Pagi, petang, siang, malam....
Beberapa minit lagi subuh akan datang,
tetap dan tepat pada waktu dan tugasannya,
tiap hari ia berulang... hanya manusia sahaja yang membezakannya,
hari ini celiknya sebelum subuh tiba,
tetapi esok bangunnya tatkala mentari sedang menggalah...
walaupun apapun rencana manusia
benarlah...rencana hanya sebuah rencana...
tidak akan menjadi realiti tanpa usaha
tidak akan lengkap usaha, andai tidak dituruti dengan doa
begitulah saban hari
manusia dan kehidupannya....
Semalam, Hari ini dan Esok,
tetap akan menjadi sejarah pada kehidupan manusia
terpulang padanya untuk meneguk ikhtibar
atau biarkan ia tumpah pada kelekaannya
yang pasti, setiap yang terjadi ada hikmah disebaliknya
Manusia...
deritanya apabila berdosa
resahnya apabila tanggungjawabnya dilupa
sebagai seorang hamba
juga sebagai raja
hamba pada Yang Maha Kuasa
raja pada diri dan hati
rencana kehidupan menjadi basi
tidak berguna, bahkan sia-sia
kerana seketul darah merah itu
kotor dan terpalit dosa.
Mahu apalagi hidup di dunia ini?
andai murka tuhan yang didamba
bukan rahmat dan kasih Nya yang kita buru
hari ini kita masih berpijak di bumi
entah esok kita kan diam di dalamnya
hanya amalan menjadi teman...
Apakah masih dengan rencananya?
andai subuh dibiarkan berlalu begitu sahaja?
bagaimana zohor, asar, maghrib dan isyak?
apakah tetap dilupakan?
sedang kan ia tunjang kekuatan iman dan agama dalam diri manusia
perihal itu adalah soalmu
Aku....
Aku kan tetap begitu....
kan tetap begitu.....
Apakah aku kan tetap begitu?

Biasan hati melalui pena
Pada dinihari 5.45 pagi
Aku berpuisi
Gembirakan hati...
Teman ini wasiat dan permintaanku
Nasihatilah aku, nasihatilah aku, nasihatilah aku
Aku berpuisi
Gembirakan hati...
Teman ini wasiat dan permintaanku
Nasihatilah aku, nasihatilah aku, nasihatilah aku
0 ulasan:
Post a Comment