Okey guys, kenapa aku perlu bersusah-susah mereka cerita Sob tu? Aku tak tahu sama ada relevan ke tak cerita tu dengan apa yang nak aku kongsikan ini. Sebenarnya isu mencari jodoh yang aku sebutkan di awal entry Finding ‘the Shinning Rose’ tu telah banyak aku dengar. Latest, seorang kawan aku (siswi) minta aku carikkan jodoh untuk dirinya. Dia mahukan seorang lelaki yang soleh. Siapa yang tak mahu jodoh macam tu?
Aku tak salahkan mereka kerana aku juga dalam dilema seperti mereka. Di dalam arus manusia yang sedang merempuh kemodenan dan kemajuan dunia yang serba canggih ini, amat sukar untuk mencari individu yang bertamadun dan mempunyai peradaban yang tinggi. Muda mudi semakin tercabar dengan kehadiran anasir-anasir luar yang memperkenalkan budaya di luar batas kita sebagai manusia. Akhirnya mereka semakin terkeliru antara budaya dan agama lalu ramailah terkandas di dalam kepesatan arus pembangunan tanpa peradaban.
Mencari jodoh bukanlah mudah, tapi tidaklah susah. Ianya memerlukan satu anjakan paradigma dalam diri, atau bahasa mudahnya perubahan dari dalam diri sendiri. Allah telah berfirman di dalam surah an-Nur ayat 26 yang bermaksud :
“...dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki- laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik....”
Semua orang mahukan jodoh yang terbaik untuk mereka, suami atau isteri yang soleh dan solehah menjadi impian di hati. Hatta seorang kaki botol, kaki pukul, kaki rangkul (playboy) dan kaki-kaki yang lain mahukan seorang isteri yang baik budi pekerti. Lucukan?
Inilah fitrah tabi’e manusia, walau diri sejahat mana sekalipun tetapi tetap mahukan yang terbaik. Kekadang lucu rasanya, apabila seorang lelaki meletakkan ciri-ciri yang terbaik dalam memilih isteri, tetapi terlupa hendak meletakkan ciri-ciri yang terbaik untuk menjadi seorang suami di dalam diri. Begitu juga sebaliknya.
Salah satu daripada tajuk dalam buku ‘Tentang Cinta’
Aku tertarik dengan salah satu tajuk di dalam buku ‘Tentang Cinta’ karangan sifu Pahrol Mohd Juoi. Tajuknya adalah “Siapa Soleh Dapat Solehah.” Menarik bukan? Hanya dengan tajuk sahaja aku yakin kalian telah dapat gambarkan isinya. Isinya amat manis dan lazat, gaya bahasa yang mudah dan penguraian matlamat yang jelas (belilah buku ni, aku syorkan. Terbitan Telaga Biru).
“Jadilah soleh, bukan cari solehah!”
Satu nasihat yang ringkas tetapi cukup jelas. Kalau kita mahukan jodoh yang soleh ataupun solehah, ia perlu bermula dengan mengubah diri kita menjadi soleh dan solehah. Kerana hanya soleh mengenal solehah. Bak kata pepatah hanya jauhari mengenal manikam. Lihat sahaja kisah Sob, setelah dia berusaha menjadi pemburu permata yang terbaik, barulah dia dapat perolehi batu permata tercantik, ‘the Shinning Rose’! Tapi bagaimana dia menjadi pemburu permata yang terbaik?
Sob telah keluar mengembara. Untuk apa? Untuk mencari permata lagenda itu. Dalam usaha untuk mengenali permata lagenda itu, Sob perlu belajar menjadi pemburu permata yang bijaksana. Jadi dia mengembara ke serata tempat dan menimba pengalaman dan pengajaran di sana, di samping merisik-risik maklumat tentang Permata Legenda itu. Bukan mudah...
Baiklah, dalam usaha untuk mendapatkan solehah, cuba korang tuliskan 10 ciri-ciri jodoh idaman hati (lebih pun boleh, tapi nanti korang jugak yang susah. Jangan gelojoh k. Untuk permulaan kita cari 10 dulu). Senaraikan di atas satu kertas. Pastikan ciri itu bukan berkaitan dengan fizikal, tapi berkaitan dengan peribadi diri. Sebagai contoh:
Ciri-ciri isteri yang aku mahu:
1. Solat di awal waktu.
2. Tutur kata yang lembut dan sopan.
3. Lembut dan penyayang.
4. Bersedia untuk berkongsi ilmu.
5. Dan lain-lain.
* ini contoh je, yang lain buat sendiri. Jangan Tiru Ayat Aku!
Kemudian cuba kita kaitkan dengan diri kita. Muhasabah kembali diri kita, apakah diri kita telah mempunyai semua ciri yang tersenarai itu? Kalau sudah ada, Alhamdulillah, siap sedialah untuk menerima kehadiran jodoh impian itu.
Bagaimana? Perlukah dicari jodoh impian itu?
“Sabar,” bisiklah di dalam diri. Ingat kata guru Sob, “Andai kau bertenang dan bersabar, pasti permata itu akan muncul di hadapan dirimu. Keluarlah, carilah ilmu, penuhkanlah dadamu, dan dengarlah kata hatimu jangan sekali dituruti kata nafsu. Kerana permata itu satu dalam beribu.”
Jadi bersabarlah. Err...Semudah itu ke?
Bersabar bukan bererti menunggu. Kita perlu mencari, tetapi contohilah Khadijah yang meneliti Muhammad tika dirinya jatuh cinta pada peribadi Muhammad. Islam telah meletakkan kaedah-kaedah yang terbaik dalam merisik jodoh. Nak huraikan pun panjang. Nanti aku tulis dalam entry lain k (Insya Allah).
Kata sifu Pahrol Mohd Juoi, “Kenal pasti dahulu ciri-ciri suami soleh, kemudian bina semua ciri itu dalam diri sendiri terlebih dahulu. Muhasabah pula soal hati, soal dalaman.... soal iman dan ketaqwaan. Bisikkan ke hati, apakah aku telah soleh atau sedang berusaha menjadi soleh? Padankan sifat orang soleh dengan diri sendiri. Sudah ada atau belum? Jawab dengan jujur. Sukarkan?” hahaha.....fikirlah sendiri.
Ha, satu lagi aku nak ingatkan. Bila dah mintak carikan calon tu, be serious ok. Ada diantara pencari jodoh ni marah kat aku bila aku kata, “Aku hanya tolong cari kalau ko memang serius nak kahwin dengan dia.” Depe kate awal lagi, diorang nak berkenalan dulu. Hahaha... lawaknya, then bab camtu aku tak dapat tolong la kawan. Cari sendiri k.
* Kalau anda adalah seorang wanita, sila tukar ayat atau istilah ‘muzakkar’ (lelaki) kepada ‘muannas’ (perempuan) contohnya, soleh kepada solehah @ calon isteri kepada calon suami.
“Tentang Cinta” karangan Pahrol Mohd Juoi
P.D.C. : Kepada sahabat-sahabat yang minta tolong pada aku, Insya Allah, aku cube mana yang mampu. Tapi korang banyakkanlah berdoa dan istikharah k. REMINDER! Entry ni fokus kepada persiapan kita sebagai calon jodoh. Apa korang ingat yang solehah tu nak kat korang ke kalau korang bukan soleh. Buleh blah la!
2 ulasan:
masuklah http://www.baitulmuslim.com
stuju!!
Post a Comment