RSS
Facebook
Twitter

10/01/2014

Aku Rindu...

Before this, every night if i dont sleep yet. Sometimes ill go out from my room. Watching around and go to his room and ask, "Hey, are you sleeping yet?"

Funny, i still doing the same thing tonight. But i didnt ask like usual. I just looking around. Looking at his empty room. I open the door but no one there. There is none of noise from him playing computer game or songs from lagu-lagu melayu 90-an.

Eventhough im smiling, but my heart still sad. 

One of my best buddy are not here....

Yup, aku tahu, hari ini tidak akan sama lagi. Dan aku mula sedar bahawa saban hari sebelum ini, amat kerap aku luangkan masaku bersama dia. Dan malam-malam begini, saat rakan lain terbuai dengan mimpi masing-masing. Kami kadang-kadang berbual berbicara berkenaan minat kami yang sama iaitu permainan komputer.

Ya, itu hobi kami berdua. Aku kadang-kadang menjerit namanya. Bertanya, "tengah main aura ke?" Sambil membuka sedikit pintu biliknya. Selalunya mesti dia masih belum tidur lagi. Bertemankan cahaya dari laptop dan lagu latar game, dia membalas pandanganku.\

Suasana yang aku rindu. Ya, aku rindu. Malam ini sahaja berapa kali aku keluar dari bilikku dan melempar pandangan ke arah biliknya. Mahu sahaja aku melontarkan pertanyaan seperti biasa. Tetapi apakan daya, rindu hanya dalam hati.

Aku masih bersedih. Hari ini, sengaja aku bergurau senda dengan ahli rumah yang lain. Bila sahaja pintu utama rumah kami dibuka, aku sengaja memanggil namanya. Konon bergurau, walhal hakikatnya, aku merindui dirinya. 

3 tahun bersama diperantauan. Berkongsi suka duka. Oh, aduhai air mata... aduhai air mata...

Di lapangan terbang semalam, betapa sukarnya aku rasa untuk berhenti berbual dengannya. Tetapi ku gagahkan hati. Dengan tawa dan gurauan seperti selalu, aku sembunyikan suara hatiku.

Bukannya aku tidak akan berpeluang bertemu dengannya lagi selepas ini. Bahkan peluang itu banyak. Cumanya, aku sedar. Teratak indah kami ini akan kekurangan seorang ahli keluarga.

Malam ini, aku tiba-tiba rindukan kelibatnya membuka pintu bilikku dan bertanya, "tengah main aura ke?" 

Lucu, soalan kami sama. Tapi itu menjadi simbolik perbualan antara kami. Nanti lepas tanya, dia akan duduk di sisiku sambil memerhati aku mengadap laptop. Atau kadang-kadang dia akan duduk di birai tingkap sambil menikmati suasana gelap malam.

Oh, aduhai air mata... aduhai air mata...

Bila difikirkan, ya, ini adalah permulaan. Tak lama lagi, seorang lagi my best buddy akan berangkat kembali ke tanah air. Adik bongsu bayt Nawawi. Aku tidak tahu bagaimana reaksi hatiku nanti. Aku tahu, mulai saat ini, perlahan-perlahan hidup di teratak Nawawi ini tidak akan sama lagi. Perubahan ahli rumah, perubahan semuanya.

Setahun lagi. Hanya setahun lagi mudah-mudahan. Apakah aku masih bisa menahan golakan hati duduk di rantauan?

Ya Rabb, tabahkanlah...


:: tiba-tiba masuk mesej di facebook ku. Aku tersenyum. Mesej dari dia selamat tiba di tanah air sana ^_^.


Alhamdulillah..