“Psst…psst… kau tahu tak….sok sek sok sek..”
Haa? Apa ni? Aku paling bengang bila ada yang main cakap bisik-bisik depan aku ni. Dah tu kalau tengah sembang ngan member, tiba-tiba orang lain datang cakap dengan member aku tu, BERBISIK!! Plus pandang-pandang mencurigakan.
Yang satu lagi jenis, bila dua orang hamba Allah yang juga member, cakap sesama dia, dalam bahasa yang aku tak faham (bahasa asing) sambil pandang-pandang kat aku dan gelak-gelak, padahal aku depan dia je. Memang rasa hangin satu badan.
Alo brother, aku bukan la nak buruk sangka, tapi kalau buat camtu depan member, bukan takat aku sorang je, orang lain pun boleh naik curiga. Bila kata korang ngutuk, kata aku teruk, sebab buruk sangka ngan member. Meh aku ajar korang cara beradab ngan member.
Adab kalau duduk depan member :
- Duduklah sopan-sopan. Kan kita ada adab dan budaya.
- Jangan cakap benda yang bukan-bukan. Sebab aku pernah dengar, perkataan yang diungkapkan dimulut, menjadi bukti pada hati kita. (Maknanya kalau cakap kotor, hati kotor la tu)
- Sembang biar berisi, walaupun sikit, jangan kosong jek.
- Yang paling penting, jangan buat benda yang buat kawan korang rasa tersisih atau curiga. Contohnya berbisik depan dia!
Daripada Abdullah bin Umar r.a., Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : “Apabila saudara-saudara sedang duduk bertiga, jangan ada dua orang saling BERBISIK tanpa melibatkan orang ketiga.”
(riwayat Bukhari & Muslim)
Boleh disimpulkan bercakap berdua-dua dengan bahasa yang tak difahami oleh orang yang ketiga. Kira sama gak dengan berbisik. Baginda s.a.w. pun dah ingatkan kita. Sebab ia boleh memudharatkan hubungan kita dengan ‘mangsa’ tu.
Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Apabila saudara-saudara sedang duduk bertiga, janganlah dua orang itu berbisik-bisik tanpa melibatkan seorang lagi, sehingga saudara-saudara menjadi ramai. Ini kerana perbuatan itu menyebabkan ia BERKECIL HATI.”
(riwayat Bukhari & Muslim)
Firman Allah : “Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah dari (hasutan) Syaitan, untuk menjadikan orang-orang Yang beriman berdukacita.”
Surah al-Mujadalah : 10
Innalillah... semoga kita dijauhkan dari sifat-sifat demikian.
Subhanallah....betapa indahnya agama Allah ini. Disamping pesuruhya (Rasulullah s.a.w.) yang indah akhlaknya. Sentiasa menjaga keindahan dalam bersahabat.
Satu pesanan kepada para ‘mangsa’ keadaan di atas, perhatikan pada ayat 10 surah al-Mujadalah, bahawa bisikan itu untuk mendukacitakan ORANG YANG BERIMAN. Maknanya ianya satu ujian untuk kamu. Bergembiralah jika kamu berjaya melepasinya.
Kesabaran dalam berhadapan dengan keadaan sedemikian, tanda kamu telah berjaya, bukan sahaja melepasi ujian dari Allah, bahkan dapat menjaga silaturrahim kamu daripada terlerai dek bisikan syaitan durjana tu....
“Wahai sekalian orang-orang Yang beriman! mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah Dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) Dengan bersabar dan Dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana Sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang Yang sabar”
Surah al-Baqarah : 153
Hoooray.... bergembiralah... Innalillah, beringatlah.... kegembiraan orang beriman dipancar dengan ucapan Alhamdulillah, bukan melompat-lompat macam kera dapat bunga raya. Hilang pahala tu, padan muka.
P.D.C : Jagalah ikatan persahabatan yang sedia ada dengan sebaiknya. Andai sahabat kita membuat silap pada kita, maka maafkanlah dia, biarpun kesalahannya itu boleh membawa kepada dendam 7 keturunan. Kerana Rasullulah pernah bersabda : Daripada Abi Umamah r.a., “Siapa yang memaafkan ketika mampu dan berkuasa, nescaya Allah ampunkannya pada hari kesukaran (hari kiamat).” Subhanallah......
0 ulasan:
Post a Comment