RSS
Facebook
Twitter

  • loading tweets

4/25/2011

Sajak-Sajak Kita....

Bunga Syria, Bunga Malaysia Empat musim indah di Syria Kemuncak keindahannya di musim bunga Mekar si tulip kembang megah Memandang padanya, jemu tidak pernah Riang kawanan burung, gembira beterbangan Merai hadir bunga Syria yang indah mekar Kekupu dan Rerama mencuit, mengusik manja kelopak tulip kuning dan mawar Syria merah, meraih rindu, mahu memetiknya Angin Syam sepoi menyapa Menolak lirikan mata sampai pada bunga Syria Indah dan mempersonakan Tetapi...

4/23/2011

Sedikit Khabar dan Sajak.....

Sajak Pertama Bergetar segenap sendi Pabila dingin air di kali mencicipi tubuh setiap inci Saat angkasa raya bergema Dengan kokokan si jantan perkasa Siak memukul beduk renta yang sedang mereput tua Terungkai mimpi dalam lena Tak terkalah mata dari si laknat syaitan durjana Maka bangkit si insan lemah Mensucikan diri, bersiap untuk mengadap Illahi Selagi hayat dikandung badan Selagi nyawa dikait ketat dengan iman Doa dan tawakkal menjadi ikatan Antara...

4/09/2011

Mu'tah, Kampung Yang Dirindui...

Space Net, Mujtahid, Syria. Jam 1602 9 April 2011 kenangan di Maza waktu musim sejuk dulu(dalam tandas jami'...hahaha. Kredit kepada Ustaz Ehsan yang tolong amik gambar ni) Hampir 2 bulan lebih daripada tarikh 25 Januari 2011, aku mencorak langkah menimba pengalaman di bumi Syria yang bersejarah. Bermakna, dalam tempoh itu jugalah aku telah berkelana meninggalkan bumi...

4/03/2011

Hujung Syita' & Awal Rabii'

Bludan, Syria. 14 Mac 2011 Kami bersepakat untuk menjejakkan kaki sekali lagi ke bumi Bludan. Dan kali ini, aku tidak akan pergi ke sana hanya dengan berselipar dan berstokin tebal, kerana pengalaman 'hilang jari kaki' yang aku rasai 5 hari lepas telah meninggalkan kesan yang mendalam di lubuk hati. Berbekalkan semangat yang berkobar dan boot salji separas lutut, aku...

Apakah Ini Wahan?

Jazmatiyyah, Dimasyq, Syria. 26/03/2011 Jam 0005 Malam ini merupakan suatu malam yang pasti tidak akan aku lupakan. Sana sini kedengaran riuh rendah suara masyarakat arab di sekitar rumahku berteriakan. Aku tidak pasti apa yang mereka teriakan, tetapi melihat gambar-gambar dan sepanduk-sepanduk yang mereka usung ke sana sini, serta maklumat yang diberitahu...