“...Satu demi satu bangsaku menjadi layu,
Gugur di medan perang ciptaan saudara-saudaraku,
Bagaimana hendak ku jelaskan kepada generasi baru,
Dunia maju tapi bukan kita nombor satu
Dunia serba canggih, tapi kita masih menagih
Dunia pesat membangun tapi kita masih mengelamun...”
Baru-baru ni aku menggeledah kembali fail-fail dan bende-bende dalam komputer aku, mana yang tak guna aku letakkan dalam ‘Recycle Bin’. Tak sangka, aku terjumpa satu fail yang dah berabad aku tak buka, lalu aku temui beberapa benda yang menjadi nostalgia terindah dalam diri.
Di antaranya adalah fail yang memuatkan lagu-lagu dari kumpulan Ahli Fikir. Untuk makluman korang, aku memang suka mendengar lagu-lagu rancak dan rap dari sekolah menengah lagi hinggalah kini (cuma sekarang, kekadang je layan...). Best tau, dan Ahli Fikir adalah antara kumpulan rap yang aku paling minat. Bukan sekadar kerana lagu yang berbentuk rap, tapi asbab utama aku minat kerana penggunaan kosa kata yang menarik disamping peluru-peluru yang tersirat dalam setiap lagu (korang boleh try tengok lirik lagu diorang). Menarik!
Lirik lagu kat atas tu aku petik dari lagu Samseng nyanyian diorang (Ahli Fikir). Lagu tersebut mengetuk fikiran aku tentang segelintir remaja yang berfikiran sempit dan tidak panjang, lalu terlibat dalam aktiviti-aktiviti underground yang tidak sehat. Diorang rase diorang ni hebat bile join kumpulan-kumpulan tertentu. Sorilah, bagi aku, orang yang macam ni adalah orang yang pengecut sebab berdiri megah di bawah bayangan kumpulan kegelapan yang kononnya berjuang untuk satu kegemilangan (macam Akatsuki dalam citer Naruto...huhuhu). Kalau takde kumpulan tu, korang hanyalah seorang manusia yang lemah!
Kenapa aku kata lemah? Kerana mereka adalah diantara golongan yang tiada pendirian dan prinsip yang jelas. Sebab tu la mereka terkandas. Aku bukan nak mengata orang seperti mereka. Cuma aku benci perangai mereka yang berlagak kuat ni.
Allah juga berfirman dalam surah Ibrahim ayat 21 menyebut orang yang seperti ini adalah lemah,
“....kemudian orang-orang Yang lemah (yang menjadi pengikut) kepada orang-orang Yang sombong takbur....”
Korang rasa korang dihormati dan ditakuti, walhal hakikat yang korang takut nak hadapi adalah korang sebenarnya umpama debu, wujudnya dibenci, hilangnya menyukakan ramai.
Itu bukanlah satu penghormatan wahai saudaraku. Itu adalah penghinaan. Sebagai mana gembiranya Bani Israel pabila Fir’aun mati kelemasan, hilangnya kalian merupakan satu kegembiraan. Jangan teruskan begini wahai saudara yang aku kasihi. Kalian harapan bangsa, tetapi mengapa kalian membiarkan diri kalian seperti ini.
Hidup mulia, mati syahid atau hidup hina, mati orang suka. Yang mana pilihan anda?
Alasan untuk memperjuangkan bangsa dan agama tidak aku remehkan. Tetapi apakah dengan menindas yang lemah, menzalimi yang pasrah, mencemar maruah agama dan bangsa adalah satu perjuangan?
Kalau kalian ingin ditakuti, contohilah Umar al-Farouk, sahabat Nabi s.a.w. yang ditakuti tetapi amat dihormati dan disayangi. Beliau yang memulakan gelaran Amirul Mukminin, dan di zaman beliaulah pengaruh Islam berkembang pesat ke luar tanah arab. Dua empayar agung (Rom dan Parsi) runtuh sujud kepada Allah dan bumi suci Baitul Maqdis kembali ke tangan umat Islam.
Tahukah kalian, Nabi s.a.w. pernah bersabda mengenai perihal al-Farouk ini:
“...Wahai Ibn al-Khattab! Demi DIA yang nyawaku terletak di tangan-Nya! Belum pernah syaitan mendapati kamu menggunakan satu laluan kecuali dia akan mengambil laluan yang lain.”
(Riwayat Bukhari)
Nah, syaitan amat takut kepada beliau. Bagaimana dengan kalian? Bahkan kalianlah yang takut kepada syaitan sehingga menuruti kata-kata mereka (syaitan) yang mengajak kalian ke lembah kehinaan. Na’uzubillahiminzalik....
Beginilah wahai saudaraku, aku punya tips untuk kalian jadi orang yang amat ditakuti manusia lain.
TAKUTLAH KEPADA ALLAH, NESCAYA MANUSIA KAN TAKUT DAN HORMAT KEPADA KAMU!!!
Saudara-saudaraku yang aku sayangi, aku merayu agar kalian, hayatilah firman Allah ini. Dari surah Ibrahim ayat 21:
“Dan mereka sekalian tetap akan berhimpun mengadap Allah (untuk dihisab pada hari kiamat), kemudian orang-orang Yang lemah (yang menjadi pengikut) kepada orang-orang Yang sombong takbur itu akan berkata kepada mereka (yang menjadi pemimpinnya): "Sesungguhnya Kami telah menjadi pengikut kamu, maka Adakah kamu dapat menolak daripada Kami sedikit dari azab Allah? " Mereka menjawab: "Kalaulah Allah menunjukkan jalan Selamat kepada kami, tentulah Kami tunjukkan jalan itu kepada kamu. (sekarang) sama sahaja kepada kita, sama ada kita menggelisah dan mengeluh atau kita bersabar, tiadalah sebarang jalan bagi kita untuk melepaskan diri (dari azab itu)".
Semoga Allah tidak menggolongkan aku dan kalian semua di kalangan mereka yang mengeluh di akhirat kelak. Ayuh kita doakan, agar sahabat-sahabat kita yang terjerat akan menerima petunjuk dan hidayah dari Allah. Dan jangan lupa, doakan untuk diri kita juga, kerana tiada siapa yang pasti, penyudah hidupnya adalah kegembiraan mahupun penyeksaan. Wallahu’alam...
P.D.C.: Nah, aku kongsikan lagu Samseng nyanyian Ahli Fikir dengan korang semua. Jom sama-sama kita hayati bait lirik dan kata-kata serta mesej yang disampaikan oleh mereka. Selamat mendengar dan menghayati...!
0 ulasan:
Post a Comment