Sebelum mata lena, sebelum minda berehat buat sementara, tergerak hati untuk menggerakkan jari, mencatit idea...
Alhamdulillah, sebaik tamat kertas peperiksaan terakhir pada Sabtu lepas, saya mengorak langkah menuju ke ‘Abdali & Balad di Amman hari ini (hari Ahad) yang mana perjalanan mengambil masa selama 2 jam dari Mu’tah. Dan pastinya seperti biasa, objektif saya bermusafir pastinya untuk berkunjung ke maktabah-maktabah yang telah lama saya tidak menjejakkan kaki.
Sepanjang perjalanan menuju ke Amman, saya mencuri peluang untuk menelaah buku Susan Jeffers yang masih belum saya tamatkan pembacaannya. Mujur juga sepanjang perjalanan dengan bas yang tidak bertingkap itu, hanya sekali dua sahaja penumpang arab yang menghisap rokok. Jadi saya dapat memberikan fokus yang sepenuhnya mengadap buku tersebut.
Chapter 6: When “They” Don’t Want You To Grow.
Secara ringkas chapter ini mengulas mengenai persekitaran kita yang tidak memberi sokongan penuh dalam proses kita memperbaiki diri. Susan Jeffers cuba mengajak pembaca untuk ‘think wisely’ dengan menggunakan prinsip ‘win-win’ dalam berhadapan dengan mereka yang tidak membantu dan sering memberi komen-komen provokasi kepada kita.
Perkara ini membuatkan saya teringat perbualan saya dengan seorang sahabat tempoh hari.
“Akh, boleh tak bagikan hujah macam mana saya nak lawan kenyataan kawan saya ni?” ujarnya dalam facebook.
“Apa dia kata?” balas saya ringkas.
“Kawan saya kata, buat apa belajar jauh-jauh ke luar negara? Tak cukup lagi ke universiti yang ada dalam Malaysia ni?”
Saya mengandaikan dia mengeluarkan kata-kata ini dengan nada yang marah dan tidak berpuas hati.
Saya tersenyum.
“Tanyakan pada dia, pernah tak dia bercita-cita untuk melancong ke luar negara. Hujah susulan pasti tahu nak buat macam mana kan?” saya membalas dengan selamba. Walaupun sebenarnya komunikasi kami sekadar di facebook sahaja.
“Hehehe, terima kasih akh, sebab masa tu bengang sangat dengan kenyataan kawan saya tu, jadi emosi sikit. Tak boleh dah nak fikir hujah nak patahkan dia.”
Saya tersenyum apabila teringat akan perbualan kami dan apabila membaca apa yang Susan Jeffers sampaikan dalam “Feel The Fear... and Do It Anyway”.
Ada beberapa perkara yang saya tertarik untuk mengajak sahabat semua, kita sama-sama fikirkan mengenainya.
Pertama: Susan Jeffer memberi beberapa situasi dan contoh jawapan yang dikaitkan dengan kaedah ‘win-win’.
Mom: “You’ll never make it out there on your own.”
Lose-lose: “Mind your own business mom. I’ll do as I please!”
Win-win: “Thank you for your concern, Mom. But I have so much faith in myself, I know that whatever comes up, I’ll handle it. I’d like you to have more faith in me too. It would really help e a lot.”
Jawapan win-win itu jelas. Menampilkan keyakinan kita pada diri sendiri, juga keinginan kita mahukan ibu kita memberi sokongan moral kepada kita. Tidak perlu berbalah atau memaksa mereka memahami kehendak kita.
Lihat anak-anak kecil. Apabila mereka inginkan sesuatu, atau mahu ibubapa mereka memahami kehendak mereka, mereka akan merengek dan menangis, bahkan kadangkala akan menunjuk sifat protes seperti menghentak kaki ke lantai atau membaling alat mainan sehinggalah kehendak mereka dipenuhi.
Saya cuba kaitkan dengan apa yang berlaku dengan sahabat saya ini. Dia mengadu kepada saya betapa sakit hatinya mendengar kata-kata rakannya itu. Betapa geram dan marahnya dia sehingga membuntukan fikirannya untuk mematahkan kata-kata tersebut.
Saya menghulurkan kepada sahabat saya dua bentuk jawapan.
Yang pertama, seperti mana di atas, ‘tanyakan kepada dia pernahkah dia mengimpikan untuk melancong ke luar negara?”
Dan yang kedua, saya kata, “Haah, sebenarnya memang sama pun belajar dalam Malaysia mahupun luar negara. Sebab yang membezakan antara keduanya adalah usaha. Kalau ada usaha, adalah hasilnya.”
Dan saya lebih cenderung untuk jawapan yang kedua. Kerana jawapan pertama lebih berbentuk provokasi (yang kedua pun sebenarnya ada juga, tapi saya kira yang kedua kurang sikit kot provokasinya. KOT). Akan tetapi tiada masalah untuk pilih yang mana satu pun, hanya ingin saya kongsikan beberapa kata-kata yang saya petik dari Susan Jeffers:
“Whenever we get upset at the comments of loved ones, it is a clue we are still acting like a child.”
“Instead of wanting to throttle your loved ones when they give you a hard time, it is better to look at them as mirrors of what you still need to work on in terms of your personal growth.”
Petikan dari buku “Aikido in Everyday Life” oleh Terry Dobson & Victor Miller:
“The best victory is the one in which everyone wins.”
Oleh itu, kita semua kena berhati-hati dalam bertindak memilih emosi. Sentiasa letakkan riak emosi senyuman sebagai pilihan pertama sebelum kita pilih reaksi marah atau sedih untuk memberi respon kepada mereka.
Dan saya sentiasa pujuk diri saya (Insya Allah, mudah-mudahan berkekalan) jika saya rasa ingin marah atau kecewa, “Buat apa nak marah-marah? Tahu tak kalau kau marah, kau akan penat. Banyak tenaga kena guna. Baik senyum je, sempoi dan relek, takde nak peluh banyak-banyak.”
Nasihat saya kepada kita yang baru nak belajar kawal emosi:
“Ambil sebiji limau yang masam. Makan seulas demi seulas isinya dengan perlahan dan penuh penghayatan. Makan tanpa mengerutkan dahi, atau mengeluarkan patah kata seperti “erk, masamnya” atau sekadar “erk...”. Kalau boleh usahakan untuk tersenyum ketika makan tu. Senyuman mestilah semanis gula atau lebih lagi baik!”
Ini hanya teori, saya sendiri pun tak pernah cuba lagi. Insya Allah, jom kita sama-sama cuba, mudah-mudahan lepas ini kita mampu kekal rasional walaupun dalam situasi yang emosional (^^,).
Ps: Alhamdulillah, dapat juga tambah beberapa koleksi buku untuk dibaca. Sekadar berkongsi tajuk buku yang dapat di beli.
“Psychology from the Islamic perspective” – Dr Aisha Utz
“Muhammad as if you can see him” – Dr ‘Aid al-Qarni
“You can be the happiest woman in the world” – Dr ‘Aid al-Qarni
“الفتنة بين الصحابة” – Sheikh Muhammad Hassan
Dan beberapa lagi buku. Doakan saya dapat khatamkan semua ni dengan jayanya (^^,).
Wallahu’alam....
2 ulasan:
Alhamdullilah, sesuatu yang bernas daripada DK. Menarik membaca catatan anda. Makan limau masam! Kan Rasulullah pernah lakukan ketika baginda memakan limau masam pemberian seorang wanita yahudi tu .... Baginda tetap tersenyum walaupun rasa limau itu sgt masam .... Itulah kehidupan di dunia ini. Macam-macam ada ... tepuk dada tanya iman. Ambil iktibar. Wallahualam.
Atokaji:
Yup, setuju dengan tokaji. senyum sokmo deh.. (^^,)
Post a Comment