RSS
Facebook
Twitter

9/28/2010

Bicara Seorang Pemuda


Siri 1.....

“Enta ada masalah ke Fiq? Termenung je ana tengok dari tadi.” tegur Hakim, teman sebilik Afiq.

Hakim cukup masak dengan perangai sahabatnya yang seorang ini. Afiq adalah seorang sahabat yang ceria dan amat mudah untuk berkawan dengannya. Hampir 5 semester mereka menjadi teman sebilik, menjadikan hubungan mereka amat akrab.

Namun kebelakangan ini kelakuan Afiq amat berbeza, daripada seorang yang ceria bertukar menjadi pendiam dan sering berseorangan. Ia berbeza daripada biasa. Perubahan ini amat membimbangkan Hakim.

“Muhammad Afiq Hamzi! Enta dengar tak apa yang ana cakapkan ni?” jerkah Hakim bila melihat Afiq dari tadi membisu.

“Ya ana dengar... enta ni bisinglah Kim. Tak boleh tengok orang senang langsung,” Afiq menjawab dengan nada bersahaja.

Hakim tersenyum melihat sahabatnya.

“Kim, cuba enta tengok kat luar ni. Cantik tak?” Afiq berbicara tanpa menoleh kepada sahabatnya.

Hakim memandang ke luar, terpana melihat keindahan masjid al-Azhar yang berlatar belakangkan cahaya senja mentari yang sedang berundur diri. Sang lelayang terbang ke sana sini mencari sarang mereka di pohon-pohon rimbun yang berbaris di sepanjang jalan menghiasi kawasan asrama blok Abu Bakar as-Siddiq. Kelihatan beberapa orang siswa berpusu-pusu pulang asrama. Mungkin baru selesai kelas.

Sememangnya daripada tingkap bilik mereka itu, mereka boleh melihat pemandangan masjid dengan jelas. Antara kawasan asrama mereka dengan masjid hanya dipisahkan oleh sebuah padang bola yang luas dan dipotong kemas rerumputnya. Dan satu kelebihan juga bagi mereka kerana laungan azan juga jelas dapat didengari dari bilik.

“Hmm...cantik. Kenapa?” mata Hakim tidak berkelip melihat senja yang indah itu.

“Saja tanya. Sesekali nak juga menikmati panorama indah ni dengan kawan baik ana ni,” Afiq tersengih. Hakim menggelengkan kepalanya. Ada-ada sahaja dia ni.

“Dahla tu Fiq, dah maghrib ni. Enta nak jema’ah kat masjid ke atau kat bilik?” Afiq masih lagi memandang ke luar. Dibiarkan Hakim berdiri menanti jawapan darinya.

Hakim tersenyum memandang sahabatnya itu, “Ana pergi mandi dulu la Fiq, jangan lama sangat termenung tu, ana nak jemaah kat masjid tau. Ana tahu 7.10 kita gerak.”


***************************************************************

Peristiwa yang terjadi beberapa hari yang lalu tidak dapat dilupakan oleh Afiq. Selepas kelas ‘Ulum Hadis, dia bergegas mengejar Ustaz Farouk yang terus berjalan laju keluar dari kelas menuju ke biliknya. Blok Akademi Islam kelihatan sibuk dengan para pelajar yang ke sana sini mencari kelas masing-masing. Namun suasana tersebut tidak langsung mengganggu ketenangan pagi itu.

Ustaz Farouk telah pun membelok ke arah laluan bilik pensyarah. Afiq kagum dengan kepantasan Ustaz Farouk berjalan. Langkah pensyarahnya yang pantas tersebut mengingatkan Afiq pada satu hadis yang baru dibacanya dalam terjemahan kitab Syamail Muhammad yang asalnya ditulis oleh Imam at-Tirmidzi, “Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: “...Saya tidak pernah melihat seseorang yang berjalan lebih cepat daripada Rasulullah s.a.w., seolah-olah bumi dilipat untuk beliau. Sungguh, kami harus memaksa diri (untuk berjalan seperti itu) dan beliau tidak pernah peduli (terhadap kami).” [1]

Afiq segera melajukan langkahnya tanpa mempedulikan orang disekitarnya. Ada beberapa perkara yang dia kurang faham mengenai subjek ‘Ulum Hadis tersebut, lebih-lebih lagi mengenai hukum penggunaan hadis dhaif dan maudu’ (palsu) .

“Aku mesti cepat. Takut Ustaz ada kelas lagi selepas ini,” bisik hatinya.

Malang tidak berbau, kerana terlampau gopoh, Afiq terlanggar dengan seorang siswi yang tiba-tiba muncul dari selekoh menuju ke bilik pensyarah. Siswi tersebut terjelepok jatuh ke lantai. Afiq terduduk dan terpinga seketika, terperanjat dengan insiden tersebut.

Bagaikan waktu terhenti seketika. Masing-masing terkedu tidak berbicara. Terasa bagaikan pagi itu sunyi seketika, gugup dengan kejadian yang baru berlaku.

“Astaghfirullahal’azim... maafkan ana. Enti tak apa-apa?” Afiq yang seakan baru tersedar dari lena bertanya sambil membantu siswi tersebut mengutip buku dan kertas-kertasnya yang berterbangan.

“Ini buku dan kertas enti. Maafkan ana,” Afiq menghulurkan kepada siswi tersebut. Afiq memaniskan wajahnya senyuman. Dia berharap agar kesalahannya itu dapat dimaafkan. Dia terpempam seketika apabila terpandang wajah siswi tersebut.

“Subhanallah... cantiknya,” bisik hatinya.

Perasan yang Afiq sedang merenung wajahnya, siswi tersebut segera memakai kembali purdahnya yang terbuka. Tanpa berkata apa-apa, dia terus pergi meninggalkan Afiq yang masih lagi tercegat berdiri. Afiq hanya memandang siswi tersebut sehingga hilang bayangnya.

“Lailahaillallah..... Afiq! Kenapa tak siap lagi ni? Dah azan dah tu, pergi siap cepat.” Sergahan Hakim memecah khayalannya. Hakim mengeleng kepala melihat telatah sahabatnya itu.

Astaghfirullahal’azim.... aku berkhayal lagi. Hish, tak boleh jadi ni. Segera Afiq bangun menyiapkan diri untuk ke masjid.

“Tak payah mandilah, bukan ke manapun tadi” bisik hatinya sambil menyarung jubah putih yang siap tergantung di almarinya.


***************************************************************
bersambung....

[1] Riwayat Tirmidzi, Ahmad, Abu Syaikh dan Ibnu Sa’ad.

9/19/2010

Diari di bumi Jordan 1

Safiya Zulaikha binti Azrul Hafiz, lahir pada subuh syawal yang pertama.


17 September 2010, Jam 2150 waktu Malaysia, di KLIA:

Masing-masing telah bersiap sedia untuk mengucapkan lafaz selamat tinggal kepada keluarga masing-masing. Tidak terkecuali aku. Alhamdulillah, jazakallahhu khairan kathira kepada saudara mara yang turut serta mengiringi, Abg Lan dan family, Abg Din dan family. Dan Akmal, sahabat MPN yang turut meluangkan masa bersama, walaupun seketika, tapi turut memberi semangat kepada aku.

Yang paling kuhargai, kehadiran sahabat baikku, Busyro, yang berusaha mengejar masa untuk sampai sebelum aku boarding lagi. Dia mari dari Pahang katanya, direct ke KLIA. Terharu juga sebab bila aku tanya pada parent aku, depa kata dia balik Pahang balik selepas tu. Allahu akbar!
Semoga Allah merahmati kalian semua.... Amin.

********* -->

Anyway.... Satu permulaan baru dalam kehidupanku. Macam tak percaya je bila dikenang-kenangkan, bumi Urdun yang acap kali menjadi buah mulut aku dan sahabat sebelum ini berjaya kujejakkan kaki. Sekejap sahaja masa berlalu, berita mengenai penerimaan surat tawaran ke Jordan dari sahabat-sahabatku meresahkan diriku. Sehingga di saat-saat yang aku rasa hampir berputus harap, surat tersebut tak kunjung tiba.

Biarpun begitu, keresahan tersebut kulupakan seketika dengan kehadiran anak buahku yang ketiga, baby girl. Walaupun banyak khilaf pada namanye dikalangan pak cik dan mak ciknye memandang dia lahir pada satu syawal, tp nama Safiya Zulaikha binti Azrul Hafiz menjadi pilihan umi ayahnye....


18 September 2010, Jam 0715 waktu Amman, Di Airport Queen Alia, Amman:

bersama group sahabat yang juga baru tiba, gambar di airport Queen Alia, Amman.


Alhamdulillah, selepas hampir 8jam lebih plus transit kejap di Bangkok, akhirnya kami selamat sampai ke bumi Syam yang bersejarah ini. Suhu ketika ini dicatat pada angka 15c. Sejuk, kalah aircond yang ada kat rumah tu. Tapi senior yang ambil kami maklumkan yang di Mu’tah nanti suhunya lebih rendah. Huhuhu... terus aku ambil baju sejuk yang siap di bawa dari malaysia semalam.

Kebetulan salah seorang senior yang datang ambil tu adalah member aku dari KUIS, jadi ade lah jugak pemimpin ke jalan yang lurus di sini. Hahaha.... thank you Pak Lah. Lagi-lagi dalam perjalanan tuh, Pak Lah belanja aku minum Kapucino arab, sedap gak la, mau kalah Radix koko. Hahaha.....

Aku juga berkenalan dengan ramai sahabat baru, ade yang baru je datang macam aku, ada juga yang dah lama belajar di sini, dan ada juga yang dah habis pun, cuma datang sini sebab hantar adik dia. Walaupun pun, salam ukhwah aku hulurkan pada semua, minta tunjur ajar, nasihat dan teguran pada setiap kelakuan sepanjang aku kita berkenalan. Insya Allah, ya Allah eratkan ukhwah antara kami kerana Iman dan Islam.... Amin.

********* -->

di hadapan masjid Syuhada selepas subuh bersama sahabat, Bukhari.

19 September 2010, Jam 0500 waktu Amman, di rumah transit Bayt Mu’tah:

Sejuk. 3 lapis baju yang dipakai pun tak dapat nak hilangkan kesejukan tersebut. Di sini subuh pukul 5 pagi. Bayangkan, di Malaysia kalau bangun pagi-pagi pun kita boleh menggigil, apatah lagi di sini. Sentuh air tu pun rasanya cam tak nak. Kesimpulannya, bangun gosok gigi, amik wuduk, then keluar. Hahahah... tarak mandi maa.....

Selepas solat Subuh, pusing-pusing sekitar cari sarapan. Jumpa satu kedai beli sandwish arab. Besar gak la. Dalam die inti ayam, sayur-sayuran dan beberapa bahan yang aku tak tahu namanya. Sedap gak la. Beli dua, harga die dalam rubu’ kursh aka 25 kursh, dalam duit kita emm..... around rm1.30++ la. Okey gak makanannye. Konyang den, huhuhu...

Di bumi bersejarah ini, dengan penghijrahan yang telah kulakukan ini, Ya Allah, perkenankanlah, berikan aku kekuatan untuk melakukan perubahan, kepada yang lebih baik dari sebelum ini. Berikan aku dan sahabat-sahabatku di sini kejayaan dan kemudahan dalam pelajaran. Ya Allah, makbulkanlah... Amin.