Sudah lama juga D.K. tidak update apa-apa artikel
dalam Diari Kembara ini. Namun begitu, kali ini D.K. memaksa juga jari jemari
menari kerana hari ini D.K. rasa amat gembira, teruja dan berbangga.
Alhamdulillah, bersyukur kepada Yang Maha Kuasa
serta Maha Bijaksana mengatur segalanya
dan permudahkan segala urusan kita. Alhamdulillah, segala pujian hanya untuk
DIA yang memberikan kami kemampuan untuk menempuh segala cabaran sehingga
akhir.
Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia Se-Jordan kali
ke 7 telah pun tamat. Menampilkan barisan panelis yang hebat dan mantap.
Antaranya Dr Asri Zainal Abidin dan Dr Maszlee Malik. Dengan tema utama,
Siyasah Syar’iyyah: Polisi & Kontradiksi. 2 hari yang cukup padat dengan
pelbagai cabaran dan tugasan. Dan pastinya meninggalkan pelbagai kenangan dan
pengalaman indah kepada D.K.
Selama 3 tahun D.K. berada di Jordan. 2 tahun
berpersatuan dan terlibat dengan program-program mahasiswa. PERTAMA VII kali
ini banyak memberi kesan kepada D.K. dan meninggalkan pengalaman manis.
Para pengurus & timbalan pengurus semua komiti PERTAMA VII
Diberi amanah sebagai Ketua pengurus Komiti
Pramusaji & Kulinari dan digandingkan pula dengan timbalan yang sebelum ini
tidak pernah D.K. kenali. Pada awalnya D.K. agak kekok. Apatah lagi apabila
sahabat-sahabat ahli jawatankuasa (sub-komiti) merupakan sahabat-sahabat tahun
1 kebanyakkannya. Kami tidak pernah saling mengenali sebelum ini.
Terdapat 3 pecahan unit di dalam team Komiti PnK
(Pramusaji & Kulinari) yang terdiri seramai 34 orang ahli. Pada awalnya
D.K. agak bimbang, kerana D.K. sememangnya kurang berpengalaman dalam bab-bab
pengurusan. Apatah lagi kali ini D.K. perlu uruskan 3 unit penting dan 34
individu yang unik dan hebat.
Komiti Pramusaji & Kulinari PERTAMA VII
Namun begitu, setelah hampir 3 bulan bersama
mereka, dan 2 hari yang getir bersama mereka, Subhanallah, Maha Suci Allah pertemukan
D.K. dengan mereka. Banyak yang dapat D.K. pelajari dari mereka.
Ketika kami bersama, D.K. pelajari:
1)
Bertapa bernilainya sebuah ucapan ‘Terima Kasih’.
2)
Erti sebenar sebuah kumpulan yang saling mengambil
berat antara sama lain.
3)
Berharganya sebuah senyuman.
Dan pelbagai lagi perkara yang D.K. pelajari. Maha
Suci Allah yang memberikan segala kesempatan ini kepada D.K. dan mengaturkan
perkenalan dengan mereka. Ya Rabb, eratkan ukhwah kami.
Jika mereka membaca artikel D.K. ini, ketahuilah
wahai sahabat-sahabatku. Kalian telah mengajar D.K. banyak perkara yang
berharga dan tidak ternilai untuk D.K. Sejuta kemaafan D.K. pinta, kerana
sepanjang D.K. menjalankan tugas, D.K. banyak lakukan kesilapan, dan sejuta
ucapan terima kasih untuk kalian kerana sentiasa membetulkan setiap kesilapan
yang D.K. lakukan.
Jazakumullahu khairan jaza. Ya Rabb, saksikanlah
dan anugerahkan kepada kami kebahagian dunia & akhirat. Amin.
Team dari unit pengurusan VIP (salah satu unit PnK). Tak sempat nak ambil gambar bersama team dari unit yang lain, insya Allah, akan diusahakan.
Ps: Jika pisau dibiarkan tidak diguna, maka hulunya
akan tumpul, begitu juga tajamnya pena, jika lama dibiar, matanya tidak bisa
membuka hati pembaca. Semoga kalam bicara dalam Diari Kembara kali ini, menjadi
suntikan untuk D.K. mula menulis lagi. Chayyok!!! (^^,)
2 ulasan:
sedihnya.....unit peserta diabaikan...mmg cm2 pon...xpa lahh....
Kepada anonymous:
Unit lain tidak diabaikan, insya Allah, kita akan bergambar bersama dalam satu sesi yg akan diberitahu kemudian...
Insya Allah...
Post a Comment