RSS
Facebook
Twitter

1/28/2011

Laporan Perjalanan....

Damsyiq, Syria.

Malam, Jam 2139.

27/1/2011.



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mengaturkan segalanya. Kami selamat tiba di bumi Damasqus atau Syria. Perjalanan yang memakan masa hampir sehari suntuk dan amat meletihkan. Dengan urusan di kawasan Hudud (sempadan) yang merumitkan, yang mana akhirnya, seorang sahabat kami terpaksa pulang kembali ke Jordan kerana tidak dibenarkan masuk ke Syria.



Di Bab Musolla, kami disambut oleh Ustaz Hamidi. Group kami seramai 5 orang pelajar Mu'tah dan 4 orang pelajar yang baru sampai dari Malaysia menjamu perut yang lapar dengan Syawarma Syria yang lazat. Harga lebih kurang 50 Lira. (Boleh convert sendiri ek..).



Kami berpecah menuju ke rumah transit masing-masing. Aku, Hanif, Kimi dan Ehsan berjalan menuju ke Suk Halawiyat, kawasan yang penuh dengan kedai manisan yang bermacam jenis. Peh... mujur perut da penuh.



Dan akhir sekali kami bertemu dengan rumah transit kami. Pertemuan pertama dengan Ustaz Arif yang ketika itu seorang diri di rumah. Tak sangka, di tengah-tengah kesibukan kota Damsyiq ni, wujud rumah-rumah di celah lorong-lorong kecil. Syahdu rasa.



Teringat penginapan kami di Mu'tah yang terlampau mewah jika dibandingkan dengan keadaan di sini....



Walau apepun, di sini perjalanan kami mencari pengalaman ketika di perantauan bermula. Untuk siri bumi Damascus yang indah ini... Insya Allah, bila ada peluang nanti, aku akan update apa yang patut di sini.



Matlamat kami ke sini bukan untuk melancong. Doakan kami, kami mahu dalami bahasa Arab di Ma'had-ma'had yang ada di sini. Di samping bertalaqqi dengan sheikh-sheikh yang ada di Jami'-Jami' yang indah.



Alhamdulillah, walaupun baru tiga hari di sini, kami dapat pergi bertalaqqi dengan Sheikh Wahbah Zuhaili di Jami' Umawi. Kemudian bertalaqqi kitab Tafsir Siffatu Safwah di Jami' Bab Musolla selepas zohor dengan Sheihk Satar. Dan sebentar tadi, kami naik ke kawasan bukit dan bertalaqqi Kitab Muawatto' di Jami' Mahyuddin Ibn Arabi (terletaknya maqam Sheikh Ibn Arabi di sini). Kemudian ingat nak sambung selepas Isyak berjumpa dengan Sheikh Mustafa Bugha, tetapi disebabkan keletihan yang amat sangat (disamping kena masak makan malam)... hanya Hanif dan Ehsan sahaja yang pergi. Insya Allah, lain kali giliran kami pula....



Doakan semoga kami semua diberikan kekuatan untuk istiqamah dan kemudahan dalam perjuangan menuntut ilmu ini... Insya Allah....



Terutama kepada ibu dan ayah di Malaysia. Doakan anakmu ini terus berjaya dan rajin dalam menuntut ilmu. Perginya anakanda ke bumi Syria adalah untuk menimba sebanyak mana pengalaman dan ilmu yang ada di sini. Semoga Allah melancarkan serta memudahkan perjalanan anakanda dan sahabat di sini....



Wallahu'alam. Syukran kepada semua.



Salam 'alaikum..




1 ulasan:

Nik Faiz said...

tahniah dan tahniah ana ucapkan... semoga terus sukses dalam menimba ilmu.. tingkatkan prestasi anda... :D

doakan ana dapat kembali ke Syria suatu hari nanti.. :)

pglah melawat bayt ana di Mujtahid, Bayt Nawawy, insyaAllah ahli baytnya baik2 belaka... :D

sampaikan salam ana kepada, Arif, Ayub, Qairy dan ahli umah tu, dan sampaikan salam ana kpd semua shbt prjuangan di Syria..