RSS
Facebook
Twitter

4/09/2011

Mu'tah, Kampung Yang Dirindui...

Space Net, Mujtahid, Syria.
Jam 1602
9 April 2011


kenangan di Maza waktu musim sejuk dulu
(dalam tandas jami'...hahaha. Kredit kepada Ustaz Ehsan yang tolong amik gambar ni)



Hampir 2 bulan lebih daripada tarikh 25 Januari 2011, aku mencorak langkah menimba pengalaman di bumi Syria yang bersejarah. Bermakna, dalam tempoh itu jugalah aku telah berkelana meninggalkan bumi Mu'tah, tanah arab pertama selepas bumi Haramain, untuk menghayati firman tuhan yang menyuruh hamba-Nya berkelana melihat kebesaran Yang Maha Kuasa.

"Berjalanlah di muka bumi dan perhatikanlah, bagaimana Allah memulai ciptaan, kemudian Ia mengulangi penciptaan itu sekali lagi. Sesungguhnya Tuhan Berkuasa atas segala sesuatu." (QS. 29:19-20)

Maha Suci Allah, yang mengatur perjalanan hamba-hamba-Nya dengan indah dan bijaksana. Menjadikan madrasah kehidupan sebagai satu medan untuk hamba-hamba-Nya mengenali nikmat akhirat.

Menjadikan Islam sebagai disiplin hidup yang penuh nikmat, kerana di dalam Islam, tersirat infiniti nikmat, yang memberi manusia penghayatan kebahagiaan andai dirasai dengan sepenuh hati.

"Pada Hari ini telah Aku sempurnakan bagimu agamamu, dan telah Aku sempurnakan nikmat-Ku, dan Aku ridha Islam sebagai agama bagimu sekalian.." (surah al-Maidah: 3)



Hati Ini Merindui...

Hari Sabtu merupakan suatu hari yang ditunggu-tunggu (secara umumnya) di bumi Syria ini, seperti mana kita di Malaysia yang menanti hari Ahad sebagai cuti umum untuk berehat di sisi keluarga.

Tetapi tidak bagi aku yang dari pagi sampai ke tengahari, duduk melepak mengadap laptop dan membelek kitab al-Wafi dan Matan Jurumiyyah yang dipandang pada ekor mata sahaja. Seakan buntu tidak tahu nak buat apa. Aku melabuhkan punggungku di hadapan laptop yang diwarisi dari ayahku.

Anak panah mouse dilirikkan kepada fail-fail yang memenuhi memori laptop kesayanganku itu. Cadangnya mahu dipindahkan fail-fail tersebut ke dalam external hard disk yang baru dibeli di Ma'rad (pc fair) tempoh hari. Aku memilih Hard Disk berjenama WD, berharga dalam 3100 sp (Syrian Pound) yang disyorkan oleh kawan aku.

Tengah sebok-sebok copy-paste-delete fail-fail tersebut, anak mataku menangkap kepada satu folder yang tertulis 'diari urdun'. Untuk seketika aku termenung. Melayang di mindaku memori-memori di bumi urdun. Tanpa berlengah jariku menghentak butang kanan mouse agar aku dapat menatap rakaman-rakaman memori bersama sahabat-sahabat di bumi Urdun itu.

Satu persatu gambar aku renung. terkenang gelak tawa ketika bersama mereka. Walaupun hanya satu semester bersama, tetapi ikatan ukhwah itu telah melahirkan rindu di hatiku. Teringat mesej-mesej yang disampaikan oleh beberapa sahabatku melalui ym. Ungkapan rindu membuatkan aku terharu.


di hadapan bangunan fakulti Syariah, Jami'ah Mu'tah


Ya, aku juga merindui mereka. Aku merindui adik beradik TDI ku di Mu'tah sana. Aku merindui ahli bayt dan syuqoh Mat'am Syuruq. Gurau senda bersama, saat kami bersiap untuk membaling telur ketika hari jadi sahabat kami (huhuhu... aku terselamat untuk tahun ini).


diambil masa nak balik dari talaqi Sheikh Solah (di Jami' Maza)

bergambar dengan Sheikh Solah (belakang hujung belah kiri)


Aku merindui sahabat-sahabat yang bersama bertalaqqi di Maza dengan Sheikh Solah. Pasti mereka dah banyak belajar mengenai qiraat dan tajwid yang tidak sempat aku rasai.

Alhamdulillah, dengan facebook dan ym, terubat sedikit rindu ini.

Ya Allah, semoga ikatan ukhwah kami ini berpanjangan dan terus kekal dengan ikatan iman dan ketaqwaan... Amin.



ps: Perut dah menyanyi sebab tak makan lagi dari pagi. Lepas ni, akan ku langkah kaki ini menuju ke kedai Nasi Bukhari di Suk Sarijih...huhuhu. Jom!!!!


2 ulasan:

Ibnu Roslan said...

Ana jumpa enta di Mu'tah pun dah rasa rindu walau hanya 2 minggu disana. Memang ana terasa rindu Mu'tah jugak..huhu..
Selamat belajar Sheikh Syafiq. :)
-Ammar Roslan, Iqtisad Islami, Irbid-

Nik Faiz said...

Salam sahabat yg dirindui... semoga diri mu sentiasa sabar dan tabah dalam misi kembara ilmu... suatu ketika dahulu, bumi itu menjadi medan dan tempat ku berjihad dan mengembara mencari ilmu Allah, dan kini kamu merasainya pula.. semoga kamu perolehi mutiara2 ilmu agama yang manfaat utk dibawa pulang ke mu'tah, dan yang pling penting di bawa pulang ke malaysia.. Sabar, tabah dan terus mara dalam mengembara ilmu..kami menanti anda membawa pulang mutiara ilmu di bumi Mu'tah.. sampaikan salam ana kpd penghuni Syam.. :) 'ad'uka bittaufiq, wannajah... :)