RSS
Facebook
Twitter

01 May 2015

Koi rindu aok

Ketika dalam perjalanan meredah kegelapan malam dari Amman ke Mu'tah. Koi tiba-tiba teringat kat aok. Koi diam kejap. Koi pandang ke luar tingkap. Gelap. Padang pasir terhampar di kanan dan kiri. Suasana yang cukup tenang buat memori koi tiba-tiba terbang ke belakang. Waktu aok selalu dengan koi dulu.


Koi tak tahu nak buat macam mana. Koi amik henset koi, koi luah sumenye dalam henset.

"Be, koi selalu ingat aok. Tiap malam sebelum koi lena. Koi selalu teringat kisoh kite mase same-same makan nasi ninja dulu. Kite kongsi duit same-same. Aok pilih se lauk, koi pilih se lauk. Pahtu kite gaul dua-dua lauk tu dengan nasi dalam satu bekas. Tersengih koi sorang-sorang bila ingat kesoh kite tu.

Pahtu koi ingat lagi, aok orang pertama yang ajak koi nek moto same-same. Orang lain tak berani lagi sebab badan koi kan besar. Aok tak kesah. Satu hari tu aok kate nak ajar koi bawok moto. Aok duduk depan ngajo, koi dok bonceng kat belakang. Gedebang kite jatuh tergelincir atas lumpur kat hujung tasik KUIS tu. Gelok koi sorang-sorang sebelum tidur.

Sampai sekarang koi tak lupe care-care ngurut yang aok ajar dulu. Ingat dulu sahabat kite sorang tu mari bilik kite dengan due-due kaki dia bengkok. Bapok beso bengkok dia. Jatuh moto dia kate. Aok kate kat koi, "enta urut sebelah, ana urut sebelah." Menjerit kawan tu kene urut. Koi tengok aok selambe je urut. Siap buat lawok lagi. Koi kat sebelah dah separuh hati nengok kawan tu mengaduh.

Be, koi cam tak caye aok dah takde. Koi masih ingat lagi, sebab aok la koi mule nak serius ngaji. Aok yang tukar minat koi dari suke kartun ke suke majalah-majalah akademik. Aoi yang kenalkan koi dengan Dr Maza dan Maulana Asri. Banyak buku-buku yang koi kenal dari aok. Sebab aok koi semangat nak ngaji hadis. Sampai mase kite kat KUIS dulu, prinsip koi mase tu, 'ke arah generasi al-sunnah yang sebenar'

Aok selalu bawak koi jalan-jalan. Gi kedai buku. Gi beli-belah, keluar makan. Banyak kali kot aok bawak koi jalan-jalan. Koi nak bayor duit minyak, aok tak bagi.

Be, hari tu koi nampok chat fb aok online. Nak nangis koi rase. Koi tahu takde da orang yang ber'wei-wei' dengan koi. Takde da orang nak ajar koi cakap pahang gini. Takde da orang nak komen kat blog koi yang berabuk ni.

Komen aok dalam artikel koi "Aduss... bahasa kita..."

Be, koi rindu. Nyesal koi rase sebab tak angkat call aok aritu. Koi tak sangke, rupenye tuu panggilan terakhir aoi untuk koi.

Be, koi rindu aok."

Aok tahu be, mujur dalam coaster ni gelap be. Tibe-tibe air mate koi jatuh berderai be. Maafkan koi, be. Koi bukan sahabat yang baik. Koi tak dapat nak lawat aok pun mase aok sakit. Mule-mule koi nengok gambor aok kat fb mase sakit tuh, koi tak tahan. Sebab tu mule-mule aok kate nak call dulu, koi tak bagi. Sebab koi tak nak tunjuk kat aok yang koi ni cepat nangis.

10 hari lagi be. 10 hari sebelum koi same umor ngan aok, tiba-tiba koi dapat berita aok da takde. Aok da pergi tinggalkan koi.

Be, koi rindu aok be. koi rindu aok...

"Ya Allah berikan aku kekuatan untuk terima ujian ini. Kau rahmatilah sahabatku ini dan masukkan dia dikalangan hamba-Mu yang Engkau sayang."


ps: Ada insan yang berkongsi perasaan dengan percakapan. Ada juga insan meluahkan dengan perbuatan. Aku juga mahu berkongsi rasa dan aku paling selesa berkongsi melalui pena!

0 ulasan: