Pilihan di tanganku... segalanya bergantung pada pertimbangan waras dalam kepala aku, sama ada yang ini atau yang itu? Yang nombor dua atau nombor satu? Yang mana patut aku teruskan? Atau kedua-duanya? Apakah aku mampu? Aduh..... berdenyut rasanya kepala ni...
Apatah lagi bila aku mendengar banyak komen yang lebih memberangsangkan tentang yang baru ini? Padahal yang lama itu lebih banyak kenangan dalam diriku, tapi yang baru ini, lebih menarik dan lebih banyak keistimewaannya....
Aku keliru, atau aku sendiri yang pura-pura mengelirukan diri, sebab segala keputusan adalah ditangan aku sendiri.... Lalu aku muhasabah diri dan kusenaraikan perbandingan di antara kedua-duanya... kerna kedua-duanya amat aku sayangi....
Perhatian!! (sebelum meneruskan bacaan)
L.D.P. – singkatan dari blog pertama ( Luahan Dari Pena )
C.S.D. – singkatan bagi blog terbaru ( Catatan Sebuah Diari )
Sejarah Permulaannya...
L.D.P. : Merupakan medan penulisan aku yang pertama, bermula dari kosong tak tahu apa-apa tentang blog, hinggalah sekarang, aku semakin mahir dalam dunia blog ini, dibina dengan tunjuk ajar dari seorang sahabat dan hasil dari pengkajian aku sendiri, banyak luahan hati ku diluahkan di sini, daripada artikel pendek hinggalah ke sajak-sajak luahan hati (terutama tentang Mawar Berduri). Tambahan di sini aku luahkan kisah-kisah yang aku hadapi di dunia nyata.... dan bagiku L.D.P. amat berharga.....
C.S.D. : Hasil dari pemerhatianku dengan blog-blog dari sahabat-sahabat aku, aku sedar yang aku kurang memaparkan artikel-artikel ilmiah berunsurkan agama yang di dalamnya diselitkan dengan ayat-ayat al-Quran atau hadis nabi s.a.w., terasa kecilnya diri kerana aku student dalam bidang ini (Pengajian Islam)... lalu C.S.D. ku bina dengan konsep tersendiri, jauh berbeza, dengan keistimewaan yang tersendiri, amat aku hargai....
Konsep penulisan
L.D.P. : Penulisan artikel adalah berdasarkan realiti yang aku hadapi, digabungkan dengan minat ku dalam bidang Kaunseling & Psikologi... aku kaitkan dengan unsur-unsur nasihat dan motivasi... sedikit peniruan dengan konsep penulisan dari blog sifu ‘Saiful Islam’, dan ada juga artikel yang aku ‘copy & paste’ dari blog lain yang aku rasa amat bermanfaat untuk dibaca dan dikongsi...
C.S.D. : Idea da pemerhatian serta penelitian yang pelbagai mengenai dunia tazkirah, aku luahkan dengan menulis untuk C.S.D, apa sahaja yang aku nak sampaikan akan aku tulis, dan diselit dengan hujah-hujah dari ayat al-Quran atau hadis-hadis nabi s.a.w. Juga menggunakan bahasa-bahasa yang puitis (aku rasa) bersama-sama sajak mengenai pengalaman aku yang ringkas. Tiada unsur peniruan secara mutlak atau ‘copy & paste’, semua artikel adalah tulen dari idea ku sendiri...
Falsafah Pegangan
L.D.P. : “Berfikiran Terbuka, Berlapang Dada, Berbaik Sangka & Positive Thinking...”
C.S.D. : “Segalanya Hanyalah Sebuah Perkongsian...”
Lagi? Apa lagi? Aku tak dapat nak fikirkan.... kedua-duanya mempunyai aura yang tersendiri....
Keputusan terletak ditangan aku sendiri... baik dan buruknya, akulah yang akan dipertanggungjawabkan nanti. Kerana apa? Kerana semua telah termaktub dalam janji... Janji dari tuhan Yang Maha Adil & Kekasihnya Rasulullah s.a.w.
Daripada Ibnu Umar r.a., Nabi s.a.w. telah bersabda : “Kamu semua adalah penjaga (pemimpin). Dan kamu semua bertanggungjawab terhadap penjagaanmu (amanah yang diberikan).”
(riwayat Bukhari & Muslim)
P.D.C. : Menulis di blog ini merupakan satu amanah, kerana ia menjadi tatapan untuk semua, dan aku sebagai pemiliknya, menjadi satu tanggungjawab untuk memakmurkannya, sama ada dengan sesuatu yang ilmiah, atau sekadar sesuatu yang fana (khayalan). Dan di hari kebangkitan, aku akan dipersoalkan tentangnya... (sebab tu lah aku serba salah, pilih satu atau kedua-duanya...aaargh).
0 ulasan:
Post a Comment