RSS
Facebook
Twitter

12/08/2018

Suku sahaja

"Kau kenapa?"
Sepi. Tiada jawapan.
"Kau kenapa?" dilontar soalan yang sama. Tetapi kali ini dengan nada yang sedikit tinggi.
Masih sepi membisu. Kali ini suara itu tidak bertanya lagi. Buat seketika ruangan tidur itu sunyi sepi. Hanya sekali sekala bunyi kipas angin menerjah cuping telinga.
"Aku sakit," barulah kedengaran suaranya. "Tapi tak tahu dekat mana."
"Kau sakit? Sakit apa?"
"Aku tak tahu," dia menjawab.
"Pelik," suara itu menyambung.
"Aku pernah rasa benda yang sama dulu."
"Kau pernah?" tanya suara itu.
"Ya, suatu ketika dulu."
"Apa yang berlaku?" suara garau terus menyiasat.
"Benda yang sama. Dan terus aku terbayang mereka bahagia."
"Oh..." pendek suara itu menyambut. "Kau cemburu?"
Sepi. 1 saat. 2 saat. 3 saat.
"Mungkin?"
"Kau tanya aku?"
Dia menggeleng. "Aku jawab soalanmu. Tapi dengan pertanyaan."
"Macam mana tu?"
Dia menggeleng lagi. "Mungkin sebab aku tak tahu."
Suara itu tidak menjawab. Sengaja diberi peluang mungkin ada tambahan cerita dari Dia.
"Mungkin juga aku tahu. Tapi aku tak mampu... ini adalah takdir!"
"Takdir?"
Dia tunduk. "Memang takdir. Tapi salah aku."
"Kau kenapa?"
"Aku suku putus asa."
"Hah!?" suara iu terkejut. Pelik."Suku putus asa? Kau cakap apa?"
"Ya, suku putus asa. Kalau dulu aku tiga per empat putus asa. Kira kali ini aku lebih bersedia...."
"Aku tak faham."
Dia tersengih lucu. 'Ya, biarlah aku sahaja yang faham."
"Kau masih memilih untuk memendam?"
Sepi. Kenyataan suara menjentik hati Dia. Jauh di sudut hati, dia mengakui kebenaran kenyataan itu.
"Kau pilih untuk diam? Sedangkan kau tahu apa yang berlaku pada kau dahulu?"
"Ya, kerana aku lemah."
"Kau salah!" suara itu menafikan.

Dialog terhenti. 5 minit... bukan, 10 minit lamanya mereka mendiam diri.

"Kau tahu?" suaranya memecah sepi. "Aku kini takut untuk memulakannya."
"Kau takut apa? Takut kecewa?"
"Tidak," Dia menggeleng. "Aku takut mereka kecewa."
"Seperti kau dan Dya?"
Dia mengangguk. "Kerana aku, Dya sengsara. Jadi aku takut untuk mula semula. Sebab itu...."

2 minit. Sepi.

"Kau tahu?" kali ini suara itu pula yang bertanya. "Kau sedang menyeksa dirimu sendiri.
"Ya, aku tahu! Tapi aku bukan seorang yang gagah seperti dahulu. Aku...aku...aku yang gagah dulu banyak menyakiti Dya. Jadi aku tak mahu. Biarlah aku lemah. Biarlah...."
"Huh, kau cakap apa? Jadi kau pilih untuk berputus asa?"
"Suku sahaja...." Dia menyambut. "Hanya suku sahaja!" Kali ini nada suaranya agak tegas dan tinggi.

"Aku tak mahu beri harapan lagi. Cukup dulu jadi pengajaran. Aku yakin mereka bahagia dengan jodoh mereka. Dan aku, usaha ku hanya menanti jodoh tiba. Aku takkan mencari lagi! Aku takut ada yang akan kecewa kerana aku lagi..."

"Hahahahaha!" terbahak-bahak suara itu tertawa. "Kau ingat ini kisah fiksyen yang kau reka?"

"Ya, ini adalah kisah yang aku sendiri pilih corak jalan ceritanya."
"Oh, kau bermadah?" sinis suara itu menyambut.
"Bukan bermadah. Tapi berfalsafah!" tegas Dia membalas.
"Jadi kau sepatutnya tahu yang penamatnya juga adalah pilihanmu!"

Dia terkedu.

1 ulasan:

Hellen666 said...

Testimoni saya tentang bagaimana saya menjadi ahli Illuminati. Saya ingin tahu orang yang ingin menyertai Illuminati hebat sebagai ahli hebat Illuminati yang mahukan saya sebagai ahli hebat. Namanya ialah Lord Felix Morgan. Bantu saya memulihkan hidup saya dari peringkat kematian. Dilepaskan selepas kira-kira 5 tahun dan enam bulan. Selepas dikhianati oleh begitu ramai ahli Illuminati. Selama bertahun-tahun saya putus asa dan kewangan di lapangan. Tetapi pada suatu hari ketika melayari internet, saya terjumpa posting Ahli Besar Illuminati Lord Felix Morgan dan mengatakan bahawa jika anda adalah salah seorang ahli Illuminati yang hebat, anda boleh menjadi terkenal, kaya dan berjaya dalam hidup. Saya menghubunginya dan saya menerangkan segala-galanya kepadanya dan dia mengesyorkan pendaftaran yang digunakan dan saya membayar ahli besar untuk memulakan saya dan saya telah dimulakan ke dalam World Order of the Illuminati. Selepas itu, mereka memberi saya semua garis panduan dan memberitahu saya bahawa selepas permulaan ahli baharu akan diberi ganjaran wang tunai $1,000,000. Dengan bantuan Lord Felix Morgan. Saya telah dimulakan sepenuhnya sebagai ahli penuh Illuminati. Jika nasihat anda ialah anda pernah mencuba penipu sebelum ini atau sedang, terpulang kepada saya untuk membantu anda menyertai jadi cuba Lord Morgan. Ini adalah peluang terbaik anda untuk menjadi apa yang anda inginkan dalam kehidupan masa depan anda. Hubungi beliau melalui WhatsApp +2348055459757 atau e-mel: Illuminatiofficial565@gmail.com