RSS
Facebook
Twitter

10/01/2014

Aku Rindu...

Before this, every night if i dont sleep yet. Sometimes ill go out from my room. Watching around and go to his room and ask, "Hey, are you sleeping yet?"

Funny, i still doing the same thing tonight. But i didnt ask like usual. I just looking around. Looking at his empty room. I open the door but no one there. There is none of noise from him playing computer game or songs from lagu-lagu melayu 90-an.

Eventhough im smiling, but my heart still sad. 

One of my best buddy are not here....

Yup, aku tahu, hari ini tidak akan sama lagi. Dan aku mula sedar bahawa saban hari sebelum ini, amat kerap aku luangkan masaku bersama dia. Dan malam-malam begini, saat rakan lain terbuai dengan mimpi masing-masing. Kami kadang-kadang berbual berbicara berkenaan minat kami yang sama iaitu permainan komputer.

Ya, itu hobi kami berdua. Aku kadang-kadang menjerit namanya. Bertanya, "tengah main aura ke?" Sambil membuka sedikit pintu biliknya. Selalunya mesti dia masih belum tidur lagi. Bertemankan cahaya dari laptop dan lagu latar game, dia membalas pandanganku.\

Suasana yang aku rindu. Ya, aku rindu. Malam ini sahaja berapa kali aku keluar dari bilikku dan melempar pandangan ke arah biliknya. Mahu sahaja aku melontarkan pertanyaan seperti biasa. Tetapi apakan daya, rindu hanya dalam hati.

Aku masih bersedih. Hari ini, sengaja aku bergurau senda dengan ahli rumah yang lain. Bila sahaja pintu utama rumah kami dibuka, aku sengaja memanggil namanya. Konon bergurau, walhal hakikatnya, aku merindui dirinya. 

3 tahun bersama diperantauan. Berkongsi suka duka. Oh, aduhai air mata... aduhai air mata...

Di lapangan terbang semalam, betapa sukarnya aku rasa untuk berhenti berbual dengannya. Tetapi ku gagahkan hati. Dengan tawa dan gurauan seperti selalu, aku sembunyikan suara hatiku.

Bukannya aku tidak akan berpeluang bertemu dengannya lagi selepas ini. Bahkan peluang itu banyak. Cumanya, aku sedar. Teratak indah kami ini akan kekurangan seorang ahli keluarga.

Malam ini, aku tiba-tiba rindukan kelibatnya membuka pintu bilikku dan bertanya, "tengah main aura ke?" 

Lucu, soalan kami sama. Tapi itu menjadi simbolik perbualan antara kami. Nanti lepas tanya, dia akan duduk di sisiku sambil memerhati aku mengadap laptop. Atau kadang-kadang dia akan duduk di birai tingkap sambil menikmati suasana gelap malam.

Oh, aduhai air mata... aduhai air mata...

Bila difikirkan, ya, ini adalah permulaan. Tak lama lagi, seorang lagi my best buddy akan berangkat kembali ke tanah air. Adik bongsu bayt Nawawi. Aku tidak tahu bagaimana reaksi hatiku nanti. Aku tahu, mulai saat ini, perlahan-perlahan hidup di teratak Nawawi ini tidak akan sama lagi. Perubahan ahli rumah, perubahan semuanya.

Setahun lagi. Hanya setahun lagi mudah-mudahan. Apakah aku masih bisa menahan golakan hati duduk di rantauan?

Ya Rabb, tabahkanlah...


:: tiba-tiba masuk mesej di facebook ku. Aku tersenyum. Mesej dari dia selamat tiba di tanah air sana ^_^.


Alhamdulillah..

