RSS
Facebook
Twitter

6/20/2009

Berhenti!!!

BERHENTI!!!

“Berhenti bicara soal cinta!” bentak hatiku.

Cukup! Aku sudah mula terasa muak dengan persoalan emosi dan perasaan ini. Ada sahaja yang bertanya, entah memang nak tahu, atau sekadar nak tahu gitu-gitu saja. Datang kepada ku bertanya jalan penyelesaian, bila diberi, mereka katakan mustahil untuk dilakukan, akhirnya tiada langsung perubahan...

Cukup! Cukup dengan cinta. Habis kubazirkan keringatku mengkaji tentang permasalahan emosi ini. Apa faedahnya? Nyata aku hampir terlentok jatuh di dalam perangkap cinta.

“Enta dah gila? Cinta itu fitrah ya akhi, mana mungkin manusia hidup tanpa cinta..”

Ahh....peduli apa dengan cinta. Apa yang kau maksudkan itu amat berbeza sekali wahai sahabat dengan ‘cinta’ yang aku muakkan ini. ‘Cinta’ yang aku katakan hanyalah sebuah khayalan, ikatan tanpa matlamat, dirasa bahagia tapi rupanya yang didapat hanya murka.

“Enta tak boleh kata gitu sheikh... cuba pandang positif sikit..”

Sudah! Sudah! Aku tak mahu bicara lagi soal ‘cinta’. Ia amat mengongkong kebebasanku. Menghalang aku terbang bebas di atas langit jihad, menjadi benteng diriku dari menyelam dalam lautan ilmu yang luas... Ada apa dengan cinta seperti itu??

Jangan salah sangka. Aku bukan musuh cinta. Kukatakan seperti itu kerana aku bengang dengan pemain-pemain khayalan ‘cinta’. Mereka datang kepadaku membawa harapan, tapi pergi dengan seribu rungutan dan alasan...

Susahlah... takut dia.... still sayang dia... dia baik orangnya...

Jawapan-jawapan yang membuat aku rasa ber‘bulu’ dengan mereka. Masihku ingat seorang rakan junior datang mengadu kepadaku.

“Orang perempuan ni tak boleh percaya bang. Diorang ni suka main kayu tiga. Dengan kita tunjuk sopan, tapi belakang macam...” ujarnya yang baru sahaja me‘nalak’ makwenya.

Kemudian mengadu pula seorang muslimah, “Orang laki ni semua sama, tak faham hati kami orang perempuan. Depan baik, kat belakang kita, ngorat perempuan lain..”

Pulak...aku pening dengan pemain-pemain cinta yang ‘cedera’ ni. Lalu ku nasihatkan agar mereka duduk sahaja di bangku simpanan, pulihkan kecederaan, baiki kerosakan dan berdoalah agar diberi peluang yang lebih baik.

Tapi, biasalah pemain simpanan, mana tahan sentiasa tersimpan, hendak juga masuk dalam permainan walaupun tahu akan tercedera lagi... heiz...

Nasihatku pada pemain-pemain ‘cinta’, bangkitlah dari khayalan... jangan bila dah terjelepok baru nak tengadah, dah teruk dikecewakan, baru nak sedar hentak kepala. Udahlah....

TANGI! TANGI! TANGI!
(bangun, bangun, bangun! – bahasa jawa, betulkan kalau salah ea...)

P.D.C. : Cinta.... ooo cinta, buta mata kerna cinta, gadai nyawa kerna cinta, alangkah jahil mereka yang berkorban pada cinta... cinta yang aku maksudkan adalah cinta antara dua jantina yang berlainan tanpa akad pernikahan...itulah cinta yang membutakan... wallahu’alam...

3 ulasan:

MarjanIslami said...

salam 'alaik...

bertanya pada diri: cinta itu dtg dr mana?cinta itu dtg dari siapa?

jawapannya sudah pasti dan semestinya daripada Allah ya Rabb...RAJA SEGALA CINTA, PEMILIK CINTA!

tertarik dgn kata2 penulis: “Melalui cinta kita akan mengenali Yang Maha Pencipta Cinta.”

soalnya sudah pastikah melalui cinta itu kitakan kenal Maha Pencipta Cinta?
jika YA..mengapa si dia atau apa saja yg kita cinta itu kita lebihkan drpd YA KHOOLIQ yakni ALLAH yang Maha Pencipta....yang mencipta cinta...????

jika kita benar2 faham kata2 ini:
“Melalui cinta kita akan mengenali Yang Maha Pencipta Cinta.”..maka kitakan khusyuk dlm ibadah kita..bertambah tunduk dan patuh kita pada YA Malik...kita sentiasa waspada dgn hati...

cuba kita cek hati...sudah pastikah apa yg kita cintakan itu telah membuatkan diri kita makin kenal Allah???

fikir2kan wahai sekeping hati...
wallahu'alam.

Anonymous said...

indah cinta selepeas pernikahan
wallahua'alm~