Perhatian kepada pembaca budiman.
Assalamu’alaikum KAMI ucapkan.
ANDA kini berada dalam persediaan untuk memulakan satu pengembaraan.
Jangan bimbang, ini hanyalah satu percubaan.
Sila rehatkan minda ANDA dari sebarang permasalahan.
Dalam tempoh 5 kiraan, ANDA akan mulakan pengembaraan.
5
4
3
2
1
BAYANGKAN!
ANDA berada di suatu dimensi yang berbeza.
ANDA lihat disekeliling ANDA hanyalah kegelapan.
Di hadapan ANDA terdampar sebuah katil KING SIZE berbalut cadar sutera mewah yang ANDA idamkan.
ANDA menghenyakkan tubuh ANDA, dan ANDA MEMELUK ERAT salah satu bantal besar berwarna MERAH yang ada di sisi ANDA.
Tiba-tiba ANDA TERDENGAR suatu suara berkata pada ANDA,
“Bacalah al-Ikhlas!”
ANDA TERPINGA-PINGA.
“Bacalah al-Falaq!”
ANDA MEMELUK bantal merah dengan kuat.
“Bacalah an- Nas!”
ANDA CEMAS.
Tiba-tiba muncul satu cahaya MENYILAUKAN mata ANDA.
ANDA MENUTUP mata. ANDA BERDOA agar tidak diapa-apakan.
ANDA TERDENGAR suara tadi berkata,
“Bukakanlah matamu!”
ANDA MEMBUKA MATA DENGAN PERLAHAN.
ANDA terkejut. ANDA kini berada di satu dimensi yang BERBEZA.
KIRI KANAN ANDA adalah sebuah TAMAN INDAH berbumbungkan LANGIT BIRU yang cerah.
PEPOHON RENDANG menghiasi taman. Dikelilingnya tumbuh beratus rumpun bunga-bungaan.
BAYANGKANLAH!
Kemudian ANDA MENDENGAR satu suara DARI BELAKANG ANDA.
“Baginda Nabi s.a.w. pernah bersabda, ‘Sesiapa yang membaca al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nass tiga kali pada waktu pagi dan petang, cukup baginya sebagai pelindung daripada semua gangguan.” [1] Riwayat Abu Daud & Tirmidzi
ANDA MENOLEH dan TERLIHAT seorang pemuda ber KEMEJA PUTIH dan ber SELUAR SLACK HITAM yang bersih. Pemuda itu TERSENYUM kepada ANDA.
ANDA TERKAKU.
“Mari ikut aku.” Pemuda itu BERKATA kepada ANDA.
ANDA MENGIKUTNYA di belakang.
Dimensi sekitar BERTUKAR.
ANDA kini berada DI TENGAH-TENGAH orang ramai. RAMAI PENIAGA. RIUH-RENDAH,
ANDA TERSENTAK.
Mata ANDA TERLIHAT sebuah papan penyata yang TERGANTUNG bertulis, “Pasar.”
CUBA ANDA BAYANGKAN!
ANDA MENCARI-CARI pemuda itu.
Kala itu ANDA MELIHAT seorang lelaki BERTUBUH BESAR sedang memaki nista sahabatnya.
Tiba-tiba suara pemuda itu berkata,
“Abdullah bin Mas’ud r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, ‘Mencaci orang Islam itu adalah perbuatan Fasik, dan membunuh orang Islam pula seolah-olah menjadi Kafir.”[2] Riwayat Bukhari & Muslim
Pemuda itu MUNCUL dari sisi KANAN ANDA.
ANDA TERKEJUT sekali lagi.
ANDA BERJALAN bersama pemuda itu.
Tiba-tiba pemuda itu MENUDING JARINYA ke arah seorang lelaki yang sedang MAKAN dengan TANGAN KIRINYA.
“Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, ‘Janganlah kalian makan dengan tangan kiri kerana syaitan makan dan minumnya dengan tangan kiri.” [3] Riwayat Muslim
ANDA MENGANGGUK faham. Kemudian ANDA dan pemuda itu BERJALAN lagi.
PANG! ANDA TERDENGAR sesuatu, dan kemudian ANDA TERDENGAR suara kanak-kanak MENANGIS.
Pemuda itu berkata, “Ayahnya telah menampar mukanya.Tahukah engkau?”
ANDA MELIHAT wajah pemuda itu. ANDA DIAM MENANTI kata seterusnya dari pemuda itu.
“Abdullah bin ‘Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. melarang kita menampar muka seseorang dan Baginda s.a.w. juga melarang kita membuat tanda muka pada binatang.”[4] Riwayat Muslim
Tiba-tiba seorang lelaki MEMBERI SALAM kepada ANDA sambil TERSENYUM.
“Assalamu’alaikum.”
ANDA MENGANGGUK DAN MEMBALAS salamnya.
Pemuda itu TERSENYUM kepada ANDA.
ANDA MELIHAT kepadanya.
“Ketahuilah, Daripada Abdullah bin Salam r.a. bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda, ‘Wahai manusia! Ucapkanlah salam, berilah makanan, dan tunaikanlah solat pada waktu malam ketika manusia sedang tidur, nescaya kamu memasuki syurga dengan selamat.’”[5] Riwayat Tirmidzi
BAYANGKANLAH!
Dimensi BERUBAH.
ANDA kini berada di ALAM NYATA.
ANDA sedang DUDUK MEMBACA entry pengembaraan ini.
Terima kasih KAMI ucapkan kepada ANDA kerana sudi menjiwai pengembaraan yang KAMI sediakan ini.
Apakah ANDA benar-benar menjiwai dan membayangkan perjalanan pengembaraan ini?
Seperti yang KAMI katakan, ini adalah satu percubaan. Berhasil atau tidak, KAMI dambakan teguran.
Sebelum ANDA pergi, pahatkanlah beberapa hadis ini di dalam memori ANDA.
“Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda, ‘Sesungguhnya aku diutuskan sebagai rahmat.”[6] Riwayat Muslim
“Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Aku diutuskan dengan perkataan-perkataan yang ringkas dan padat.”[7] Riwayat Bukhari & Muslim
Semoga pengembaraan ini memberi manfaat kepada ANDA dan KAMI. Insya Allah...
Assalamu’alaikum....
2 ulasan:
hebaaaat!saya rasa kalu baca pd waktu malam ataupun sunyi mungkin lagi terkesan...
blog ni pun hebat...saudara mampu berdakwah dgn tulisan saudara...alhamdulillah...
n lagi satu...terima kasih krn sudi menjenguk blog saya yg tak seberapa tu...
saya sangat2 menghargainya...salam 'alaik kembali...
May Allah bless U...
Nice
mabruk alaik
Post a Comment