9/29/2014

Untukmu Sahabat

[ Nazrin, Syafiq Shah, Nik Faiz, Maliki ]

Tahun kedua kita berkenalan
Banyak kenangan
Kita kongsi bersama

Kita kongsi kegembiraan
Seronok bergurau senda, pabila kita kumpul bersama
Berbual bertukar cerita

Dikau kongsi kecewa
kerana aku juga punya rasa yang sama
aku pujuk hatimu
dan kau pujuk hatiku

Selalu kau menjadi peneman
Kerana minat kita sama
Hingga dalam dunia dota dan aura
Kita juga kerap berdua

Kau dan aku
Walaupun kita tidak kenal lama
Tapi air mata ini tidak henti
Mahu mengalir menanti detik
Engkau berangkat kembali ke tanah air

Aku tahu ini bukan perpisahan abadi
Tetapi di perantauan ini
Seorang sahabatku kini hilang di sisi

* Semoga Allah eratkan ukhah kita ahli bayt Nawawi sampai bila-bila *

khusus utk:

Ahmad Maliki b Md Daud
Pengkhususan Usuluddin
Fakulti Syariah
Universiti Mu'tah Jordan
2010-2014


 ahli bayt Nawawi 2012-2014


7/16/2014

Viral Kereta Di Bulan Puasa ^_^

Pose-pose ni suka plak aku tengok telatah rakyat Malaysia dalam facebook. Lucu dan lawak. Sorang-sorang aku gelak dalam bilik ni. Punyelah kreatif diorang ni. Satu ibu jari aku bagi. I LIKE!

Baru-baru ni muncul satu video viral yang mempamerkan aksi ganas 18sg seorang gadis melayu terhadap seorang uncle cina yang berusia sekitar 60-an. Aku tak tengok video tu, sebab adegan mula-mula yang dipaparkan dalam video tu adalah budak perempuan ni jerit-jerit.

Aku pulak rasa malu nak tengok. Terus aku tutup. Then 2,3 hari lepas tu video ni jadi viral. Mendapat liputan semua lingkungan masyarakat Malaysia dan tak boleh tahan mendapat liputan hangat dari media. Heiz.. takde berita lain ke nak dipanaskan?

Aku takdelah nak kisah sangat benda-benda camni. Saje aku perhatikan komen-komen rakyat jelata. Terbahak-bahak aku gelak. Dan terkadang aku terkesima dan tertawan melihat kreativiti rakyat malaysia di facebook mengenakan gadis tersebut.

Antara karya kreativiti mereka

Emm.. sedare-sedare.

Bulan puasa ni sedare-sedare. Seronok ke tahan lapar kosong gitu?

Kesian budak perempuan tu. Sampai deactivate facebook die, tak sempat aku nak stalk. LOL.

Dan lebih kasihan apabila gambar-gambar beliau menjadi bahan jenaka tersebar di komen-komen mereka yang tidak bertanggungjawab. Dicolet sana sini gambarnya. Lebih membimbangkan lagi apabila ada komen-komen tu yang seakan mahu mengancam periuk nasik dia. Aduhai korang....

Ada tiga pengajaran yang aku dapat dalam kes ni.

Pertama: 

Jangan biarkan diri kita dikawal emosi. Sebut tentang emosi ni, masa aku kat KUIS dulu, aku belajar satu prinsip.

"Bila kita biarkan emosi mengawal diri, kita akan jadi binatang"

 Ni prinsip dia.

Antara contoh kes seperti baru-baru ni seorang remaja lelaki 17 tahun mati dibunuh oleh ayahnya yang berang apabila remaja tersebut meluahkan hasrat mahu bekerja membantu keluarga. 

Alahai manusia. Bila kita biarkan diri kita dikawal emosi, ia tidak akan pernah berhenti. Hari ni marah yang mengusai, kemudian sedih, sesal dan kecewa pula menghantui.

Emosi ni tidak terfokus kepada marah sahaja, bahkan sedih dan gembira juga termasuk. Dan lain-lain selagi boleh digolongkan sebagai emosi.


