RSS
Facebook
Twitter

4/30/2015

Salam


"Assalamualaikum."

Gadis bertudung merah jambu itu mengangkat wajahya memandangku. Langkah kaki kami terhenti seketika. Mungkin kerana kejutan yang tidak disangka-sangka itu.

Jantungku berdegup laju. Berdebar. Entah mengapa laju sahaja bibirku melemparkan salam kepada dia sebaik sahaja kami berselisih. Arah perjalanan kami bertentangan. Aku yakin yang dia dalam perjalanan pulang sedang aku pula sedang mengejar waktu yang semakin suntuk untuk ke kelas.

Adatlah bagi kami pelajar pengajian Islam memberi salam sesama rakan, itu kami sebut sebagai ukhwah. Tetapi kalau salam itu dilemparkan kepada berlainan jantina, itu lain macam namanya.

Kalau tahu dek sekelompok orang ini, mereka akan kata itu adalah fitnah. Membuka peluang ke jalan 'ikhtilat'. Tetapi ada juga yang kata, "alah, setakat beri salam tu apa ada."

Aku sendiri juga hairan. Entah mengapa, sebaik sahaja kami berselisih, ringan sahaja mulut menghadiahkan salam kepada gadis bertudung merah jambu itu. Hari ini adalah hari yang sama seperti sebelumnya. Tiada yang istimewa.

Angin yang sejak dahulu lagi menjadi saksi jutaan peristiwa manusia mengusik lembut setiap jiwa yang menikmati. Dedaun pohonan rimbun yang berbaris di sisi kami menyanyi bergeseran antara satu sama lain merai drama romantis yang sedang terjadi. 

Untuk beberapa saat mata kami bertemu.Tanpa sempat aku menikmati keindahan ciptaan tuhan itu, dia membalas dengan anggukan kecil dan pantas meneruskan langkahan.

( 207 patah perkataan )

4/10/2015

Sahabatku

Sahabatku

Biarlah
Walaupun hampir separuh hari aku lalui seperti kebiasaan
Tiba-tiba aku diberitahu 
bahawa aku masih berkeliaran di alam mimpi
Biarlah

Tidak mengapa
Jika kamu atau keluargamu memarahi aku
Asalkan aku diberitahu 
Yang aku telah menyebarkan berita palsu

Rupanya mendung hari ini berpanjangan
Dari tadi hingga waktu ini
Air mataku tidak segan untuk jatuh di pipi

Janji Allah itu pasti
Dan DIA telah menjemput kamu ke sisi

Kau
Seorang guru, tika aku tidak tahu
Seorang teman, tika aku bersendirian
Seorang kekasih, tika aku kesepian
Seorang sahabat
untuk selamanya

Ahmad Jawwad Busyro
 (sahabat 2006 hingga selamanya)

4/01/2015

Salah Aku

Jalan-jalan di ruangan muka buku. Tertarik dengan mesej yang dibawa dalam klip video ni.



Hasilnya ini.

Puisi - Salah Aku



Hembusan Cinta

Tengah duk layan lagu  'Kita ditakdirkan jatuh cinta' - Spring, tiba-tiba tangan semangat nak mengukir ilham atas kertas.

Puisi - Hembusan Cinta


Bayu Rabi' - Angin di musim bunga. Rabi' merupakan perkataan bahasa arab yang membawa maksud musim bunga.