Angin bertiup tenang, mendamaikan hati. Berjalan dicelah-celah lorong taman yang indah amat mendamaikan hati. Apatah lagi pabila taman indah ini dihiasi dengan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang indah sambil beburung riang berkicau mengecap setiap inci keindahan taman idaman…
Namun hakikatnya, aku seorang pengembara, yang hidup dicelah-celah kesebukkan manusia mengejar cita-cita dan impian, mengembara ke segenap pelosok tempat, mengumpul bekalan untuk meneruskan perjalanan mereka. Ada yang sebuk berusaha, ada yang leka dan terlupa. Aku perhati dan mencatat setiap ragam dan gaya mereka, mungkin ada sedikit yang dapatku ambil untuk disenaraikan dalam ‘list’ bekalan perjalanan ku nanti.
Mengimbau usia pengembaraan ku yang semakin luput dimamah waktu, 20 tahun bukanlah satu waktu yang singkat bagiku. Tapi, nampaknya masih belum ada sedikit pun bekalan yang aku bawa. Kekadang bekalan telah kudapatkan namun tercicir dek kerana kelalaian dan kealpaan ku dalam meniti kesibukkan manusia beribu itu.
Hahaha….. manusia, manusia. Padahal keciciran disebabkan diri sendiri yang leka, tapi disalahkannya pula manusia yang beribu itu.
Hai…. Menyesal pun tak guna. Memikirkan setiap saat itu amat beerti, aku tak mahu peristiwa-peristiwa pahit itu kembali, biarlah aku catatkan di sini, agar ianya menjadi iktibar dan pengingat pada diriku nanti.
Seorang yang celik mata hatinya, takkan terjatuh ke lubang gelap berulang kali. Ya, aku mahu begitu. Kerana penghujung pengembaraan semakin menghampiriku.
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda : “Seorang mukmin tidak akan disengat dari lubang yang sama sebanyak dua kali.”
(riwayat Bukhari)
Pesanan Dalam Catatan (P.D.C.) : Nak menulis bukan senang, memerlukan kekuatan dan kesungguhan yang tinggi. Tapi segalanya terletak pada diri kita. MULAKANLAH DENGAN LANGKAH YANG PERTAMA....
0 ulasan:
Post a Comment