RSS
Facebook
Twitter

4/18/2012

Kongsi Rasa Apa Dirasa


"Diri kita bukan diri mereka"

Ya, aku adalah aku, aku bukan kamu. Mana mungkin aku dapat hidup seperti dirimu, melainkan cara hidupmu menjadi contoh pada diriku. Ada masanya caramu itu tidak kena dan tidak sesuai dengan cara hidupku. Akan tetapi aku tetap jadikan ia sebagai teladan dan pengajaran dalam usaha aku mengenali kehidupan...

Musim sejuk telah berlalu, musim bunga sudah hampir ke penghujungnya, sedang musim panas, hangatnya semakin terasa.

Segelas kecil air laici sejuk berais menjadi penawar menghilang dahaga di saat mentari mekar gagah memancar di tengah hari.

Hangat Bersih! Hangat PRU! Hangat PR MPMMJ! Hangat PR PERMATA! Hangat segalanya. Minggu 'semangat berpolitik' semakin kuat, apatah lagi esok (18/4/2012) adalah tarikh pencalonan bakal-bakal peneraju pentadbiran Persatuan Mahasiswa Malaysia Mu'tah (PERMATA).

Terasa kehangatannya, lebih-lebih lagi apabila di kanan dan di kiri, sahabat-sahabat 'sibuk' dengan mesyuarat sana-sini. Yang terlibat dengan SPR nya, yang terlibat dengan AGM nya.

Semoga urusan kalian dipermudahkan Allah sahabat-sahabatku...

Seperti biasa, Catatan Sebuah Diari semakin berhabuk, lama tak menaip di sini. Tak perlu bagi alasan, kerana alasan hanya membantutkan kejayaan.

Aku memerhati suasana di sini. Penuh minat, namun untuk mencebur diri, aku bukan orangnya. Masih tidak layak lagi untuk aku mengulas isu-isu 'politik' yang mereka bawa. Macam-macam perkara timbul, waktu-waktu hangat seperti ini timbullah isu tidak puas hati, kurang senang dan sebagainya. Yang pengikut menjadi taksub tak tentu hala.

Alhamdulillah, di Mu'tah, apa yang disebut tadi hanyalah picisan, minda masih sedar, semangat masih terkawal, masih rasional pemikirannya, tidak emosional.

Islam itu fitrahnya Mutawassit iaitu pertengahan. Jadi cara hidup mesti di tengah-tengah. Tengahnya kita bukan umpama bulu di udara, ditiup kiri, ia ke kiri, ditiup kanan, ia ke kanan.

Tetapi yang diterapkan dalam diri Mukmin, umpama rumput, di tiup dari mana arah pun ia tetap gah dengan akarnya. Ada masa ia meliuk ke kanan & kiri, namun akar tetap mencengkam tanah tidak lari.

Jangan terlampau ber'tasahhul' (bermudah-mudah) & jangan terlampau ber'tasyaddud' (keras yang melampau). Apa sahaja yang dibuat, berteraskan bukti yang kukuh, mahu ber'Taqlid' mahupun ber'Talfiq', biar dengan dalil dan fakta, bukan dengan rasa semata apatah lagi auta.

Hanya kerana, "Dulu orang tua kita buat begini dan begini..." maka hujah mereka dikira Qat'i.

Sedang yang sebenarnya, teras Muslim bahkan pastinya kepada Mukmin adalah al-Quran & as-Sunnah, "maka gigitlah ia dengan geraham, jangan dilepaskan walau seketika".

Rambut manusia umumnya sama warna. Tetapi ia tidak bermakna cara hidup kita sama.

Seorang sahabat berleter, mengadu dan merungut apabila ramai mahasiswa timur tengah yang menceburi bidang agama, tidak menguasai ilmu asas dalam agama dengan kukuh.

Malu dengan diri sendiri. Teringat apabila ditanya oleh sahabat-sahabat yang bukan sebidang berkaitan dengan perkara-perkara Fiqh. Terkedu, tidak boleh menjawab dengan spontan, perlu rujuk pada buku, perlu rujuk pada guru.

Terfikir, apakah masih relevan sekiranya aku meletakkan satu sahaja medan ilmu sebagai fokusku?

Semenjak dari dulu Hadis menjadi bidang tumpuanku. Aku akui agak lemah dalam lapangan Fiqh jika dibandingkan dengan sahabat-sahabatku yang sememangnya bidang yang mereka terjun adalah Fiqh.


Sayu retina memandang rak buku yang terhidang buku-buku tebal. "Bila agaknya dapat khatam semua buku ni ye?" Halus hati mengeluh.

Wallahu'alam...



6 ulasan:

atokaji said...

atokaji: DK, apa dirisau dgn kesibukan PRU, di Mu'tah @ di mana pun. Biasa, pastikn yg terlibat jlas nawaitunya dan ada ilmu utk berjuang. Jadi rumput ok lagi, jgn jdi lalang. DK, anda boleh lakukan yang terbaik, kerna ......

D.K. said...

betul kata atokaji tuh, niat dan ilmu itu saling berkait rapat...

Kita sendiri boleh perhatikan kenapa Imam Nawawi memilih hadis niat sbg hadis pertama dalam 40 hadis Nawawi,juga kita boleh teliti dan kaji, kenapa Imam Nawawi turut memilih hadis2 yg lain untuk dimuatkan bersama, kerana pastinya ada hikmah dan kaitan yg tersembunyi...

tapi komen atokaji buat DK berdebar, kerana ape tuh... (^^,)

atokaji said...

kerna ...... DK anak ayah ...

D.K. said...

Kemah keming atokaji... hehehe

atokaji said...

Kemah keming tu apa Fiq?,.... dah 60 ta pernah dengar pun ..... alang kata nafas kemas kempis .... betul ke?

D.K. said...

huhuhu, bukan. Kemah keming tu kecek kelantan, maksud die, terbayek...

kemah keming atokaji tuh = terbayek atokaji tuh...(^_^)

lo ni kecek klate sep2 kite... hehehe