Kedua:

Syukur kepada tuhan yang sentiasa menjaga kita dan memelihara kehormatan kita. Aku belajar yang andai tuhan buka segala kelemahan dan kesalahan aku dihadapan orang ramai, even lubang cacing pun bukan tempat sembunyi paling baik untuk aku menahan malu.

Hari ini tuhan buka sedikit aib dia, dan kita gelakkan. Jangan lupa Allah Maha Adil. Setiap perbuatan ada balasan. Semoga Allah melindungi diri kita.


Jom kita amalkan doa ini.
Semoga Allah sentiasa menutup aib kita

 cara baca doa ini:
 
Allahummastur ‘Awrati,

Wa aamin raw’ati,

Allahummahfazni min bayni yadayya,

Wa min khalfi,

wa ‘an yamini,

wa ‘an syimaali,

wa min fauqi,

Wa ‘a’uzu bi’azomatika an ughtaali min tahti.

 Ketiga:

Berhati-hatilah. Laman sosial ni bukan tempat perkongsian peribadi yang baik. Gambar-gambar kenangan kita tu, simpan je lah dalam komputer. Untuk tatapan diri sendiri. Kalau rasa diri cute, tak perlu nak kongsi. Jadikan ke'cute'tan kite sebagai motivasi diri untuk tambahkan keyakinan dalam diri. Tak perlu kongsi ke dunia, cukup tampal tepi cermin kat dalam bilik. Even better, simpan diam-diam dalam laci. Satu ibu jari lagi aku bagi.

Media sosial ni senang orang nak godam. Kejap je manusia kreatif luar sana nak dapatkan butiran peribadi kita. Biarpun sistem keselamatan ketat kita sediakan.

Banyak lagi sebenarnya yang boleh kita belajar. Sebab kehidupan adalah sekolah terbaik untuk diri kita. Jadi jangan hanya buka mata, buka juga hati untuk menilai. Kekadang buruk di mata kita rupanya memberi kesan baik di hati.


Feeling annoyed: Ape punye media maklumat da amik bende ni sebagai bahan tatapan rakyat. 

Sepatutnya rakyat kita ditatapkan dengan berita-berita perkembangan berkenaan keadaan saudara-saudara kita di Gaza.

Jadi, kita hentikan isu takde faedah ni. Dan fokus kepada Gaza. Semoga Allah membantu kita semua terutama mereka di Gaza!!

Ketahui perkembangan di Gaza melalui facebook Aqsa Syarif.


-- [[ PRAY FOR PALESTINE ]] -- 
(-_-)

7/09/2014

Nak Western Food

"Jom makan pizza nak?"

Menarik cadangan kawan aku ni. Tiba-tiba datang angin dia nak berbuka dengan makanan western. Penat gak pikir, kat mana nak dapat western food ni. Mu'tah ni kampung, hulu. Takat pizza kecil-kecil 50 qursh tu ade lah.

So then, kami sepakat, sebab nak pecah gian, frozen food pun jadi. 

Menu berbuka:

1 chicken pizza (frozen)
1 beef pizza (frozen)
2 Lagsania (still frozen)


"Cukup ke kita 6 orang ni?" sorang member ni tanya. Well, good question. Aku pun dok mikir gak, walaupun kitorang ni semua teringin nak santap western. Tapi perut dah biasa hadam nasi ni cukup ke dengan makanan-makanan tu untuk berbuka.

So, dapat ilham. Tangan rasa gatal-gatal nak cuba resepi baru. Aku tak pasti resepi ni ada ke tak dalam internet, tapi yang pasti, resepi ni aku main campak je bahan dia.

Aku namakan dia  

"Spagetti Pizza with Cheese Sauce"

Biarlah korang nak kata poyo ke apa, ni resepi aku, ikut suka aku.

Bahan-bahan dia:

Untuk spagetti dia kompom-kompom dah spagetti dan aku tambah sosej untuk bagi menarik.

 * Spegetti aku cucuk kat sosej macam dalam gambar. Rase seni sikit.

