RSS
Facebook
Twitter

10/13/2009

Hari ini dalam sejarah...

Budak ni la yang aku gagal dukung dengan betul.


Hari ini dalam sejarah, aku dah berjaya melakukan sesuatu yang telah lama aku takut nak buat. Apa dia? Kalau aku bagitau mesti korang gelakkan aku. Bukan apa, seingat aku kali terakhir aku buat bende ni tiga tahun lepas tau. Nak tahu apa bende yang aku buat?


AKU TELAH BERJAYA MENDUKUNG ANAK BUAH AKU

YANG BERUMUR DUA BULAN SETENGAH!!!


Ha, gelaklah, gelaklah. Dulu masa anak buah aku yang pertama (abang die), sekali je aku dukung, itupun ibu aku dah menjerit kengerian. Hari ini, perkara yang sama berulang kembali. Namun kali ini ibu aku tak menjerit lagi, mungkin kerana dia telah nampak improvasi (ada ke perkataan ni?) dalam teknik aku mendukung Aina Zukrina, anak buah kedua aku tu. Bangganya aku...


Tapi, penat sesangat hari ni (semalam, sebab aku taip dulu baru publish. Perkara ni berlaku pada 9/10/09), mana taknya, budak ni tak tido-tido dari tadi. Penin aku ngan ibu aku nak layan cucu dia yang sorang ni (kesian nenek). Hahaha, anyway, yang bestnye, mase aku nak candid gambar anak buah aku ni, elok je die wat muke comel giler cam pak cik die ni. Aduss... ini yang den lomah. CUTE SEH.........




P.D.C.: Nantilah aku tunjukkan wajah dia yang comel tu sebab ada masalah dalam proses nak transfer dari camera ke komputer nie. Hehehe... sorry wei.


10/01/2009

Kembara D'Putrajaya



Seminggu sebelum exam terakhir, para pelajar dari kelas al-QudS semester 6 seramai 8 orang telah keluau merayap ke bandar Putrajaya. Katanya nak menikmati panorama terakhir bersama-sama sebelum masing-masing pergi membawa diri (walhal bukan sume pun yg abis...jgn lupe siapkan tesis wei...).

Di samping menikmati dan menghayati keindahan ciptaan Illahi serta pembaziran manusia yang mengejar dunia kat sana, kami sempat meng'candid' beberapa gambar yang kononnya smart kata Busyro. Boleh ah... dia kan minat amik-amik gambar ni. walaupun menggunakan kamera pinjam import dari Singapore, tapi itu tidak membantutkan usaha bebudak kelas kami untuk bergaya.

maka, berikut adalah sedikit daripada gambar-gambar bakal Ustaz dari al-QudS sem 6 KUIS.



Nizam yang tengah khusyuk membaca papan tanda...


Ai.... budget macho ah tu....

Ish, ape kene depe dua ni?


dua sahabat sedang bercanda... Acid, tak yah la nyorok-nyorok


Ya, inilah dia para ustaz dari al-QudS semester 6 2009.

SEMOGA UKHWAH KITA KAN KEKAL ERAT SELAMA-LAMANYA.
INSYA ALLAH.....


ps: pada ustazah-ustazah, korang jgn marah ea, gambar korang tidak dibenarkan masuk dalam blog ni, tak cantik!

hahaha...gurau je.



9/29/2009

Aduss... bahasa kita...

Bacalah sambil tersenyum...wokeh? senyum sokmo...

Pahang wei...



“Ai, awok ingat ghumah ni ade orang gaji ke wei? Sape punye mangkuk ni wei?


Alkisah.... Dan apabila dia bersuara, maka berebutlah yang lain mencari siapa punye kerja. Makan megi tak geti nak basuh, lalu ditinggalkan kekeringan kat dapur. Nampok si Man ni, pantang sekali kalaw orang buat gini. Maka mengomel la die menyakitkan hati. Tatkala itu, yang lain berdiam diri, wat muke selamber, dek dah bese dengor tiap hari. Lalu bangunla Faisol dengan muke comel giler, basuh mangkuk then terus duduk, sambung main mesej dengan makwe die... agaknye (sori Faisol, tambah citer sikit ea...hehehe). Ginilah gamoknye citer Kang (member aku) tentang ngumah sewenye.


Best-best. Aku, bile dengor diorang ni citer, mau senyum sampai telinga. Ape tidaknye, depe ni sume member aku yang duk menyewa ghumah kat luar kampus. Baik-baik belake depe ni. Orang Pahang sumenye, adela sorang dua sesat dari Kedah ngan Kelantan.


Teringat aku mase diorang ni sem 2, masa tu aku sem 3. Kami semua duk asrama, sebilik. Dalam bilik yang muatkan 8 orang tu, sumenye dari Pahang, hanya aku (Selangor), Mije (Kelantan) ngan Faisol (Kedah). Itulah permulaan aku dengor slang orang area Pahang ni. Apetah lagi jiran bilik aku tu sememangnye member deme satu negeri (diorang ni komplot satu sekolah belajar sini). Yang paling best bile dengor diorang ni dok sindir menyindir...peh, seronok seh....


“Ai, koi rase koi baru je sapu bilik ni pagi tadi. Ni sapa yang buat sampah ni wei? Ingat ade orang gaji ke kat bilik ni?” Man mengomel. Bisa woo....


