RSS
Facebook
Twitter

4/03/2010

Infithaar...


Apabila langit terbelah
Dan apabila bebintang jatuh berserakan
Dan apabila lautan meluap-luap
Dan apabila kuburan manusia dibongkarkan

Maka
Setiap jiwa mengetahui
Apa yang telah dikerjakannya
Dan apa yang telah dilalaikannya

Wahai manusia!
Apakah yang telah memperdayakan kamu
Lalu kamu berbuat derhaka kepada tuhanmu?

Walhal tuhanmu itu
Maha Pengasih kepadamu
Yang menciptakan dirimu itu
Dengan ciptaan yang sempurna
Dengan bentuk tubuh yang Dia mahu

Tetapi malang sekali
Kau tetap menutup matamu akan kebenaran hari pembalasan

Ingat!
Pada setiap kamu ada ‘Atid & Raqib yang mencatat
Mereka mengetahui apa yang telah kamu lakukan

Sesungguhnya mereka yang berbuat kebaikan
Kan berada di dalam syurga
Yang penuh kenikmatan

Dan yang sentiasa menderhaka
Pasti akan dihantar ke neraka
Apabila tiba waktu dan saat manusia diperhitungkan amalannya
Dan mereka tidak akan keluar
Buat selama-lamanya

Tahukah kamu wahai manusia,
Bilakah waktunya
Saat manusia diperhitungkan amalannya?

Ketika tiada siapa yang dapat membantumu
Kerana pada hari itu,
Segala yang berlaku berada di dalam genggaman-Nya!
Genggaman Yang Maha Kuasa!


0 ulasan: