RSS
Facebook
Twitter

10/13/2009

Mencari Permata Lagenda...

Gerakan membongkar koleksi buku (gambar hiasan)


Baru-baru ni aku telah membongkar kembali koleksi-koleksi buku ilmiah yang disusun rapi dalam dua buah almari kecil yang sama saiz. Tengah aku busy mengemas (kononnye) tangan aku tercapai satu buku warna pink, biru, putih, hitam dan kuning (campur-campur) tulisan Pahrol Juoi berjudul ‘Tentang Cinta’. Buku ni memang best, dulu aku telah meng‘khatam’kannya beberapa kali. Dan aku rasa kali ni aku kene buka balik buku-buku macam ni.

Kenapa? Mesti korang tertanye-tanye kan?

Aku dah lama gak berenti citer pasal masalah cintan-cintan ni. Aku cube nak fokuskan kembali pada bidang yang aku ceburi. Kekadang aku jeles tengok kawan-kawan aku yang didatangi orang ramai menanyakan permasalahan berkaitan aqidah, fiqh dan lain-lain.

Namun, Allah Maha Merancang lagi Maha Mengetahui. Mungkin kerana minat aku yang suke dengor prob orang dan bagi sikit advise ni (lagi-lagi dalam bab cintan-cintan), Dia datangkan sahabat-sahabat yang bermasalah dalam perkara ni kepada aku. Jadi aku try la sehabis baik dan setakat yang aku mampu untuk membantu.

That why i need to reopen all my books back. OPEN SESAME!!!


Tolong kami...


Seekor kucing telah merayu kepada aku utk dicarikan pasangan... (gambar hiasan)

Aku didatangi beberapa orang sahabat, merungut dan mengkritik dunia yang penuh dengan makhluk-makhluk bergelar manusia yang tertipu dan dijangkiti ‘wahan’1 ini. Susah rasanya nak cari seorang manusia yang mempunyai peribadi mulia. Kalaulah wujud mesin masa, dah aku putarkan untuk kembali ke zaman salafus soleh. Generasi idaman hati...

Tapi itupun kalau ada. Masalahnya tak wujud mesin tu, sebab tu lah diorang ni merungut. Tak kira siswa ke siswi, melalui telefon, sms mahupun YM, diorang membuat permohonan kepada aku,

“Tolong carikan calon yang soleh dan solehah untuk kami!!!”

Aduss... korang ni pun. Aku pun tengah mencari tahu tak? Ingat nak carik calon jodoh tu semudah belajar A,B,C ke?


Finding ‘the Shinning Rose’...

Ni aku nak cerita, ada seorang pemuda yang malas. Hidupnya disara oleh kedua ibu bapanya. Bila diminta buat kerja, dia melakukannya sekadar melepaskan batuk di tangga. Tidak serius dan tidak mempunyai keterampilan yang boleh diharapkan. Singkat kata, tak matang dan tak boleh diharap.

Aku namakan dia sebagai Sob. Sob ni ada satu keistimewaan, dia adalah kipas-susah-mati2 batu permata. Dia amat meminati batu permata, pantang ada maklumat tentang batu permata, dia akan mendaki setiap gunung dan menggali mencari permata yang diharapkan untuk disimpan sebagai harta peribadi dengan rapi. Dia mencari permata berdasarkan rasa-rasa dan agak-agak (bile dia rasa dan agak-agak permata yang dijumpai tu bagus, dia pun simpan).

Satu hari kampung Permata Satu didatangi oleh sekumpulan kipas-susah-mati batu permata. Datang mencari sejenis pertama yang amat berharga, ‘the Shinning Rose’. Sob terdengar mengenai pencarian kumpulan tersebut, lalu dikeluarkan sebiji permata (memang tu je yang ada) yang dirasakan terbaik dalam simpanannya dan ditunjukkan kepada mereka. Malang sekali, pemata itu tidak menepati dengan ciri-ciri permata legenda itu.


Sob yang sedang berhadapan dengan hypertension

Sob terperanjat. Dia kecewa dan menghadapi masalah kemurungan (hypertension) yang teruk. Permata yang disangka berharga, rupanya hanyalah permata biasa. Keadaan Sob berterusan hampir dua kali bulan purnama dan sekali gerhana matahari. Biarpun keluarganya sering memberi kata semangat, namun Sob tetap seperti itu. Sehinggalah satu hari, datang seorang ‘alim3 yang juga guru Sob mengeluarkan satu kata-kata yang memberi semangat kepada Sob,

“Sob, mengapa perlu bersedih. Jangan kau ingat kembali kisah lalu, andai ia memberi duka pada dirimu. Dengarlah kataku Sob, andai kau bertenang dan bersabar, pasti permata itu akan muncul di hadapan dirimu. Keluarlah, carilah ilmu, penuhkanlah dadamu, dan dengarlah kata hatimu jangan sekali dituruti kata nafsu. Kerana permata itu satu dalam beribu.”

Akhirnya Sob mengambil keputusan. Kali ini dengan semangat yang berapi-api, dia keluar meninggalkan kampung halamannya. Tapi bukan menuju ke gunung mencari permata, tetapi mengembara mencari maklumat tentang permata legenda itu. Walaupun terpaksa mengorbankan kesenangan hidupnya, tapi demi ‘the Shinning Rose’.... Sob akan kuatkan hati!

Hampir 3 tahun lamanya Sob mengembara. Berbagai pengalaman diterimanya sepanjang kembara. Dirinya semakin matang, setiap kesusahan dan dugaan dalam mendapatkan maklumat dihadapinya dengan tenang. Sob bukan sahaja peroleh maklumat tentang permata sahaja, bahkan maklumat tentang kehidupan juga dia dapat.

