RSS
Facebook
Twitter

8/24/2017

Bacalah!

Jangan jemu baca buku
Kerna pada buku ada ilmu
Jangan takut tiada guru
Kerna guru itu bentuknya beribu
Jangan goyah dipanah tohmah
Kerna fakta takkan kalah

Jika engkau salah
bukakan mata
lapangkan dada
kaji setiap kata
adil dengan mereka

kita cari jawapan
bukan cari lawan
kita mahukan kebenaran
hapuskan kejahilan
kejumudan dan kezaliman

Bacalah! ini kata tuhan
Bacalah! ikhlas demi tuhan
Bacalah,wahai orang beriman!

Abu Hariz 
17/8/2012 - 6.28pm
Rantau Panjang, Klang.




Siapa yang ketika membeli buku, tidak berasa lebih nikmat daripada saat membelanjakan hartanya pada benda lain, atau tidak melebihi cita-cita para hartawan dalam membina bangunan. Sesungguhnya dia belum mencintai ilmu." 
- Al-Jahiz, ulama dan pakar ilmu zoologi pertama dalam Islam.

Mengapa nikah menjadi pilihan?

Sekitarku hingar dengan jemputan
Tak kurang juga dengan kritikan
Baru belajar merata tanah
Sudah berani mahu bernikah?
Entah nasi dapat disuap
Lagikan beranak, mak ayah diharap?

Mengapa nikah menjadi pilihan?
Dulunya sendiri menjadi hantu,
Jadi suami tahu membantu.
Dulunya sendiri tidak kenal mentari,
Jadi suami lepas subuh cari rezeki.
Kita kata dengan nikah boleh berubah,
Mereka kata buat dua kerja satu masa itu punah!
Biarkan mereka berkata,
Pada aku bukan nikah puncanya
Tapi rasa tanggungjawab itulah dia
Belajar dulu menanggung diri
Baru belajar menjadi suami
Kalau marah mudah membara
Jangan bercita mahu bercinta
Kalau Yang Esa mudah dilupa
Jangan mimpi mahu ke syurga
Kecuali dengan taubat nasuha
Dan dengan usaha menuju solehah
Jadi mengapa nikah menjadi pilihan?
Kerna ku ingin memilih bernikah sebagai kekuatan
Membuat perubahan di saat ‘si manis’ di sisi kanan!
Abu Hariz,
Rantau Panjang, Klang.
12.39 am, 24/8/2012

ps: Sajak lama yang hanya menghiasi muka buku. Luahan tatkala jiwa muda bergelora mahu bercinta. Lucu mengenang telatah diri waktu itu. Kini aku hanya menanti waktu, untuk berbakti kepada ayah dan ibu. Mudah-mudahan rasa mahu berpasangan itu kembali hadir selepas itu ^_^