“Lah awok ni, buku kat depan mate tu pun tak nampak. Awok letok mane mata awok? Kat lutut?” abis terbakar telinge koi mendengornye...


Dan, sejak aritu, aku pun mule ber’awok’ saya dengan diorang. Kekadang terlupe nak gune ana wa anta ni....hahaha.



Nogori den...



Nak dijadikan cerita, satu ari tu, dua orang member merangkap junior ajak aku teman pegi ghumah nenek salah sorang darinye. Terletak ghumah itu dalam kawasan nogori (tak silap aku Rembau..). Maka terliur la aku teringat masak lomak cili padi. wei...


Mase dok jumpe opahnye tu, terpinga-pingalah aku bile ditanye dengan slang pokat nogori. Apo kono ko ejang?


“Ekau ni dudok mane?” gitulah bunyinye, aku tak reti nak pekatkan cam opah tu cakap. Takat yang aku faham je aku jawab. Yang laen aku jawab dengan senyuman manje, manis dan ceria. Hehehe.


Sebenarnye ada banyak lagi persoalan-persoalan yang dilontarkan, namun akibat jurubahasa yang kurang cekap dalam menterjemahkannya, maka aku biarkan persoalan itu terbang dihembus badai. Biarpun persoalan itu hanya berkisar pada.... “Ekau ni apo namo ea?”


Tapi best woo bile dengar opah tu bercerita. Kekadang member aku tu menyampuk dengan loghat nogori jugak. Aku yang sememangnya meminati untuk belajau loghat yang ade ni terus mendengar dan memerhati, walaupun dalam hati duk berbicara, “Apo kono la korang ni, tak buleh ko cakap dgn bahase melayu jati? Dah macam tunggul dah aku ni...”


Ha, camno tu? Maka berkatelah Ahmad Nabil, “Ha, lu pikir la sendiri....”



Sici, luru, telu.....



“Assalamu’alaikum wak, kabare?” terlihatlah kesopanan aku, seorang anak muda yang perlu disenaraikan dalam senarai carik menantu di kampungku, RANTAU PANJANG, KLANG! (bukan Kelantan ea...).


“Alhamdulillah, lujeng.” Jawapan ringkas dan tegas itu membuatkan aku terkesima, berubah menjadi seperti seekor unta yang duduk dalam kawanan iLLama gunung salji.


Ape kebendenye lujeng tu? Ha...ni yang wat eden panas ni. Bese aku dengor oghang kabo waras je. Ni Lujeng, amende nih?


Biarpun aku adalah seorang melayu sejati (walaupun ade kabar angin kate aku ni Bugis... ah! Aku tak percaye.) tapi hidup di dalam perkampungan Jawa, memaksa aku untuk mempelajarinya... aduss.


Bile dengor orang tua sini borak-borak kedai kopi, panas je telinga ni. Plus bile diorang borak sambil pandang aku yang tumpang sekaki dengor diorang berbicare. Maka terpaksalah aku menghadiahkan mereka senyuman comel, manis dan mesra ku yang mahal itu... sambil terangguk-angguk, konon paham la tu.


Aduh.... macam-macam lagi yang aku jumpe. Belum lagi citer tentang member aku dengan slang peghoknye... ate, kome, yong, yeop. Melaka, dengan penukaran huruf vokal (betul ke ni?) kepada ‘au’, contohnye belajau (maksudnye belajar). Kelantan... ah! Banyak lagi. Tapi inilah istimewanya Malaysia, berbagai adat, budaya dan slang dalam bahasa. Maka ayuh, kita sepatutnya berbangga kerana kita anak Malaysia. Satu Malaysia! Keranamu Malaysia!


“Dey tambi, innade???” sergahan Bai roti canai tu menyedarkan aku dari lamunan. Ni mesti sebab malam tadi tengok ulangan Raja Lawak musim ke 3 (aku tak sure 2 ke 3) minggu diorang kene wat tajuk “Aku anak Malaysia”. Terbawa-bawa dalam khayalan.


Anyway, aku sebenarnye teringin sangat nak belajo loghat-loghat bahasa ni. Seronok bile dengor. Kekadang bile sembang ngan member, saje aku campurkan, kejap utara, kejap lagi selatan, pastu timur, then barat, next, barat daya, barat laut.... dan seterusnye.


So, kalaw ade sahabat-sahabat yang aku hormati yang tengah baca ni, sudi ajar aku loghat bahasa negeri korang sume, buleh la send mail kat aku... aku amat hargai jase baik korang.

(ps: nanti aku blanje korang makan ea.... kalau aku ingat la, tak janji!)


Ok la ea... sampai sini je artikel n . Koi nak tido’ sat. Nanti cek sambung lagi.


Cheowzzz!!! Assamekom.... (gaya nabil).



ini adalah iLLama


Sebagai rujukan dan peringatan : ejaan ‘gh’ dalam artikel merujuk pada makhraj (bunyi) huruf ( غ ). Dan citer ni adelah merujuk kepada observation aku. So kalau ade salah, betulkan da la ea. Tak yah marah-marah. Tak baik, nanti cepat tua....





P.D.C. : Satu bonus bagi para da’ie andai kita mampu mengetahui bahasa dan budaya mad’u (orang yang di dakwah) kita. Maka, jangan remehkan ilmu bahasa, teruslah belajar dan mengajar... err...itu sahaja pesanan dari diriku, nanti kalau ade lagi, sambung dalam artikel lain k. Bye.