Kini Sob bukanlah seperti Sob yang dahulu, tubuhnya yang tegap, penampilannya yang mantap dengan raut wajah yang agak matang dihiasi sedikit janggut di dagu, mempamerkan seorang pemuda yang gagah dengan dada yang bidang. Kesusahan dan cabaran dalam pengembaraan telah mengajarnya seribu satu pengajaran. Sob kembali ke kampung halamannya dengan linangan kegembiraan ayah ibunya. Dia membantu kedua orang tuanya untuk menyara hidup mereka. Namun Sob tidak pernah lupa, impiannya untuk memilik permata legenda bergelar ‘the Shinning Rose’ itu.

Satu hari, Sob telah berazam untuk mencari impian hatinya itu. Dia merentasi sebuah lembah yang dipenuhi lumpur, dia ternampak sekumpulan pencari permata di tebing-tebing lumpur. Memang diakui, menurut ilmu yang diperolehi, permata legenda itu muncul di tempat seperti itu. Sob tidak menghiraukan mereka. Dia tahu, andai dia ingin memperolehi permata impian itu, dia perlu sabar meredah lumpur tersebut.

Permata yang mengiurkan...

Ketika dia hampir ke tengah lembah, dia terjumpa beribu permata putih yang pelbagai bentuk, amat mengiurkan. Cantik, matanya tidak berkedip memandang. Namun semua permata itu tidak mengeluarkan sinar kerana telah diselaputi lumpur dan kekotoran. Hampir sahaja dia mencapai permata-permata itu kerana melihat paras rupa permata-peramata yang memikat hati, namun ditahankan keinginannya itu. Dia berkata dalam hati, “Sabar.”

Dia terus meredah lautan permata dan lumpur itu, dipujuk hatinya, ditundukkan pandangannya, “Biarlah, yang terbaik akan muncul andai aku bersabar,” bisik hatinya. Kakinya telah lenguh berjalan, terdengar gelak tawa daripada kumpulan pencari permata tadi yang sememangnya mengenali dirinya (dan kisah duka dia).

“Woi Sob, ko tak jumpe lagi ke permata idaman ko tu? Hahaha,” berdekah-dekah lelaki yang berkaca mata itu ketawa.

“Kau ni Sob, watpe la nak susah-susah cari kat tengah tu. Kami cari kat tebing je dah jumpa yang lawa tau,” sambut si rambut perang sambil meleleh air matanya kerana terlampau banyak ketawa.

Sob hanya tersenyum. Dia tetap dengan pendiriannya. Pengembaraan yang dihadapi mengajarnya untuk sabar dengan segala tohmah. “Permata itu akan tiba!” semangatnya membara semula.

Kadangkala Sob terase lelah, kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia kutip permata-permata yang ditemuinya tadi. Tetapi, setiap kali keadaannya begitu, kata-kata gurunya akan terngiang-ngiang di telinganya.

“Dengarlah kataku Sob, andai kau bertenang dan bersabar, pasti permata itu akan muncul di hadapan dirimu. Dengarlah kata hatimu jangan sekali dituruti kata nafsu. Kerana permata itu satu dalam beribu.”
Akhirnya dia mengambil keputusan untuk berehat seketika. Dia kembali me‘rasional’kan dirinya sambil mengambil angin segar yang bertiup kerana lembah itu terletak ditengah hutan dipuncak gunung. Hembusan angin sepoi bahasa membuaikan rambutnya. Dirinya kembali tenang. Kebetulan terdapat aliran air mata air yang bersih disitu. Ditadah dan disapukan ke mukanya, dia tidak mahu dirinya dikuasai oleh nafsu.

Tiba-tiba satu cahaya memancar menyilaukan matanya yang kecil. Dia mengambil kaca mata hitam dari beg sakunya dan memakai. Dia terkaku dan terkedu. Rupanya cahaya itu datang dari seketul permata yang tersembunyi disebalik permata-permata yang beribu itu. Aneh, baru dia sedar, air mata air itu muncul di tengah-tengah lautan lumpur. Dan batu permata itu terletak di dalam takungan air jernih itu.

Sob tersenyum gembira. Dia sujud bersyukur kepada illahi. Dibersihkan dirinya dengan air jernih itu dan diambil dengan penuh adab dan berhati-hati permata idaman hati. Ya! Itulah permata legenda yang dicari. ‘The Shinning Rose!!!’

Sehingga kini, Sob menjaga permata itu dengan rapi. Tidak dikhabarkan akan keindahan permatanya itu kepada ramai. Cukuplah sekadar dia dan keluarga serta kerabat terdekat sahaja yang tahu. Kerana permata itu adalah beribu dalam satu.


‘The Shinning Rose’
Engkaulah permata legenda
Impian hatiku.

Segala penat lelahku
Kini terubat dengan kehadiranmu
‘Permata Mawar Yang Bersinar’
Keranamu kuubah diriku
Menjadi pemuda yang gigih berusaha
Kupenuhkan ilmu di dalam dada
Untukku mencapai dirimu.

Wahai Mawar permata legenda yang jernih
Kaulah empat dalam satu
Tiada apa yang dapat menggantikan dirimu
Untuk berada disampingku.


Nota rujukan :
1 Wahan – sejenis penyakit yang disebut di dalam sebuah hadis sohih yang menimpa umat akhir zaman. Ia adalah penyakit cintakan dunia yang teramat.
2 Kipas-susah-mati – bahasa yang dipinjam dari komik Gempak yang membawa maksud fans atau peminat.
3 ‘Alim – orang yang berilmu. Kata majmuknya adalah ‘ulama.


0 ulasan: