Huaaah…. Berat betul mata ni kalau nak bangun subuh. Macam ada besi je bergayut kat mata. Hah... satu hari lagi bermula.. indah atau sengsara hari ini, segalanya terletak pada kita yang menghadapinya.
“Dan akhirnya, Cinderella dan putera raja hidup bahagia hingga ke akhir hayatnya...”
Penghujung kisah dongeng kanak-kanak, Cinderella. Diantara cerita yang aku minat masa dulu. Hahaha, seronok bila diimbas kembali.
Cinderella, Snow White, dan macam-macam lagi, semuanya hidup bahagia hingga ke anak cucu. Suprise me! Bila muncul Cinderella 2 kat Disney Channel. Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan lebat ditengahari. Sekali lagi kebahagian Cinderella teruji... hai.... macam-macam...
Kadang-kadang aku gelak sendiri, apa agaknya yang difikirkan penulis cerita tu ya? Kesian cinderella bila hidupnya ditentukan oleh seorang yang penulis yang mencari nafkah melalui kisah hidupnya. Kejap, bahagia, kadangkala sengsara. Tapi akhirnya ditabur janji manis, bahagia hingga ke akhirnya. Hahaha.....
Tapi..... kekadang cerita tu seperti live kat depan mata aku. Berapa ramai dikalangan kita tak sedar yang hidupnya telah dikuasai dan ditentukan oleh sesuatu yang tak pasti....
Saudara.... hidup kita umpama sebuah buku cerita. Kitalah penulisnya, kita juga watak utamanya, kekadang kita terlupa yang kita ni watak utama, sebab terlalu mengagungkan watak sampingan yang sepatutnya tak perlu ada.
Ada cerita yang menarik dapat memotivasikan diri pembaca, ada cerita yang menyentuh hati, mengalir air mata pembaca, ada yang buat pembaca marah, kekadang terbawa-bawa dalam hidup dia... segalanya bergantung kepada kita yang menulis skripnya.
Siapa pembaca kita? Orang sekeliling kita, merekalah pembaca cerita kita. Merekalah yang akan terkesan daripada cerita kita.
Jangan buat skrip macam Raja Midas yang terlalu gilakan emas, sampai tergadai puteri kesayangannya. Alah... sama macam Qarun dengan hartanya. Tenggelam dalam bumi bersama harta yang dia cinta.
“Lalu Kami timbuskan Dia bersama-sama Dengan rumahnya di Dalam tanah, maka tidaklah ia mendapat sebarang golongan Yang boleh menolongnya dari azab Allah" dan ia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri.”
Surah al-Qasas : 81
Padahal harta atau segala apa yang kita cinta di dunia ni, takkan dapat menolong kita di akhirat kelak.
“Ketahuilah Bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup Yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup Yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan Yang (menumbuhkan tanaman Yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa Yang tertentu), selepas itu Engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab Yang berat (di sediakan bagi golongan Yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang Yang mengutamakan Akhirat). dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya.”
Surah al-Hadid : 20
Hidup di dunia hanya sebuah fantasi, yang indah di mata pesakit ‘wahan’ (Cinta dunia), tapi sebuah ujian yang berat bagi pencinta ‘Pemberi Nikmat’....
Hmm... berat sebenarnya nak berdepan dengan ujian yang Allah beri, tapi kita kena sentiasa berdoa, kerana tanpa bantuan dari pada Yang Maha Kuasa, kita umpama serumpun lalang yang hendak dicabut oleh pemotong rumput. Tak berdaya nak buat apa-apa, sekadar bersedih dan merintih, sebab lalang hanyalah lalang, bukan pokok pisang. Huhuhu.... buah pisang sedap, banyak khasiat.
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. telah bersabda, “Tidak ada suatu yang lebih mulia di sisi Allah Ta’ala melainkan doa.”
(riwayat Tirmidzi & Ibn Majah)
Kekadang Qada’ & Qadar Allah membuat kita berhadapan dengan skrip hidup yang kompleks, tapi ingatlah,
“Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta.”
Surah al-Ankabut : 2-3
Semuanya hanyalah sebuah ujian sebelum bertemu dengan sebuah kejayaan yang amat membanggakan. Allah Maha Perkasa, Maha Berkuasa, Maha Bijaksana, Dia Maha Mendengar setiap rintihan dan doa hamba-hamba-Nya, Dia Maha Mengetahui apa ada di hati kita....
Berdoalah! Kerana ia adalah senjata kita.
P.D.C : Kita akan dapat ‘happy ending’ dalam cerita kita andai kita tidak berputus asa dengan yang Maha Kuasa. Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda, “Allah ta’ala telah berfirman, ‘Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (berzikir kepada-Ku).’” (riwayat Bukhari & Muslim) Berbaik sangkalah kepada ‘DIA’.
1 ulasan:
kadang2 saya ada juga menonton kartun barbie dan mmg suka tgk fairy tales walo dah besar panjang..=)
btw, kite merancang, Allah jua merancang dan hanya Dia yang Maha Berkuasa..
Post a Comment