Tiga batang
pen, berbeza warna
Biru,
hitam dan merah
Ketiganya
penting bagiku
Kerana ketiganya
menceriakan tulisanku
Biarpun biru
selalu diguna
Namun hitam
dan merah menyempurnakan segalanya
Barangkali
ada masa, pen hitam bertanya,
“Mengapa
aku bukan pilihanmu?”
Dan ada
masa, mungkin merah juga bertanya perkara yang sama
“Mengapa
aku bukan pilihanmu?”
Aku
terkedu dan terpana
Kerana selama
kita bersama
Ketiga-tiganya
menjadi pilihanku
Ketiga-tiganya
yang menceriakan penulisanku
Ketiga-tiganya
pen yang penting bagiku
Mungkin
kerana tuntutan semasa
Orang di
luar sering memintaku untuk bersama pen biru
Aku
telah mengabaikan perasaan dua pen yang penting bagiku
Maafkan aku
tiga batang penku
Ketahuilah,
aku sentiasa berusaha untuk bersama dengan pen merahku
Aku
sentiasa berusaha untuk bersama dengan pen hitamku
Dan aku
sentiasa memberitahu kepada pen biruku,
Biarpun aku
sentiasa bersama kamu,
Kamu
bantulah juga, dua lagi pen pentingku
Kerana
ketiga-tiganya adalah pen yang amat penting bagiku
KERANA TIGA BATANG PENKU MENYEMPURNAKAN PENULISANKU
Syafiq Shah,
Bayt
Nawawi, Mu’tah, Jordan.
9.41
pagi
12/2/2013
0 ulasan:
Post a Comment