Syari' Jazmantiah (Suk Halawiyat), Syria.
Malam, Jam 2252.
31/01/2011
Alhamdulillah, semenjak hari pertama aku menjejak kaki ke bumi Dimasyq ini, hujan kerap hadir membasahi bumi barakah ini. Kesejukkan mencengkam tubuh kami setiap kali malam hadir. Masing-masing berebut untuk masuk ke dalam selimut. Melelapkan mata sambil menanti azan Subuh yang bakal berkumandang dalam 4,5 jam lagi.
Di sepanjang jalan menuju ke rumah kami di Suk Halawiyat, kami tertarik dan terpegun dengan wujudnya banyak masjid-masjid di kiri dan kanan kami. Yang lebih menakjubkan lagi, walaupun wujudnya masjid-masjid ini amat dekat antara satu sama lain, tetapi tiap kali waktu solat, pasti makmumnya penuh sekurang-kurangnya dua saf.
Alhamdulillah, kami semakin mahir jalan-jalan di sini. Untuk menuju ke Jami' (masjid) Umawi yang berhampiran dengan Suk Hamidi yang sering penuh dengan manusia yang berjual beli, sudah tidak menjadi masalah untuk kami. Bas 22 dan bayaran sebanyak 10 Lira seorang sudah memadai.
Dan di Jami' Umawi, kami berpeluang bertemu dengan sheikh-sheikh yang sebelum ini hanya mengenali nama mereka melalui penulisan dan buku sahaja. Sebagai contoh, Sheikh Wahbah az-Zuhaili yang akan hadir membuat kuliah di Jami' Umawi pada hari Rabu selepas solat Asar.
Alhamdulillah, kehidupan kami di sini tidak semewah dan sehebat di Mu'tah dari sudut internetnya. Kalau di Mu'tah, kadangkala kami tidak keluar rumah pun tak mengapa kerana wujudnya muka buku dan blog yang sering menjadi teman setia.
Tetapi di sini, aku merindui urutan refleksologi dan limpatik yang dapat melegakan kesakitan kakiku dek kerana hampir setiap hari kami terpaksa berkejaran ke sana ke mari. Sama ada mencari tempat untuk bertalaqqi di masjid-masjid yang ada di sini, ataupun mencari gerai-gerai makan untuk mencuba nasi mandi ataupun syawarma kambing yang kami minati... Hehehe.
Yang paling utama, Alhamdulillah, hari ini aku berpeluang untuk ke CC. Aku melihat komen-komen yang ada di facebook dan blog. Tertarik dengan peringatan daripada sahabat Tranformasi di ruangan shoutbox blog aku.
Sebetulnya, aku minta maaf kepada semua sahabat kerana tidak dapat istiqamah update blog. Untuk makluman antum semua, Facebook dan Blogspot merupakan diantara laman web yang disekat di bumi Syria. Entah mengapa aku tidak tahu. Jadi kami online hanya di CC yang membenarkan laman-laman seperti ini boleh digunakan secara berhati-hati. Maksudnya, tak boleh selalu.
Pernah seorang senior di sini cerita kepada kami, sebuah CC di atas bukit (area menuju ke Jami'ah Abu Nour) diserbu polis kerana masalah yang kecil. Aku tak pasti apa sebabnya CC itu diserbu, tetapi senior-senior di sini mengingatkan kami supaya berhati-hati, apatah lagi, FB dan Blog ni adalah dilarang di sini. Wallahu'alam.....
Jadi sekali lagi aku minta maaf kepada semua sahabat, aku mungkin tak dapat nak update selalu. Tapi aku cuba, Insya Allah. Doakan yang terbaik untuk kami dan kita semua.

1 ulasan:
istiqomah bukan bermakna hari2 kena blog update tapi istiqomah dengan apa yang ingin disampaikan.xperlu minta maaf.
Post a Comment