Cheese Sauce

Cheddar cheese
Susu cair
Bawang putih
Garam
Black pepper

* Masak api kecil. Aku suka pekat jadi tak letak air banyak.

Tambahan waktu nak bakar:

Mozarella Cheese
Cili Bengala
Black Pepper

Aku main campak je bahan-bahan ni ikut suka hati. So, tak pandai nak letak berape sudu atau senduk setiap bahan ni. Asal bila rasa kat lidah hati kate sedap, luluslah tu.

Bila spagetti da siap rebus. Sauce pun dah siap masak. Next step, susun spagetti dalam acuan. Kemudian tuang sauce. Taburkan mozarellah, cili bengala dan black pepper.  Letak garam untuk padukan rasa. Dah siap untuk dibakar.

Thanks to my friend Muizzuddin sebab bagi guna microwave. Kitorang ni sume orang bujang yang pertama kali guna microwave, so untuk set masa bakar tu kitorang cuba sikit-sikit.

Kesimpulannya aku bajet dalam 4-5 minit gak la.

Dan inilah hasilnya.



Lucunya waktu berbuka kami dimulakan dengan teh o ais berlada hitam. Ha, ha, ha. Terbaik. Sape tah tersalah letak lada hitam dalam plastik ais, habis ais bersalut lada. Ada rasa pedas-pedas gitu teh o ais die.

Tapi back up dengan western-western food ni, sume orang puas ati.

Kesimpulannya, duduk perantauan + bujang = kena kreatif. kalau hari-hari masak nasi lauk kari atau sup je. Memanglah kedai nasi arab la 4 kali seminggu.

Dan kena berani cuba. Mase bujang ni la kita kena cuba masak. Kawan-kawan boleh jadi tikus makmal. ^_^

Tak sedap baiki. Lama-lama mak mentua pun senang hati nak terima kita. Ahaks!

Gracias!

7/04/2014

Kalian Bulan & Bintang

 Kalian Bulan & Bintang











Umpama bulan dan bintang
Kalian berdua bersinar menyinari malam
Hari berlalu dengan hangat semangat kalian menuntut ilmu
Tanah kontang turut basah
Bila hujan turun mencurah
Aku umpama semalu
Acap kali menguncup bila titik hujah menyentuh

Jarak kita jauh
Tetapi kalian aku yakin lebih teguh
Aku hanyalah batu di tebing sungai
Tetapi kalian adalah emas di dasar
Kerana emas, manusia hadir
Mencari nilai
Dan aku batu menumpang rahmat

Aku adalah semalu
Yang berduri, tanpa sedar mencarik
Dan bila aku tahu
Aku tidak mampu menggapai bulan di langit
Hanya mampu merenung di bumi
Mengharap bulan kembali

Dan bintang selang hari kian malap
Tidak bergemerlapan seperti dulu

Kalaulah aku bisa putarkan waktu dulu…


Corak perasaan selepas mendengar nasyid ini.

4/24/2014

Meeser, Dragon Sniper



Tiada siapa tahu, pagi itu hutan yang biasanya damai tiba-tiba dikejutkan dengan satu berita. Berita besar yang menggemparkan. Hutan hujan Tado yang luas itu bakal menjadi medan peperangan.

Anak sungai yang mengalir tenang menjadi sempadan antara dua kawasan, perkampungan Radi dan Deri kini berkocak ganas kerana derapan tentera dari kedua-dua belah pihak.

Sebulan yang lalu, penduduk Ancient Radi kelam kabut menyiapkan persiapan peperangan. 5 orang pahlawan telah dipilih untuk mengetuai bala tentera mereka. Masa yang berlalu tidak menunjukkan sebarang tanda yang peperangan bakal tamat.

Dalam kekalutan itu, tiada siapa yang berani masuk ke dalam hutan, apatah lagi untuk menikmati keindahan anak sungai Tado yang jernih itu bersendirian. Tetapi pagi itu, warga hutan Tado terkejut melihat kehadiran satu susuk tubuh di situ.

