Memori kembaraku ke bumi haramain bermula dengan satu perjalanan yang amat mendebarkan. Kerana debaran yang dirasa bukan kerana takutkan bahaya, tetapi kerana betapa indahnya nikmat Allah yang bakal aku terima. Di saat diriku melayang di angkasa, aku terpesona melihat keajaiban kuasa Allah di bumi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa dan Maha Kaya. Melihat langit biru yang indah dan luas ini mengingatkan aku pada kenyataan tuhan Yang Maha Bijaksana ini dalam firmannya :
“Lalu ia menjadikannya tujuh langit, Dalam dua masa; dan ia memberitahu kepada tiap-tiap langit akan urusan dan keperluannya masing-masing. dan Kami hiasi langit Yang dekat (pada pandangan mata penduduk bumi) Dengan bintang-bintang Yang bersinar cemerlang serta memelihara langit itu Dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha mengetahui.”
Surah al-Fussilat : 12
Fenomena kejadian langit yang mempunyai 7 lapisan serta fungsinya masing-masing. Alangkah hebatnya Allah Yang Maha Bijaksana, fenomena ini telah diberitahu kepada kita 1400 tahun dahulu, padahal penemuannya masih baru.
“Para saintis telah menemui bahawa atmosfera terdiri daripada beberapa lapisan, lapisan tersebut berbeza dari sudut fizikal berdasarkan tekanan atmosfera dan kandungan gas.
- Lapisan Troposfera : Paling hampir kepada permukaan bumi.
- Lapisan Stratosfera : Lapisan di atas Troposfera.
- Lapisan Ozonosfera : Di mana penyerapan sinaran ultra ungu berlaku.
- Lapisan Mesosfera : Lapisan selepas Ozonosfera.
- Lapisan Termosfera : Lapisan di antara Mesosfera dan Ionosfera.
- Lapisan Ionosfera : Lapisan yang terdiri dari pada ion-ion.
- Lapisan Eksosfera : Lapisan yang paling luar yang merentang sejauh 480 km sejauh 960 km.
Setiap lapisan mempunyai fungsi yang khusus, bermula dari fungsi pembentukan hujan sehingga kepada perlindungan daripada ancaman radiasi berbahaya, dan dari memancarkan gelombang radio sehingga menghalang ancaman meteor yang memusnahkan.
Sebagai contoh, lapisan yang paling rendah dipanggil Troposfera. Hujan, salji dan angin hanya terjadi di Troposfera.”
Juga didedahkan kepada kita akan fenomena patulan cahaya yang terhasil dari bebintang yang jauh berjuta kilometer, tapi kelihatan seperti dekat pada pandangan kasar kita di bumi. Subhanallah...
“....dan Kami hiasi langit Yang dekat (pada pandangan mata penduduk bumi Dengan bintang-bintang Yang bersinar cemerlang)...”
Maha Suci Allah yang mememiliki alam ini dan mentadbirnya dengan amat bijak sekali.
“Dan bagiNyalah keagungan dan kekuasaan di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
Surah al-Jaatsiyah : 37
Inilah keajaiban mukjizat baginda Nabi Muhammad s.a.w. yang diwariskan kepada kita dengan penuh keindahan dan ilmu yang tiada tolok bandingannya. Sebagaimana Allah telah bersumpah dengan al-Quran di dalam firmannya :
“Demi Al-Quran Yang mengandungi pelbagai hikmah dan kebenaran Yang tetap kukuh.”
Surah Yasin : 2
Betapa insafnya diri ini, yang masih cetek dalam mentafsir kehebatan illahi, masih banyak lagi rahsia-rahsia yang tersirat di dalam al-Quran yang belum dapat dicungkil lagi oleh diri, tetapi diri ini telah berdiri takbur dan sombong kepada illahi....
“Kami akan memberi perhatian sepenuhnya kepada kamu wahai jin dan manusia!
MAKA NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH KAMU DUSTAKAN?”
Surah ar-Rahman : 31,23
“MAKA NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH
KAMU DUSTAKAN?”
Surah ar-Rahman
P.D.C. : Sesungguhnya ilmu Allah itu amat luas, dibandingkan dengan ilmu yang ada pada kita, umpamanya setitik air daripada lautan yang luas. Setitik itulah ilmu kita, namun tetap ada yang takbur dengan ilmu yang setitik itu.... Na’uzubillah.....
Dalam perjalanan ke bumi Haramain
0 ulasan:
Post a Comment