“Tuan-tuan, di dalam al-Quran Allah s.w.t. telah berfirman: ‘Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibubapa.’[1] Telitikanlah pada ayat ini. Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk beribadah kepada-Nya dan jangan sekali kita menyembah selain daripada tuhan Yang Maha Esa ini.”
Selepas selesai solat subuh, masjid al-Qayyum dipenuhi oleh para jemaah yang mahu mendengar kuliah subuh.
“Kemudian, Allah telah memerintahkan kita untuk berbuat baik kepada kedua ibubapa kita tuan-tuan. Ini menunjukkan, betapa pentingnya berbuat baik kepada ibubapa ini kerana arahan ini diletakkan selepas arahan untuk mentauhidkan Allah s.w.t.”
“Luqman juga pernah menasihatkan anak-anaknya, ‘Dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi nasihat kepadanya: Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar. Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya.[2]”
“Baginda nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda: ‘Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa, manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa’[3], di dalam hadis ini menunjukkan hubungan seorang anak dengan ibubapanya memiliki kaitan dengan hubungannya dengan Allah s.w.t. Jika seorang anak berbuat baik kepada ibubapanya sehingga keduanya redha kepadanya, maka Allah akan meredhai anak itu. Akan tetapi jika seorang anak tidak berbuat baik kepada ibubapanya sehingga menimbulkan kemarahan keduanya, maka Allah juga akan murka kepadanya, Na’uzubillahi min zalik.[4]”
Begitulah yang dikatakan oleh penceramah kuliah subuh itu. Jauh di hadapan, seorang pemuda khusyuk mendengar dan mencatit isi-isi penting dari kuliah tersebut. Kuliah itu berlangsung dalam 30 minit. Cukup ringkas, namun padat dengan pengajaran.
Pemuda itu lantas bangun dan terus menuju ke rak al-Quran untuk meneruskan kelazimannya selepas subuh. Para jemaah kebanyakkannya menuju ke ruang menjamu selera untuk menikmati sarapan pagi yang dihidangkan, segelintirnya ada yang terus pulang dan ada juga yang membaca al-Quran sepertinya.
Langit pagi semakin cerah, burung berkicau mencari rezeki di luar. Namun masjid Al-Qayyum masih lagi cerah.
“Assalamu’alaikum...”
Pemuda tersebut menyapa. Seusai mebaca al-Quran, dia melihat sekujur tubuh duduk berteleku dipenjuru masjid bersendirian. Bila diteliti baru dia sedar, itulah pemuda yang baik hati membenarkan dia duduk semeja bersama. Segera dia mendekati sahabat yang tidak dikenali namanya itu.
“Assalamu’alaikum. Awak ingat lagi? Semalam awak benarkan saya duduk semeja dengan awak.”
Diperhatikan wajahnya pemuda yang menghulurkan salam itu. Diamati dengan dalam. Masih seperti semalam. Tenang dan sentiasa tersenyum.
“Wa’alaikumsalam.” Dia menyambut huluran salam sambil mengangguk.
Kedua-dua pemuda itu duduk tidak berbicara sambil mengadap antara satu sama lain. Suasana masjid semakin sunyi, para jemaah sudah lama pulang.
“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah dan tabahkanlah dirimu dan berjaga-jagalah dan bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu mendapat kemenangan.”
“Ana akhukum Muhammad Aidil Syafiq bin Zakaria.” Pemuda itu memulakan ikatan persahabatan sambil menepuk-nepuk bahu Umar dan tersenyum.
“Hayatilah wahai sahabatku, Allah sentiasa di sisi mereka yang mengharap redha Allah dalam hidupnya.”
Air mata Umar kembali bertakung.
“Wahai sahabat, ulangkanlah kembali maksud ayat yang kau bacakan tadi. Jelaskanlah padaku.”
Aidil Syafiq tersenyum.