“Only miss the sun when it start to snow, only know you love her when you let her go. Let her go!!” suara serak basah mengoyak kesunyian hutan Tado.

Susuk tubuh yang sasa namun agak kerdil duduk di atas batuan yang menghiasi anak sungai hutan Tado. Di sisinya tergalas selaras senjata yang telah mengorbankan banyak nyawa. Kepalanya terhangguk-hangguk melayan alunan lagu Let Her Go nyanyian Passengger.

Sambil membersihkan tubuhnya yang dicemari darah kering dan lumpur, sesekali terbersit dari bibirnya lirik lagu tersebut. Suaranya diperlahankan agar tidak didengari musuh. Berada disempadan antara dua kawasan peperangan sangat berbahaya. Tetapi bagi Meeser, dia mempunyai kelebihan dari sudut pengalaman. Sebab itu hingga kini, hanya 3 kali sahaja dia kembali ke ancient, itu pun apabila keldai pengangkut barang mati dibunuh.

Walaupun dia kelihatan bersahaja membersihkan dirinya, namun setiap deria ditajamkan. Sesekali matanya meliar ke arah tempat-tempat yang dia tahu amat strategik untuk sesiapa menyerangnya.


Tiba-tiba deria pendengarannya menangkap bunyi larian dari arah belakang. Tangkas tubuhnya membuat pusingan sambil tangan mencapai Shadow Blade yang terbalut kemas di sisi.

“Wo, wo, wo, tenang, tenang.” Seorang wanita berkulit putih mengangkat tangannya. Berkepul-kepul asap keluar dari mulutnya.

“Ceh, kau Drow,” ujar Meeser sambil meletakkan kembali Shadow Blade di sisinya. “Sudah berapa kali kau kembali ke ancient?”

Drow tersengih. “Lapan,” jawabnya pendek sambil jemari tangan diangkat menunjuk simbol 8. Meeser menggelengkan kepala. “Hati-hati. Aku lihat kau terlampau gopoh bila berada di barisan hadapan.”

“Ya, ya. Cukuplah dengan ceramah kau. Aku tahu aku noob,” kata Drow sambil ketawa. “Mentang-mentanglah kau ada Shadow Blade, selamba sahaja kau duduk dekat sini kan,” Drow menambah.

“Aku belum mati lagi. Lagipun, aku banyak beli barang yang dapat menambah kuasa penyembuhanku dengan lebih laju,” Meeser menjawab sambil bersiap untuk pergi.

“Aku nak ikut kau.”

Kata-kata Drow disambut dengan hambar. Meeser melarang. Baginya kehadiran Drow hanya akan merosakkan perancangannya.

“Kau beritahu kepada Omni, aku akan buru Pudge selepas aku siapkan Desolater.”

Drow hanya mengangguk. Dia tahu yang rakannya itu sangat suka untuk berperang secara solo. Sesuai dengan kemahirannya sebarang seorang pembidik tepat atau lebih masyhur dengan gelaran ‘Dragon Sniper’. Laras senapang yang berbentuk naga itu telah banyak kali menewaskan lawan.
 
Kecuali Pudge. Pembunuh kejam yang juga salah seorang pahlawan pilihan kampung Deri. Walaupun Pudge bertubuh gemuk dan agak perlahan pergerakannya, tetapi rantai sabit kepunyaannya amat mengerikan. Drow sendiri telah beberapa kali menjadi mangsa.

“Kalau macam tu, aku per...” belum sempat Drow menghabiskan kata-kata. Tiba-tiba, Zup! Laju tubuhnya ditarik dari tebing sungai bertentangan.

“Ah, Drow!” Meeser menjerit. Dia tahu, Drow tidak akan dapat diselamatkan. Segera dia mengaktifkan Shadow Blade sambil Dragon Eyes dilaraskan ke arah tempat Drow ditarik. Dia yakin untuk buat seketika, dirinya selamat. Kerana Shadow Blade menjadikan dirinya halimunan dari mata pihak lawan.

