satu susuk tubuh di situ.
“Only miss the sun when it start to snow, only
know you love her when you let her go. Let her go!!” suara serak basah mengoyak
kesunyian hutan Tado.
Susuk tubuh yang sasa namun agak kerdil duduk di
atas batuan yang menghiasi anak sungai hutan Tado. Di sisinya tergalas selaras
senjata yang telah mengorbankan banyak nyawa. Kepalanya terhangguk-hangguk
melayan alunan lagu Let Her Go nyanyian Passengger.
Sambil membersihkan tubuhnya yang dicemari darah
kering dan lumpur, sesekali terbersit dari bibirnya lirik lagu tersebut.
Suaranya diperlahankan agar tidak didengari musuh. Berada disempadan antara dua
kawasan peperangan sangat berbahaya. Tetapi bagi Meeser, dia mempunyai
kelebihan dari sudut pengalaman. Sebab itu hingga kini, hanya 3 kali sahaja dia
kembali ke ancient, itu pun apabila keldai pengangkut barang mati dibunuh.
Walaupun dia kelihatan bersahaja membersihkan
dirinya, namun setiap deria ditajamkan. Sesekali matanya meliar ke arah tempat-tempat
yang dia tahu amat strategik untuk sesiapa menyerangnya.
Tiba-tiba deria pendengarannya menangkap bunyi
larian dari arah belakang. Tangkas tubuhnya membuat pusingan sambil tangan
mencapai Shadow Blade yang terbalut kemas di sisi.
“Wo, wo, wo, tenang, tenang.” Seorang wanita
berkulit putih mengangkat tangannya. Berkepul-kepul asap keluar dari mulutnya.
“Ceh, kau Drow,” ujar Meeser sambil meletakkan
kembali Shadow Blade di sisinya. “Sudah berapa kali kau kembali ke ancient?”
Drow tersengih. “Lapan,” jawabnya pendek sambil
jemari tangan diangkat menunjuk simbol 8. Meeser menggelengkan kepala.
“Hati-hati. Aku lihat kau terlampau gopoh bila berada di barisan hadapan.”
“Ya, ya. Cukuplah dengan ceramah kau. Aku tahu aku
noob,” kata Drow sambil ketawa. “Mentang-mentanglah kau ada Shadow Blade,
selamba sahaja kau duduk dekat sini kan,” Drow menambah.
“Aku belum mati lagi. Lagipun, aku banyak beli
barang yang dapat menambah kuasa penyembuhanku dengan lebih laju,” Meeser
menjawab sambil bersiap untuk pergi.
“Aku nak ikut kau.”
Kata-kata Drow disambut dengan hambar. Meeser
melarang. Baginya kehadiran Drow hanya akan merosakkan perancangannya.
“Kau beritahu kepada Omni, aku akan buru Pudge
selepas aku siapkan Desolater.”
Drow hanya mengangguk. Dia tahu yang rakannya itu
sangat suka untuk berperang secara solo. Sesuai dengan kemahirannya sebarang
seorang pembidik tepat atau lebih masyhur dengan gelaran ‘Dragon Sniper’. Laras
senapang yang berbentuk naga itu telah banyak kali menewaskan lawan.
Kecuali Pudge. Pembunuh kejam yang juga salah
seorang pahlawan pilihan kampung Deri. Walaupun Pudge bertubuh gemuk dan agak
perlahan pergerakannya, tetapi rantai sabit kepunyaannya amat mengerikan. Drow
sendiri telah beberapa kali menjadi mangsa.
“Kalau macam tu, aku per...” belum sempat Drow
menghabiskan kata-kata. Tiba-tiba, Zup! Laju tubuhnya ditarik dari tebing
sungai bertentangan.
“Ah, Drow!” Meeser menjerit. Dia tahu, Drow tidak
akan dapat diselamatkan. Segera dia mengaktifkan Shadow Blade sambil Dragon
Eyes dilaraskan ke arah tempat Drow ditarik. Dia yakin untuk buat seketika,
dirinya selamat. Kerana Shadow Blade menjadikan dirinya halimunan dari mata
pihak lawan.
Berhati-hati dia merapati. Hidungnya menangkap bau
asid yang terhasil daripada salah satu teknik maut Pudge. “Tak guna, aku hanya
perlu 500g sahaja sebelum Desolater siap,” hatinya berbisik dalam debar.
Tubuhnya semakin hampir namun kelibat Pudge masih
tidak kelihatan. Hanya bauan asid sahaja yang semakin kuat.
“Suprise!” Sven tiba-tiba muncul dari arah
belakang sambil melancarkan Storm Hammer ke arah Meeser.
Teknik itu menyebabkan
Meeser kaku tidak dapat bergerak. Saat itulah Pudge keluar dari persembunyian.
Dia ketawa terbahak-bahak melihat Meeser yang hanya menanti maut.
Rupa-rupanya
dia telah jatuh ke dalam perangkap pihak musuh. Matanya sempat menangkap
beberapa Sentry Ward utuh berdiri di sekitar kawasan itu.
“Dismember!” Pudge menjerit. Meeser tahu, itu
adalah teknik Pudge yang paling mengerikan. Dia akan dimakan dan dikunyah
hidup-hidup oleh Pudge. Habislah rekod tanpa mati Meeser selama ini.
“Tak guna!” Meeser menyumpah. Dia berjanji, untuk
kehidupan kedua, dia akan memburu Pudge sampai mati dengan Desolater.
Sumpah!