RSS
Facebook
Twitter

  • loading tweets

12/30/2011

Manusia Rasa.....

Normal 0 21 false false false MS X-NONE AR-SA ...

12/25/2011

Pekan Kecil Mu'tah itu....

gambar diambil selepas subuh di hadapan Jami' Syuhada' Berkepul-kepul asap keluar dari mulut. Tanda suhu pada pagi yang hening ini rendah, amat rendah sehingga tubuhku terketar-ketar menahan kesejukkan. Berdiri di tepi bingkai tingkap bilik sambil menikmati suasana pagi di pekan kecil Mu’tah yang setiap minit yang bertambah, semakin hingar bingar dengan bunyian ‘horn’...

11/05/2011

Sebuah pengalaman....

Panas. Terik. Mata kukecilkan sedikit menahan tusukan mentari yang terik memancar. Berpusu-pusu manusia mencari tempat duduk sementara menanti azan zohor yang akan dilaungkan setengah jam lagi. Seorang lelaki tua berambut putih terjenguk-jenguk mencari tempat duduk. Aku memerhatikannya. Secara tak sengaja mata kami bertaut. Aku tersenyum sambil melambai-lambai kepadanya....

10/12/2011

Merancang Jasa?

"Mana bekas pen ni?" Tanganku meraba-raba ke seluruh permukaan meja tulis. Ketiadaan elektrik membuatkan suasana gelap semakin menguasai segenap ruang bilik. "Masa-masa nak exam macam ni lah dia nak buat hal," hatiku merungut. Akhirnya pencarianku berakhir dengan aku memhempaskan tubuhku ke tilam. Malas mahu memikirkannya. Dengan exam keesokkan harinya lagi, dengan...

7/20/2011

"Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck"

Salah satu karya Pak Hamka, "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck" Kata Pak Hamka, “Orang yang ditimpa penyakit cinta, tidak sekali mahu sembuh darinya”. Indah sekali bahasanya. Dalam sekali maknanya. Hingga seakan hatiku telah tertaut padanya. Luluh perasaanku menuruti mata yang meredup tunduk pada langit yang terbentang luas tanpa awan. Kekadang angin sepoi mesra membelai. Adil...

6/19/2011

La Hawla Wala Quwwata illa Billah.....

Kalimah Toyyibah yang indahDibaca saat hati rasa gundahMenyedarkan diri kitaBahawa sesungguhnya DIA lah Yang Maha KuasaTiada Yang Lebih Berkuasa Selain DIA!!!19 Jun 2011Jam 1445Space Net, Mujtahid, Syria.Dengan nama Allah, tuhan yang menciptakan tiap sesuatu bukan dengan sia-sia. Bahkan DIA mencipta sesuatu yang ada sama ada di dunia mahupun di langit, semuanya mempunyai isi...