Berhati-hati dia merapati. Hidungnya menangkap bau asid yang terhasil daripada salah satu teknik maut Pudge. “Tak guna, aku hanya perlu 500g sahaja sebelum Desolater siap,” hatinya berbisik dalam debar.

Tubuhnya semakin hampir namun kelibat Pudge masih tidak kelihatan. Hanya bauan asid sahaja yang semakin kuat.

“Suprise!” Sven tiba-tiba muncul dari arah belakang sambil melancarkan Storm Hammer ke arah Meeser. 

Teknik itu menyebabkan Meeser kaku tidak dapat bergerak. Saat itulah Pudge keluar dari persembunyian. Dia ketawa terbahak-bahak melihat Meeser yang hanya menanti maut. 

Rupa-rupanya dia telah jatuh ke dalam perangkap pihak musuh. Matanya sempat menangkap beberapa Sentry Ward utuh berdiri di sekitar kawasan itu.

“Dismember!” Pudge menjerit. Meeser tahu, itu adalah teknik Pudge yang paling mengerikan. Dia akan dimakan dan dikunyah hidup-hidup oleh Pudge. Habislah rekod tanpa mati Meeser selama ini.

“Tak guna!” Meeser menyumpah. Dia berjanji, untuk kehidupan kedua, dia akan memburu Pudge sampai mati dengan Desolater.

Sumpah!




4/23/2014

Cinta Dia


“Urgh,” rintih hati. Kesal dengan apa yang telah terjadi. Kolam air mata yang bertakung semakin menghampiri had kemampuannya. Saki baki keperitan masih berbekas di hati. Tetapi aku tidak mampu berbuat apa-apa.

Ia terjadi secara spontan dihadapanku. Hendak dimarahi, yang melakukannya amat aku sayangi. Hendak didiamkan, hanya tuhan sahaja yang tahu dia amat berharga bagiku.

Dari dahulu dia menjadi penemanku. Setiap pagi aku akan pastikan sebelum melangkah keluar dari rumah, bibirku akan mencecah ke bibirnya. Itu tanda kasih sayangku. Kami jarang berbual, kalau ada pun hanya aku sahaja yang bercelotah mesra. Sebab itu aku sayang dia. Pendengar setia tatkala sedih atau gembira.

Aku masih ingat, ketika hari aku hendak melangkah keluar ke temuduga kerja. Aku terlupa. Kerana debaran di dada yang kencang semenjak malam lagi. Sebelum sempat aku masuk ke dalam kereta, ibu melaung namaku. Bersama dia, ibu memarahiku kerana aku terlupa kebiasaan ku kepada dia.

Setiap masa, di meja makan, dia berada dihadapanku. Kadangkala sambil menyuap makanan, tangan kiriku memegang lengannya yang satu. Saja mengusik, mencuit. Ibu yang perasan akan perbuatanku itu juga kadangkala tersenyum. Dari dulu hingga sekarang, antara kami tiada yang berubah.

“Assalamualaikum,” singgahsana kami bergema dengan suara-suara yang dirindui. Anak-anak kakakku sudah pulang ke rumah atuk dan nenek. Habis riuh rumah kami kerana setiap orang mahu bercerita tentang pengalaman mereka di sekolah.

Tidak cukup dengan itu, tidak lama kemudian kakakku yang seorang lagi pun pulang. Kereta Myvi berwarna silver diletakkan betul-betul di hadapan pagar rumah. Macam anak raja. Ya, anak raja. Kerana sebaik dia melangkah keluar, dipangkuannya seorang puteri raja yang comel bertudung ungu sedang mengulit dengan bondanya yang seharian tidak ketemuan kerana kerja.

