RSS
Facebook
Twitter

4/03/2011

Hujung Syita' & Awal Rabii'




Bludan, Syria.
14 Mac 2011

Kami bersepakat untuk menjejakkan kaki sekali lagi ke bumi Bludan. Dan kali ini, aku tidak akan pergi ke sana hanya dengan berselipar dan berstokin tebal, kerana pengalaman 'hilang jari kaki' yang aku rasai 5 hari lepas telah meninggalkan kesan yang mendalam di lubuk hati.

Berbekalkan semangat yang berkobar dan boot salji separas lutut, aku dan sahabat-sahabatku menahan bas berwarna biru untuk menuju ke Sweileh. Dan daripada situ, kami mengambil service (panggilan kepada van awam) menuju ke Bludan. Hanya dengan bayaran sebanyak 20 lira sahaja (10 lira bas, 10 lira service).

Dan hasilnya, ini adalah gambar-gambar yang dapat aku ambil dengan handphone aku. Selamat menjamu mata:


Penghujung Musim Syita' (musim sejuk)
di Bludan, Syria.








Abu Nour, Syria 28 Mac 2011


Lepas sekolah, aku dijemput oleh Husein, kawan aku dari Turki untuk pergi ke rumahnya di bukit. Dia baru berumur 15 tahun, agak rapat dengan aku dan Kimi (kawan aku yang datang Syria sama-sama). Husein merupakan guru utama aku dalam mempelajari bahasa Turki. Selain daripada Ahmad (16 tahun) dan ayah dia (ayah dia memang rapat ngan aku), Muhammad, mereka kerap bertukar bahasa dengan aku dan Kimi.

Jadi, umpama kata pepatah, 'Besar tapak tangan, tupperware besar gedabak aku hulurkan', dengan senang hati aku menerima jemputan dia. Abi (bahasa Turki maksudnya abang) Jalil merangkap ayah dia yang masak katanya.

On the way menuju ke rumah dia, kanan kiri kami amat cantik dengan suasana musim Rabii' ataupun dalam melayu dia, musim bunga. Sana sini bunga. Tetapi memandangkan aku dalam service, takkan aku nak suruh dia berhenti semata-mata nak ambil gambar, kan.? So, terpaksalah aku bersabar sambil menggenggam erat handphone aku.

Alhamdulillah, dalam 15 minit gitu kami turun dari service dan meneruskan perjalanan kami dengan kaki.

Sungguh aku kata dalam hati, "Kompom aku makan banyak kat rumah dia ni." Kenapa aku kata macam tu? Sebab rumah dia nun di atas bukit nuh. Dan aku kena mendaki setinggi itu? hahaha... mudah-mudahan turun berat badan aku. Kui3

Tapi, serius, memang tinggi. Dari rumah dia aku boleh nampak maqam Habil (ke Qabil? aku tak sure) dengan jelas. Cubalah tanya sesiapa yang dah pergi ke maqam tu.

Di rumah Husein, kami melepaskan lelah, dan bergurau senda sesama kami. Masalah bahasa? Kami gunakan bahasa arab sebagai perantaraan. Memandangkan kami semua sememangnya pelajar bahasa di Ma'had Fatah Islami.

Tapi ada juga Ahmad menegur aku dengan bahasa melayu, seperti, "Nak tumbuk?" tanyanya sambil menggenggam penumbuk. Mesti Kimi yang ajar ni.

Aku pun membalas dengan bahasa rojak arab + Turki, "Turid yumuruk?" Dia segera menggeleng kepala melihat penumbuk aku yang besar. Dan akhirnya terburailah gelak tawa antara kami.

Hidangan kami tengahari itu, Abi Jalil masak satu kuah yang macam kari, Salatoh, nasi yang rasa macam pulut dan.... kari bebola daging. Sedap dan lazat, sehingga melupakan aku pada nama masakan tersebut. hahaha....

Sekadar berkongsi apa yang telah aku lalui.... jemputlah tengok gambar-gambar ni:


Pengalaman Bersama Sahabat-Sahabat Turki

Dari depan: Mus'ab (adik Ahmad, atas pangku kimi), Kimi (baju oren), Bilal (abang Husein, 17 tahun)
Belakang: Wafi, Aku, Husein

Pemandangan dari rumah Husein

Aku dan Ahmad

Jemput makan!!!


Dan sedikit gambar pemandangan musim bunga yang sempat aku ambil:

Musim Rabii'!!






Cukup setakat ini sahaja dahulu perkongsian aku. Doakan aku dan sahabat-sahabatku dapat terus menuntut ilmu di bumi Syam yang barakah ini dengan aman dan selamat. Insya Allah....



2 ulasan:

D.K. said...

Salam 'alaikum sahabat semua,

sy minta maaf kepada semua sebab tersalah taip nama tempat dalam artikel ni.

Sebab klw nak pergi Bludan, kita amik bas atau teksi untuk ke Sumeireh dulu, bukan Sweileh.

Entah kenapa, masa menaip tuh, tak ingat nama Sumeireh, tapi asyik ingat Sweileh jek... huhuhu

maaf ye semua...

Nik Faiz said...

ana pun hairan jugak bila DK menulis nama tempat bernama Sweileh. sebabnya yang ana tahu, sweileh ialah nama tempat di Amman - Jordan, kawasan yang ramai pelajar malaysia tinggal di situ..

erm, kalau kt bukit, tempat yang DK mksdkan sebagai "maqam habil" tu, sebenarnya tempat di mana, habil di bunuh oleh abangnya, qabil..