17 September 2010, Jam 2150 waktu Malaysia, di KLIA:
Masing-masing telah bersiap sedia untuk mengucapkan lafaz selamat tinggal kepada keluarga masing-masing. Tidak terkecuali aku. Alhamdulillah, jazakallahhu khairan kathira kepada saudara mara yang turut serta mengiringi, Abg Lan dan family, Abg Din dan family. Dan Akmal, sahabat MPN yang turut meluangkan masa bersama, walaupun seketika, tapi turut memberi semangat kepada aku.
Yang paling kuhargai, kehadiran sahabat baikku, Busyro, yang berusaha mengejar masa untuk sampai sebelum aku boarding lagi. Dia mari dari Pahang katanya, direct ke KLIA. Terharu juga sebab bila aku tanya pada parent aku, depa kata dia balik Pahang balik selepas tu. Allahu akbar!
Semoga Allah merahmati kalian semua.... Amin.
********* -->
Anyway.... Satu permulaan baru dalam kehidupanku. Macam tak percaya je bila dikenang-kenangkan, bumi Urdun yang acap kali menjadi buah mulut aku dan sahabat sebelum ini berjaya kujejakkan kaki. Sekejap sahaja masa berlalu, berita mengenai penerimaan surat tawaran ke Jordan dari sahabat-sahabatku meresahkan diriku. Sehingga di saat-saat yang aku rasa hampir berputus harap, surat tersebut tak kunjung tiba.
Biarpun begitu, keresahan tersebut kulupakan seketika dengan kehadiran anak buahku yang ketiga, baby girl. Walaupun banyak khilaf pada namanye dikalangan pak cik dan mak ciknye memandang dia lahir pada satu syawal, tp nama Safiya Zulaikha binti Azrul Hafiz menjadi pilihan umi ayahnye....
18 September 2010, Jam 0715 waktu Amman, Di Airport Queen Alia, Amman:
Alhamdulillah, selepas hampir 8jam lebih plus transit kejap di Bangkok, akhirnya kami selamat sampai ke bumi Syam yang bersejarah ini. Suhu ketika ini dicatat pada angka 15c. Sejuk, kalah aircond yang ada kat rumah tu. Tapi senior yang ambil kami maklumkan yang di Mu’tah nanti suhunya lebih rendah. Huhuhu... terus aku ambil baju sejuk yang siap di bawa dari malaysia semalam.
Kebetulan salah seorang senior yang datang ambil tu adalah member aku dari KUIS, jadi ade lah jugak pemimpin ke jalan yang lurus di sini. Hahaha.... thank you Pak Lah. Lagi-lagi dalam perjalanan tuh, Pak Lah belanja aku minum Kapucino arab, sedap gak la, mau kalah Radix koko. Hahaha.....
Aku juga berkenalan dengan ramai sahabat baru, ade yang baru je datang macam aku, ada juga yang dah lama belajar di sini, dan ada juga yang dah habis pun, cuma datang sini sebab hantar adik dia. Walaupun pun, salam ukhwah aku hulurkan pada semua, minta tunjur ajar, nasihat dan teguran pada setiap kelakuan sepanjang aku kita berkenalan. Insya Allah, ya Allah eratkan ukhwah antara kami kerana Iman dan Islam.... Amin.
********* -->
19 September 2010, Jam 0500 waktu Amman, di rumah transit Bayt Mu’tah:
Sejuk. 3 lapis baju yang dipakai pun tak dapat nak hilangkan kesejukan tersebut. Di sini subuh pukul 5 pagi. Bayangkan, di Malaysia kalau bangun pagi-pagi pun kita boleh menggigil, apatah lagi di sini. Sentuh air tu pun rasanya cam tak nak. Kesimpulannya, bangun gosok gigi, amik wuduk, then keluar. Hahahah... tarak mandi maa.....
Selepas solat Subuh, pusing-pusing sekitar cari sarapan. Jumpa satu kedai beli sandwish arab. Besar gak la. Dalam die inti ayam, sayur-sayuran dan beberapa bahan yang aku tak tahu namanya. Sedap gak la. Beli dua, harga die dalam rubu’ kursh aka 25 kursh, dalam duit kita emm..... around rm1.30++ la. Okey gak makanannye. Konyang den, huhuhu...
Di bumi bersejarah ini, dengan penghijrahan yang telah kulakukan ini, Ya Allah, perkenankanlah, berikan aku kekuatan untuk melakukan perubahan, kepada yang lebih baik dari sebelum ini. Berikan aku dan sahabat-sahabatku di sini kejayaan dan kemudahan dalam pelajaran. Ya Allah, makbulkanlah... Amin.
2 ulasan:
Alhamdulillah sahabatku kini berjaya menjejak kaki ke URDUN...sungguhpun kita berpisah, namun ingatlah Allah sentiasa memelihara kasih sayang kita. Sahabat2 di sini sentiasa mendoakan sahabat2 di sana. semoga pulangnya kalian membanggakan ISLAM...wassalam
Assalamualaikum
Mohon maaf sangat2 tak dapat nak mengiringi anta kt KLIA kerana ada masalah pengangkutan.
Been lonely here when a lot of friends are not around anymore.
Ana doakan yang terbaik untuk anta dan rakan2 seperjuangan di sana. Doakan ana menyusul di bumi Syam (^^,)
Post a Comment