Gambar kek hasil tangan kakak D.K. klik di sini.
I'm 24...
Alhamdulillah, selesai sudah D.K. melalui hari pertama D.K. dengan usia yang telah melonjak ke angka 24. Sebenarnya D.K. sendiri tak perasaan, kebetulan ada sahabat yang menegur dan 'wish', baru D.K. sedar.
Syukran D.K. ucapkan kepada mereka yang memberi ucapan, jumlah keseluruhan adalah 2 orang. Alhamdulillah!
Kenapa D.K. tak sedar?
Alhamdulillah, tahun ini D.K. telah mengambil keputusan untuk mengubah salah satu kebiasaan yang sering diamalkan oleh D.K. sendiri. D.K. tak kata ianya salah, hanya D.K. merasakan ia perlu diubah.
D.K. memilih untuk mengatakan TIDAK kepada sambutan hari lahir!
Apakah salah meraikan hari lahir?
Secara syar'i nya, D.K. tiada hujah untuk mengatakan ianya salah apatah lagi benar kerana belum lagi dibuat kajian mengenai perkara ini. Cumanya atas alasan berhati-hati bagi diri sendiri kepada sesuatu kebiasaan (amalan) yang tiada dasar sumbernya.
Lagipun D.K. berpendapat, sambutan hari lahir ini hanya akan menyempitkan konsep 'meraikan' seseorang. Sebagai contoh, pemberian hadiah, dalam Islam, ianya tidak disyaratkan kepada waktu atau 'event' tertentu.
Namun begitu, apabila adat seperti ini 'MENJADI KEBIASAAN' kita, maka apabila ada yang memberi hadiah dengan tiba-tiba, dia akan menjadi suatu kejanggalan, dan akan berakhir dengan pertanyaan, "Kau bagi aku hadiah ni, ada apa-apa ke?"
Mungkin ada yang mengatakan, "Kalau niat baik apa salahnya? Kita bukan buat benda jahat pun"
Tiada masalah, macam D.K. sebut tadi, meraikan hari lahir tidak salah (kerana tiada hujah) namun begitu ia juga bukan benar (juga kerana tiada hujah).
Seandainya niat menjadi hujah untuk melakukan sesuatu, maka di situ ada kecelaruan. Sebagai contoh, jika kita kata niat menghalalkan perbuatan kita, maka kita boleh mencuri kerana inginkan wang. Na'uzubillahi min zalik!!
Masyhur dikalangan kita menggunakan hadis "Setiap perbuatan itu didahului dengan niat" sebagai hujah 'Islamic' dalam perkara ini. Amat malang apabila hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hafsah ini telah disalah guna dengan sewenang-wenangnya.
Kaji & teliti...
Suka untuk D.K. mengajak sahabat-sahabat semua mengkaji dan meneliti. Para ulama terdahulu ketika menyusun kitab dan membahagikan penulisan mereka dalam bab-bab tertentu, mereka tidak menyusun dengan sesuka hati. Bahkan pada setiap penyusunan bab itu ada maksud tersirat.
Sebagai contoh kitab 'Hadis 40' karangan Imam Nawawi. Jika diteliti dan dikaji penyusunan bab dalam kitab ini, kita akan mendapati maksud tersirat yang cuba ditonjolkan oleh pengarang kitab.
Biar D.K senaraikan 5 bab terawal dalam kitab ini:
(1) Bab "Bermulanya setiap perbuatan itu dengan niat"
(2) Bab "Islam, iman & ihsan"
(3) Bab "Rukun Islam"
(4) Bab "Penciptaan Manusia & pengakhirannya"
(5) Bab "Perbuatan Bid'ah tertolak"
Huraian ringkas:
Secara umumnya, perbuatan manusia itu terletak pada niatnya, jika baik niat, maka perbuatan juga baik. Begitu juga sebaliknya. Namun begitu, Muslim dan pastinya Mukmin perlu meletakkan 'NIAT'nya itu berteraskan tiga perkara iaitu "ISLAM, IMAN & IHSAN".
Dalam hadis yang kedua, diterangkan pada kita, amalan-amalan teras dalam Islam, serta konsep sebenar dalam beramal iaitu berteraskan Iman & Ihsan. Dalam hadis ketiga, ia merupakan pengulangan (peringatan) mengenai amalan teras yang perlu dilakukan.
Antara 3 hadis itu amat berkait rapat kerana Niat perlu diikat dengan nilai Islam, iman & ihsan. Kerana (dalam hadis ke 4) tidak semua dari kita yang beramal dengan amalan ahli syurga akan berakhir dengan keadaan yang sama (iaitu dianugerahkan nikmat syurga). Begitu juga sebaliknya.
Kerana itu kita perlu berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara. Ingat, hanya kerana kita merasakan perbuatan itu baik, maka kita menganggap ia boleh dilakukan.
Nilailah perbuatan itu dengan nilai Islam, Iman & Ihsan, kerana jika amalan itu tidak menepati ciri yang tiga ini, maka amalan ini "DITOLAK"! (berdasarkan hadis ke lima).
Al-Quran & as-Sunnah teras kita...
Dan sifir mudah yang kita perlu tahu, sumber untuk mengetahui sama ada sesuatu amalan & perbuatan itu menepati pernilaian Islam, Iman & Ihsan, pastinya adalah menerusi dua sumber utama kita, iaitu AL-QURAN & AS-SUNNAH!
Alangkah indahnya sekiranya kita bersama-sama berusaha untuk hidup dengan amalan-amalan yang ada teras bukti dan dalil yang kukuh dari Al-Quran & As-Sunnah.
Barangkali tidak dapat semua perkara, sekecil perkara ini juga sudah cukup untuk kita jadikan sebagai kunci perubahan.
Wallahu'alam... (^^,)

"INGAT, KEJAYAAN ITU TAKKAN TIBA MELAINKAN DENGAN LANGKAH PERTAMA!!"
Wallahu'alam... (^^,)
4 ulasan:
salam.dah bertukar template saudara DK..betul tu hari lahir bukan wajib diingati tapi hari kematian sebenarnya yang wajib kita ingat demi mempersiapkan diri menghadap Allah.
btw..cantik dan nampak sedap kek tu.
sanah halwah.semoga umur yang tersisa dimanfaatkan
Salam.. saya ingin bertanya pendapat saudara mengenai Rasulullah menyambut hari lahirnya dengan berpuasa. adakah terdapat hadis sohih tentang perkara ini...
syukran..
~ salam eid milad.. Allahumma baarik fii hayaatik wa baarik fi umuurik~
Anonymous:
W'salam, Alhamdulillah, syukran saudara yg bertanya (andai lebih baik jika kita dapat berkenalan),
Insya Allah sy akan mencari mengenainya. Terima kasih kerana bertanya... (^^,)
Bintu Qawaid:
Wsalam, syukran. Kek tu mmg utk dijual. Bleh lah klik 'di sini' pd bawah gambar tu jika berminat. (^^,)
Post a Comment