Duhai hati
Mengapa kau begini
Begitu degil sekali
Mengikut gerak iman
Yang menyuruhmu mengimarahkannya.
Duhai diri
Ku tahu kau mengerti
Ku tahu kau ingin pergi
Ku tahu kau malu pada mereka yang memerhati
Tetapi mengapa kau masih berdiam diri?
Teguh memegang pendirian
Yang hanya penuh dengan tipu daya syaitan.
Memagari dirimu
Dan memakukan punggungmu
Dari menyahut seruan kejayaan
Menyambut huluran rahmat
Mengapa?
Mengapa kau begini wahai hati?
Kau impikan diri menjadi dai’e yang hebat
Kau inginkan dirimu menjadi pejuang sunnah yang agung
Kau idamkan bidadari solehah penyeri rumah tangga
Tetapi,
Mengapa kau sendiri yang menghancurkan segalanya
Merosakkan impian, meruntuhkan cita-cita,
Hanya kerna mengikut syahwat durjana.
Jangan salahkan syaitan!
Jangan salahkan nafsu!
Tetapi salahkan dirimu,
YANG HANYA MAMPU BERKATA!
TAPI BUAT TAK MAHU!!!
YANG HANYA MAMPU BERKATA!
TAPI BUAT TAK MAHU!!!
“Sajak ini dipetik semula dari blog aku yang satu lagi dengan tajuk yang sama ‘Duhai Diri Yang Jahil’. Sebagai satu peringatan untuk diriku, agar aku tak lupa pada rintihan hati ini satu ketika dahulu dan mengulangi perbuatan yang tak berguna itu....”
P.D.C. : Terpulang kepada diri aku sendiri, sama ada untuk terus hidup dalam dunia yang penuh fantasi, atau kembali ke jalan yang diredhai Illahi....
““Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya.”
Surah as-Saff : 2-3
2 ulasan:
Hidup ini perlu kekuatan....doakan
Puisi yang memberi keinsafan buat sesiapa yang menghayati.
p/s: Pertama kali sampai di sini. Salam ukhuwah juga dari saya..(^_~)
Post a Comment