“Surah Ali Imran ayat 200. Itulah kata-kata Allah kepada orang mukmin yang sedang diuji imannya. Sahabat, dalam hidup ini bukan semua yang terjadi menyenangkan kita. Kadangkala, Allah hadirkan ribut untuk menguji kita, tatkala itu baru kita sedar apakah hidup kita sememangnya untuk Yang Maha Kuasa atau tidak.”
“Tetapi sahabat, biarpun ribut itu kencang, ramai manusia yang tumbang, jatuh terduduk, bahkan ada yang tidak sanggup untuk bangun lagi, tuhan Maha Pengasih memujuk hambanya untuk kembali, dia berkata,
‘Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri dengan perbuatan-perbuatan maksiat, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa, Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.’[5]”
“Lihat wahai sahabat, betapa indah dan agungnya cinta Allah kepada kita hambanya. Di dalam sebuah hadis Qudsi tuhan Maha Penyayang telah berfirman, ‘andai hamba-Ku ini datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari.’ Dalam hadis lain, Dia telah berfirman, ‘perumpaan kegembiraan-Ku menerima hamba-Ku adalah seperti seorang musafir yang kehilangan untanya di tengah padang pasir. Di saat dia berputus harapan ketika itu muncul untanya kembali. Lalu dia berteriak kerana terlalu gembira, “ Ya Allah, ana rabbuka wa anta abdi” Ya Allah, aku tuhan-Mu dan Kau hambaku.’ Kerana terlampau gembira, musafir tersebut tersilap menuturkan kata. Bahkan gembiranya tuhan Maha Pemurah dengan cinta kepada hamba-Nya lebih daripada keadaan musafir tersebut.”
Umar tergelak kecil mendengar kisah tersebut. Hatinya sedikit terhibur dengan kehadiran sahabat barunya itu.
“Umar al-Farouk bin Abdullah.”
Umar mempekenalkan dirinya.
“Subhanallah, indahnya nama kamu wahai sahabat.”
Mereka berpelukan erat. Simbolik terjalinnya ikatan persaudaraan yang erat. Umpama Ansar yang menyambut Muhajirin dengan penuh kecintaan.
“Tahukah kau wahai sahabatku?”
Dua mata itu bertentangan.
“Sesungguhnya aku amat menyayangi dirimu. Umar al-Farouk bin Abdullah, sesungguhnya aku amat mencintai dirimu kerana Allah.”
Luluh hati Umar mendengarnya. Entah mengapa, air matanya kembali deras mengalir di pipi. Tidak pernah dia merasai keadaan seperti itu sebelum ini. Terasa kenikmatan dalam bersahabat. Terasa damai di dalam hati. Tidak terlafaz sebarang kata dan bicara. Lantas Umar memeluk sahabat barunya itu sekali lagi. Teresak-esak dia menangis. Pagi yang damai itu menjadi saksi kepada peristiwa yang penuh makna ini. Seperti damainya pagi saat Rasulullah s.a.w. mempersaudarakan ansar dan muhajirin. Tuhan, saksikanlah....
“Ayuh kita makan dahulu. Dengan perut yang kosong mana mungkin kita dapat berhadapan dengan ujian dalam kehidupan.”
Seusai menjamah sarapan pagi, dua sahabat itu beredar keluar dari masjid. Di luar masjid, dua sahabat itu telah bersiap untuk menuju ke destinasi masing-masing. Cerah pagi dan siulan riang beburung yang terbang seakan mengiringi dua sahabat tersebut.
“Ke mana tujuanmu selepas ini wahai sahabatku Umar?”
“Aku akan kembali kepada keluargaku dan meminta maaf kepada papa dan mamaku. Aku akan berusaha untuk berubah dan mencontohi kehidupan khalifah Umar al-Farouk. Aku mahu meletakkan redha Allah sebagai kekuatan dalam hidupku.”
Aidil Syafiq tersenyum.
“Semoga kau berjaya wahai sahabat. Doaku sentiasa mengiringi dirimu, Insya Allah.”
“Sahabatku Aidil Syafiq, terima kasih atas segala-galanya.”
Aidil mengangguk, “Sahabatku, hayatilah firman Allah ini,
‘Tidak ada kesusahan atau bala bencana yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah, dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar, dan ingatlah, Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.’[6] ”
Mereka berpelukan sekali lagi. Mereka bertemu kerana Allah, dan kini berpisah kerana Allah. Semoga redha Allah sentiasa bersama dalam persahabatan mereka. Ya Allah, saksikanlah....

1- Surah an-Nisa’ ayat 36
2- Surah Luqman ayat 13 – 14.
3- Diriwayatkan oleh Abu ‘Isa bin Saurah at-Tirmidzi dalam sunannya.
4- Hafiz Firdaus Abdullah, Wahai Ibu! Wahai Ayah!, Jahabersa.
5- Surah az-Zumar ayat 53.
6- Surah at-Taghabun ayat 11.

0 ulasan:
Post a Comment