Aku yang sedang bersama dengan dia di dapur hanya memerhati. Berat rasanya mahu mengangkat punggung yang terpaku sejak dari tadi. Keriuhan itu sangat tidak asing bagiku. Bahkan itulah suasana yang menjadi kerinduanku pabila aku kembali ke luar negara nanti.

Masih ada satu ada lagi yang kurang. Ya, si kecil yang tembam itu belum pulang. Barangkali dia dan mama sedang terperangkap dalam kesibukan jalan raya petang-petang begini.

“Paksu, nak air,” suara manja dari salah seorang anak saudaraku mengoyak lamunan. Aku segera terlupa akan dia. Jangan salah sangka. Cinta dan kasih sayang tidak pernah hilang. Bahkan ia semakin bertambah seiring dengan bertambahnya jumlah yang kita sayang. Kerana pertambahan kasih sayang kadangkala membuatkan kita gembira hingga terlupa.

Aku terlupa dia. Aku terlupa hingga keterlekaanku itu menyebabkan bencana. Bukan bencana alam yang mengakibatkan kawanan ikan naik ke darat. Tetapi bencana emosi yang menaikkan aras ketinggian tekanan darahku. Bukan marah, tapi kerana kesal dan geram dengan sifat lekaku. Kerana aku, dia... dia...

Biarlah aku cerita apa yang terjadi kepada dia. Sebaik aku mengangkat punggungku untuk melayan permintaan anak saudaraku itu. Aku pantas menuju ke gerobok dapur untuk mengambil cawan plastik dan air. Aku tidak perasan, saat itu, mata anak saudaraku melirik ke tubuh dia. Lantas si kecil kesayanganku itu menyambar tangan dia.

Aku tahu, tulisan nama kawan-kawan sekolahku yang tercoret di tubuh dia menarik perhatian buah hatiku itu. Tetapi aku tidak sangka, sambaran tangan comel itu rupanya tidak disertai dengan kekuatan. Dia yang masih dipenuhi dengan cairan bewarna coklat susu yang masih panas itu terlepas menghempas ke lantai.

Prang!

Seisi alam sunyi. Seakan ada tenaga menekan butang senyap, semua mata terarah kepada dia dan anak saudaraku. Aku yang kebetulan hampir dengan kawasan kejadian spontan ke arah anak saudaraku dan mendukungnya. Bimbang jika serpihan dia mencalari tubuh kecil itu.

Ibu dan kakakku pantas menjalankan tugas. Setiap cebisan dia dikutip dengan teliti. Cairan panas tadi segera dikeringkan dengan kain lembab. Sehingga benar-benar dipastikan tiada lagi yang mungkin membahayakan sesiapa, kawasan kemalangan tidak dibenarkan untuk laluan.

Aku hanya mampu memandang sayu sahaja melihat semua itu berlaku. Tubuh dia berkecai. Bibir dia sumbing tidak seperti dahulu. Aku tahu, itu adalah kali terakhir aku dapat melihat dia. Ibu memandangku. Aku tahu Ibu pasti dapat merasai keperitan hatiku.

Hendak buat bagaimana, semuanya terjadi begitu pantas. Aku pujuk hati. Segala puji bagi tuhan, dia mengambil yang aku sayang tetapi juga menyelamatkan yang aku sayang.

“Nanti ibu ganti baru ya,” pujuk ibu. Suara ibu menyejukkan hatiku. Namun aku perlu masa. Aku perlu masa untuk bertenang. Sekelumit marah yang masih membara dihati perlu dipadamkan.

Walaupun dia sudah tiada di sisi, tetapi cintaku pada dia kekal ada. Aku tahu akan ada pengganti dia. Tetapi seperti yang aku kata tadi, cinta itu tetap ada. Hanya sahaja cinta bertambah dengan kehadiran wajah baru yang akan dicintai.

"Dia yang pernah menjadi cintaku, 
ku jadikan sebagai kekuatan untuk terus belajar tentang kehidupan."