RSS
Facebook
Twitter

6/22/2009

Renungkanlah III


Tiap-tiap Yang bernyawa pasti akan merasai mati,
dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu...
(Surah Ali ‘Imran : 185)

Mati, adalah satu janji dari Yang Maha Adil kepada manusia. Aku tidak mengetahui bila aku akan mati. Mungkin esok, malam nanti, sejam lagi, mungkin seminit dua, atau mungkin ketika aku sedang menaip entri ini? Aku tidak tahu, yang aku tahu mati itu pasti...

“Mati adalah pasti, hidup insya Allah...” teringat aku serikata nasyid ini.

Ya kita tidak pasti mati itu bila, jadi mengapa kita masih teruskan hidup di dalam khayalan dunia yang bernama cinta? Terus bermain dengan sesuatu yang fana, tanpa mahu memijak realiti kerna realiti itu tidaklah seindah yang kita mahu...

“Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan), maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.”
(surah al-‘Araaf : 34)

Apakah kita tidak terfikir, di saat kita sedang bermadu asmara dengan ‘dia’, berjalan-jalan sambil berpimpin tangan, ketika itu juga nyawa kita ditarik, lalu terjelepok kita di pangkuan ‘dia’.

Bayangkan, di saat kita sedang berbual lama suatu malam, bertanya dan bercanda di telefon, tiba-tiba tiada jawapan dari si ‘dia’, rupa-rupanya si ‘dia’ telah meninggalkan kita tanpa sempat menunaikan janjinya yang diukir kepada kita. Untuk hidup bahagia dunia akhirat....

Apakah kau mampu, di saat nyawamu hendak ditarik oleh Izrail, kau menjerit,

“Sebentar wahai malaikat, aku mahu bertaubat atas khayalan cinta ini. Kerana cinta, aku tinggalkan Yang Maha Esa, aku menipu diri kononnya cinta ini terjalin atas nama Yang Maha Kuasa... Aku mahu bertaubat!!!!”

APAKAH KAU MAMPU?
APAKAH KAU MAMPU??
APAKAH KAU MAMPU???

Sebelum nyawa ditarik, masih ada peluang untuk kita bertaubat, berhentilah dari berkhayal dan di bius cinta, berpijaklah di bumi nyata... Cinta bukan segalanya...

Tetapi Pencipta Cinta adalah segalanya.... Cintailah Yang Maha Pencinta.....

3 ulasan:

..::بشرى::.. said...

ooii3!..da asar...gi solat! asik maen tenet je...hahaha

Nurhaslin Zaharudin said...

salam,

bercakap tentang cinta kepada Allah,

Selain mengakui di mulut, kita perlu membuktikan.

dan jgn putus asa utk buktikan cinta kita!

Sekali anda jatuh, berjuta pula peluang untuk kita bangkit kembali.

Moga hati kita mencintai Allah Ta'alaa...

Ameen...

MarjanIslami said...

demi matahari
dan sinarnya di pagi hari
demi bulan apabila ia mengiringi
demi siang hari, bila menampakkan dirinya
demi malam apabila ia menutupi
demi langit beserta seluruh binaannya
demi bumi serta yg ada di hamparannya
demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya <------ 2x

Allah, Subhanallah Allah, Subhanallah

Allah, Subhanallah Allah, Subhanallah
Allah...mengilhamkan
sukma kefasikan dan ketaqwaan
beruntung bg yg mensucikannya
merugi bg yg mengotorinya

SUBHANALLAH....

(petikan dr penasyid snada:demi matahari)

kata2 yg perlu terpahat kat hati korg terutama hatiku: "HIDUPNYA KITA DI DUNIA INI ADALAH UNTUK MATI"

apakah maknanya kita hidup untuk mati? syarah kepada prinsip tersebut adalah sebenarnya kita hidup ni adalah untuk menyediakan bekalan untuk mati.. itulah tugasan kita yang paling besar dalam kehidupan didunia ini.. ramai yang culas.. ramai yang alpa.. dan terpesona dengan nikmat dunia yang berbau seperti kekal dan sangat membahagiakan namun mencelakakan hakikatnya dihujung kehidupan.. nikmat sebenar iaitu kematian tidak kita sedari bahkan terkadang kita membenci.. dek kerana kita tidak berusaha langsung untuk bersedia menempuhnya.. itulah yang terjadi sehinggakan akhirnya kematian itu dibenci oleh manusia dan dijadikan salah satu daripada perkara yang sengaja dilupakan oleh manusia kerana mereka tidak mahu mengingatinya kerana kurangnya persediaan mereka untuk menempuhnya...

jom sama2 perbaiki diri...

wallahu'alam